Thursday, December 30, 2010

Bila nak sampai turn aku pulak???

Kawan2 dan adik2 aku dah ramai yang mendahului aku. Aku baru ada 3. Diorang dah ada 4 @ 5 dah! Sangatlah jelesnya! Hehehe mengada2 lah pulak aku ni. Tuhan dah tak nak bagi lagi... Nak buat camana kan? Tapi rasanya aku dah tahu kenapa aku belum ada rezeki... Sebabnya aku pernah bermulut celupar 5 tahun yang lalu bila aku cakap... Aku tak nak mengandung selagi adik tak boleh berjalan! Ha! Sebenarnya mungkin malaikat dah aminkan! Sudahnya??? Aku yang menyesal! Sedih sangat bila tengok pada keadaan adik, aku sendiri tak tahu bila adik boleh berjalan. Ya Tuhan! Ampunkan aku! Bagaimana boleh aku tarik balik kata2 aku tu?

So bagi kengkawan yang mungkin terbaca entry ni mungkin boleh ambik iktibar kot! Jangan bermulut lepas!



Terima Kasih

Monday, December 27, 2010

Tak de makna kalau phone canggih tapi...

Aku tak reti nak guna! nak gelak pun ada gak! En Suami aku cakap... 'tu la berangan nak phone canggih, bila orang dah bagi dok komplen tak tau guna!'

Biasa guna phone yang rasanya user friendly. Kalau nak transfer gambar ke... lagu ke... senang je! masuk je kabel usb, siap!

iphone 4 ni payah la pulak! semua kena melalui itune. Nak tukar ringtone sedap sikit pun payah! apatah lagi nak transfer gambar... siap kena emailkan gambar tu ke laptop dulu...

Boleh lah kot kalau nak cara mudah... kena buat 'jailbreak'... ha! menda tuh??? Aku pun tak tau... tapi bila aku tanya maxis, dia cakap tu kira cara nak download secara illegal la... nanti kalau phone rosak tak leh dapat waranty... pulak!

Anyway, alang2 dah dapat phone idaman ni akan ku godek sampai reti nak guna... hehehehe


Terima Kasih

Semoga Abah cepat sembuh!

Sepatutnya malam ni aku dah bertolak balik dari Penang ke Terengganu... dah abih cuti2 malaysia aku sambil bawak anak2 balik kg yang dah lama aku tak balik!

Kebetulan pulak malam aku bertolak balik Penang, abah masuk wad sebab paru2 berair dan tekanan darah rendah. Bila dah tua2 ni badan dah tak cukup kuat untuk tahan sakit! Kesian kat abah. Kesian jugak kat mama sebab kena jaga abah kat wad walaupun mama ada darah tinggi dan tak boleh tak cukup rehat! Nak buat camana???? Abah tak nak orang lain jaga dia!

Semalam aku rasa berdebar bila pepagi lagi mama call umah mintak aku call adik beradik yang lain balik sebab abah nak jumpa ngan semua orang! Sakit abah jadi teruk subuh tu...

Bila tengok keadaan abah, rasa tak sampai hati lagi nak balik Terengganu! Tunggu lagi 1 hari, tengok keadaan. Moga abah akan cepat sembuh! Amin...



Terima Kasih

Thursday, December 23, 2010

Sebelah kasut baru...

Dah puas asyik bercerita pasal aku yang bertuah, ni rasa nak cerita pasal anak bertuah aku pulak! 2-3 hari lepas aku bawak anak aku pegi terapi... sebab kaki adik ni dah nak membengkok. So bila sampai kat hospital, jumpa ngan jurupulih... bila dia tengok kaki adik dah makin teruk, dia pun terus ukur kaki adik untuk buat kasut baru kat adik. Tapi sebelah je la... sebab kaki adik yang satu lagi tu ok. Dalam aku dok menelek cara jurupulih adik siapkan kasut dia... baru le aku tau nama kasut tu splint! Mungkin dah ada yang tau... tapi sumpah kalau bukan anak aku yang kena aku tak tahu pun pasal splint ni...


