Ha! tu dia... meh kita tanya diri sendiri... setakat tengahari ni dah banyak mana air kosong yang kita dah minum? tak kiralah air mineral ke... air masak ke? Kalau yang dah minum banyak tu tahniah! Bagi yang belum tu... jom teman KN jom! KN dah 2 liter dah... nak nampak banyak sikit... 2000ml! hehe
Kenapa KN beria2 sangat nak minum air kosong ni? Hmm... actually KN nak diet... nak diet sihat lah konon2nya...
Tapi sebelum membina semangat untuk minum air kosong ni banyak-banyak, meh kita tengok dulu apakah antara alasan munasabah kenapa kita kena minum banyak air kosong.
- Air merupakan cecair paling selamat di dunia untuk mengurangkan berat badan.
- Nak nampak muda? Minum je banyak air untuk menggantikan kos treatment kecantikan yang mahal.
- Boleh menyelesaikan masalah kulit seperti kulit kering, jerawat dan sebagainya.
- Air boleh meningkatkan daya berfikir dan boleh membuatkan kita lebih bertenaga.
- Boleh juga membuang toxin dan juga kotoran dalam badan.
- Melegakan sakit kepala dan sakit belakang.
- Pengambilan air yang regular boleh meningkatkan kadar metabolisma dan memperbaiki sistem penghadaman.
- Meningkatkan kesuburan
- Menjimatkan kos menguruskan badan, kecantikan dan kesihatan.
Sumber
Macamana kita nak tau berapa jumlah air yang perlu kita minum setiap hari? Mai sini KN nak bagi tau... setiap 25 kg berat badan kita... kena minum 1 liter air... contoh kalau berat badan kita 50 kg, kena lah minum 2 liter air sekurang kurangnya. Mudah je kan?
Sebenarnya banyak lagi kebaikan minum air kosong ni... tapi kebanyakan daripada kita selalu mengabaikan amalan pengambilan air kosong ni kan? Dulu KN pun sama. Dalam 1 hari 1 gelas pun tak sampai.
Meh KN nak cerita pulak cara KN memotivasikan diri untuk minum air kosong at least 3 liter @ 3000ml 1 hari... Cara KN ni adalah mengikut psikologi KN tau... tak semestinya ada bukti saintifik.
- KN ada objektif sendiri kenapa perlu minum air yang banyak... dah tentulah untuk nak kurus, sihat dan cantik... hehehe... buat untuk suami apa salahnya kan?
- Bangun pagi akan minum 1 gelas (500 ml) air suam. Sebab air sejuk memang tak jalan. Susah KN nak hadam pepagi hari... air suam ni laju sikit. Tak caya boleh try!
- Masuk office standby 2 botol (2000 ml) air kosong kat atas meja... mesti target habiskan air tu waktu kat office.
- KN tak minum air mineral ataupun air masak. Tapi KN minum air tapisan yang kat mesin tu... Oleh kerana mesin Dr. Sukida je yang ada kat depan ofis ni... boleh la... Sebab air tapisan ni KN rasa lebih ringan dan senang nak telan... tak mahal pun air tu... 500 ml = RM0.10 je.
- Nak mudah lagi... dari air tu duduk dalam botol, KN transfer pulak ke gelas bertutup. Letak kat sebelah laptop... manusia cam KN ni cam tu la... lagi boleh senang, nak senang lagi...
- Tinggal 1 gelas je lagi... balik minum kat rumah... KN tak minum banyak sangat malam2 ni... kang tak aman nak tido...
Ha tu dia! dah letak depan mata. Kalau tak ingat nak minum jugak tak tau la...
Macamana kita nak tau berapa jumlah air yang perlu kita minum setiap hari? Mai sini KN nak bagi tau... setiap 25 kg berat badan kita... kena minum 1 liter air... contoh kalau berat badan kita 50 kg, kena lah minum 2 liter air sekurang kurangnya. Mudah je kan?
Itulah kan... semua orang tau minum air kosong tu baik... tapi susah betul nak minum kan? Jangan putus asa... usaha kan tangga kejayaan.
#Kepada sesiapa yang ada tips yang rasa lebih berkesan, jom share ngan KN...
air kosong memang berbotol2 minumnya dalam sehari nanie...
ReplyDeleteanis selalu minum air kosong 4 botol..hehehe... air kosong yg beli kat mesin.. baik utk kesihatan n melancarkan ape yg xlancar..hee.. ^__^
ReplyDeletekadang2 tekak malas nak minum air o ni.. tp sbnr nya badan amat memerlukn air o kan..
ReplyDeletesalam, kadang2 ANNA malas minum air kosong nie, hehehhe, tapi dengan info ni, nampaknya ANNA kena merajinkan diri nie..Terima kasih KAK dengan info yang memang berguna...
ReplyDelete1. KN ada objektif sendiri kenapa perlu minum air yang banyak... dah tentulah untuk nak kurus, sihat dan cantik... hehehe... buat untuk suami apa salahnya kan?
ReplyDeleteBuat kerana Allah insya-Allah ada pahala, kurus dan sihat untuk mudah beribadah manakala minum air banyak untuk cantik niat kerana Allah sebab kecantikan itu nikmat Allah yang mesti dipelihara dan dijaga oleh setiap manusia. Jika buat hanya kerana manusia (suami dsb) tak dapat apa-apa. Buat kerana Allah agar suami suka melihat kecantikan maka ia menjadi ibadah. Yang penting apa juga kita lakukan, Allah itu mesti ada paling depan, paling atas mengatasi apa juga niat untuk makhluk ciptaan Allah. Allahu'alam.
Insyaallah... buat untuk suami kerana Allah... :)
Deletesalam. nice info. baru tau harini yg kilo kilo tu. hehe
ReplyDeleteberbotol2 minum air mineral kat ofis neh nanie..hehe
ReplyDeletesama la..tiap2 hari bawak bekal air mineral 2 liter..kena habis kat office jugak..
ReplyDeletesama la.. saya minum 2liter sehari .. untuk maintain berat .. hehehe. lagi satu siapa gemuk air, mmg bagus minum air banyakkk/. boleh flush out lebihan air dalam badan ..
ReplyDeletewah banyak info yang nana baru tau ni kak nanie..heeee....lagi2 pasal berat tu...so nana kena minum dalam 1liter ++ .ok ok:) tq akak!
ReplyDeleteBetul tu air mmg kena letak depan mata..baru mudah nak minum...air masak mmg bagus untuk kulit...jom kita amalkan minum 8 gelas sehari.
ReplyDeletesaya cuba amalkan minum air sejam sekali = 1 gelas .
ReplyDeletekat ofis boleh minum bnyk2..
ReplyDeletekat rumah memang payah..
malas nk g dapur.
hari ni noe x minum lg air kosong...hahahaha.....biasanya malam noe minum air kosong byk2...lepas tu asyik bangun terkucil jer...apa2 pun...gud luck KN...
ReplyDelete