Rasa kesian gak kat adik... terpaksa betulkan kaki dia yang sedikit bengkok tu untuk pasangkan splint ni... mesti dia rasa tak selesa... Siannya!


Terpaksa pakaikan stokin sekolah abang sebab takut kaki die melecet pulak!


Kena pakai splint ni waktu tido je sebab bila bangun kena aktifkan kaki die...

Harapnya kaki adik akan cepat pulih dan boleh berjalan macam orang lain... Amin...


Terima Kasih

Sunday, December 19, 2010

Aku yang sangat bertuah...

Meeting dah abih... Otak dah tepu... Balik nak tido puas2... Namun bila teringat pasal dinner malam semalam... Sangat aku tak sangka... Baru seminggu dapat iphone 4. Tuhan murahkan lagi rezeki aku... Semalam aku dapat hadiah jam tissot yang harganya cecah RM1000 untuk long sevice award... Tambah pulak malam yang sama president kolej hadiahkan aku package umrah... Terima kasih Tuhan! Alhamdulillah...







Terima Kasih

Thursday, December 16, 2010

Aku tak sangka...

iphone 4 ni dah jadi milikku...


Masih rasa cam tak percaya... dapat surprise iphone 4... agak2 cam bagi2 hint je kat MR HUBBY dalam en3 ni! Tak sangka pulak sunguh2 dapat... hehehe... sangat teruja!

Sebab tu lah dah 2-3 hari tak tulis entry kat blog... dok sibuk membelek dan mendownload apa2 yang patut!



Terima Kasih

Friday, December 10, 2010

Kalut bila tiba hujung tahun...

Bila sampai je bulan 12 memang aku jadi kelam kabut... antara perkara2 yang buat aku kalut:

1. Hujung tahun ni biasanya akan ada dinner company. Bukanlah masalah... best la kan dapat makan sedap. Tapi masalah aku setiap tahun adalah... nak pakai baju ikut tema! GLEM NITE ok! Nak glemer camana? Siap kena pakai baju yang ada gliter2... peh! memang aku kalut la... almaklumlah... aku ni jenis yang tak pandai sangat nak vouge2 ni... Maunya pulak kalau terpaksa naik pentas (hehehe... mengharap la pulak!) untuk staf award... hadiah untuk staf 10 tahun berkhidmat ok! kira setia lah aku ni... hehehe... perasan sikit2 untuk naikkan semangat! Ye lah kan... kot paling kurang pun dapat naik pentas untuk hadiah grand cabutan bertuah kita orait la kan???

2. Kena berebut nak beli baju sekolah anak2... tahun ni kasut bebudak tu pun dah kena tukar pakai kasut hitam. Tak main dah kasut putih cam sebelum2 ni... Agaknya serabut mata cikgu tengok kasut budak2 ni... putih pun cam hitam je... anak2 aku pun sama... penat basuh kasut depa hujung minggu, hari pertama balik sekolah dah hitam... bukan je sakit mata... hati sekali sakit! Last2 ambik pendekatan yang paling senang... mintak tolong mesin basuhkan! hehehe... pemalas punya mama!

3. Kena susah hati sebab banyak MEGA SALE! Masalahnya... bulan 12 ni banyak belanja... tapi nafsu nak berbelanja pun boleh tahan gak! huhuhu... mujurlah tahun ni dah pindah balik Terengganu... so, jauh sikit daripada SOGO, JUSCO dll... selamat duit laki aku!

4. Kena beratur panjang kat bank. sebab apa? sibuk nak tahu berapa dividen ASB yang dapat tahun ni... macamlah banyak sangat! buat penat beratur je nanti!!

5. mungkin yang terakhir sekali... sibuk kena review azam tahun ni... hehehe... bleh??? sebab kan kena buat azam tahun depan pulak! kira macam kena buat 'business plan' la untuk tahun depan...

Semoga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik untuk aku berbanding tahun2 sebelumnya... Amin.


Terima Kasih

Wednesday, December 8, 2010

Azam tahun baru!

Emm... biasalah. Orang berazam, aku pun nak berazam jugak. Tak nak ketinggalan! Tapi sebelum nak berazam... pastikan review dulu azam tahun lepas! Lulus ke tidak nak buat azam baru.

Rasanya tahun ni nak buat kelainan sikit! Biasanya setiap tahun aku mesti ada azam tak kurang daripada 10 azam. Berapa yang berjaya dicapai? Hehehe... hanya Allah dan aku saja yang tahu... Cuma nak highlight sikit 1 azam aku yang dah 10 tahun aku buat dan baru tahun ini terlaksana... apakah azam itu??? Huhuhu... sedih nak sebut sebab takut ada yang tak lalu nak baca... Aku dapat lesen kete ok!!!

Apa pulak azam aku untuk tahun ni??? Tahun ni hanya ada 2 je...

1. Nak cari pengganti untuk jawatan yang aku sandang skarang ni... dah tak larat! Dan sebenarnya aku dah lama pasang niat untuk sambung study... huhuhu... harapannya aku tak lah jadi murid paling tue... Bersiap sedialah mereka2 yang terlibat!

2. Nak fokus pada study anak2 aku yang selama ni dah banyak terbengkalai dek kerana kesibukan aku dan suami. Nak pastikan anak aku dua2 naik kelas 1 tahun depan! Ha... kot2 dapat naik pentas ngan anak2 skali ok gak! Boleh tumpang glemer... hehehe...

So, dikesempatan ni aku nak mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Maal Hijrah' untuk kawan2 blogger dan bukan blogger yang telah terjengok blog suka duka aku nih...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments





Terima Kasih

BlogLarian... Meh la ramai2...


Jom lah sama-sama up kan trafik blog kita di BlogLarian...
Sukacita dimaklumkan aku pun nak join gak...

Saya suka berblogwalking kerana... banyak sangat manfaat yang aku dapat... aku boleh dapat banyak ilmu yang selama ni aku tak tahu... dan yang penting lagi... aku boleh kenal ramai orang... sekian.

Jadi untuk itu sukalah aku nak tagkan kengkawan yang aku kenal:
1. Diera
2. Naa
3. Pijah



Terima Kasih

Saturday, December 4, 2010

Macamana nak hilangkan ketagih...

... anak bertuah aku ni terhadap puting dia? Umur dah lebih 5 tahun... penat kepala aku pikir! Tapi sebenarnya aku tak sampai hati... sebabnya...

1. Dia akan tak tido boleh sampai 24 jam kalau tak de puting dia.

2. Dia anak istimewa. Tak pandai nak cakap dan tak tau nak merengek pun mintak puting dia.

3. Satu2nya perkara yang dia pandai buat sendiri adalah ambil puting yang tergantung kat baju dia masukkan dalam mulut sedangkan botol susu pun tak pandai nak pegang sendiri.

4. Aku rasa dia cute dalam dunia dia sendiri dengan puting yang tergatung kat leher baju dia...

Dan aku rasa hakikatnya... aku yang bersalah... sebab... aku tak boleh nak buat hati kering... jangan bagi dia isap puting dia lagi...



Terima Kasih

Hari aku yang sangat panjang...

Letih yang teramat! Meeting daripada 9.00 pagi dan abis lebih 9.00 malam... Berat kepala sampai tak boleh tido... walaupun tak de orang ganggu... aku tido sorang kat bilik. Secara tak sengaja dapat pulak bilik Premier kat Concorde Hotel... tapi tak de maknanya kalau tak boleh nak tido! Huwaaa!!!


Terima Kasih

Tuesday, November 30, 2010

Aku sangat rindu...

Pada insan yang dah seminggu meninggalkan aku...
tanpa khabar dan berita...
Tapi harapannya agar insan itu pulang dengan selamatnya...
disamping buah tangan yang aku pesan...

Rindu juga untuk post entry baru...
BBku masih belum jumpa...
Tengah berusaha mendapatkan pengganti...

Bilalah agaknya rinduku ini akan terhenti???


Terima Kasih

Tuesday, November 23, 2010

Ada tak lelaki kuat berleter?

Apa ke maknanya entri aku kali ni? Bukan apa... sementelah berhari2 aku masih kehilangan BBku... tak dapat nak post entry baru... aku mentelaah je lah apa yang dapat aku baca dari internet kat opis yang macam tak de internet tu! Semua kena block! Nasib baik lah ada insan yang sudi pinjamkan BB die kejap ni... boleh lah jugak aku membalas lawatan kawan2...

Baru je tadi terbaca kat mana ntah dah tak ingat! berkenaan dengan WANITA KUAT BERLETER! wah! wah! wah! ada ke patut! pas tu dengan rasa tak puas hati, aku servelah kat internet ni kalau2 jumpa pulak isu lelaki kuat berleter! Tak ada ok! Ye ke tak de! Cam ada je!

Aku pun biasa berhadapan dengan lelaki kuat berleter! ye lah... bukan nak salahkan sesape! mungkin jugak orang yang kuat berleter ni tak boleh tengok benda yang tak kena kat mata die... tapi terus terang cakap aku ni jenis yang tak tahan kena leter! kalau kena leter sebab salah besar aku terima lah seadanya... tapi kalau kerana kesalahan kecik tapi kena leter dekat 2 jam... sakit telinga jugak! Tapi orang kuat berleter ni aku tak kata die jahat! Tidak sama sekali! Macam lelaki yang aku kenal ni sangatlah penyayang dan baik hati... cuma mungkin hobi die lah kot suka berleter... (anggap cam tu boleh?)

Kepada yang terbaca dan terasa... ampun maaf dipinta. Wasalam.


Terima Kasih

Friday, November 19, 2010

BBku hilang!

Huhuhu... sedih rasa di hati... BBku hilang... mana nak cari??? yang aku geram tu... hilang kat umah MIL je... semalam ada lagi! Bila carik hari ni dah hilang... Kalau lah aku boleh missed call dan dia berbunyi... Rasanya ada orang tersalah letak ni... atau ada yang dah gatal tangan...

Mujurlah ada BB adik ipar punya, boleh lah pinjam kejap. Bila dah balik umah nanti camana??? Rasa cam hilang sebelah kaki la... Camana aku nak ber'blog' nanti... huwaaa!!!!


Terima Kasih

Thursday, November 18, 2010

Tak lama lagi aku jadi minah indon!

Mana taknya... cuti 3 hari raya haji ni... tak miss tengok drama Indon...

Mula2 cerita Alissa... lepas tu sambung cerita cahaya... lepas tu cinta kirana... lepas tu cinta dan anugerah... dan banyak lagi la...

Agak2nya aku ni dah pandai sangat cakap cam indon...

Jangan tak percaya... kat rumah MIL ni... tak kira peringkat umur... semua orang minat drama indon... daripada abah mertua aku... ma mertuaku... aku... anak2 sedara... anak2 aku... pendek kata semua la... oleh sebab terlampau minat, abah mertua aku siap mintak bukak kot internet... tak sabar nak tahu kesudahan cerita... hehehe...



Terima Kasih

Tuesday, November 16, 2010

Hadiah untuk Adik!

Entry ini ditujukan khas buat anak bongsuku... Nur Anis Ainina
Kalau ada yang sudi nak baca... silakan!


Adik Sayang...


Mama ada hadiah untuk adik
Sempena mama dah dapat lesen kete
Mama harap adik suka

Hadiahnya...
Adik boleh pergi SEKOLAH BARU lepas ni
Pasti adik dapat cikgu baru
Dapat kawan baru
Boleh blajar banyak benda
Sebab mama dah boleh bawak kereta

Adik jangan risau...
Kat situ cikgu akan buat exercise kat adik
Ajar adik banyak benda yang adik tak tahu
Cikgu akan ajar adik berjalan
Adik jangan malu...
Sebab kat sekolah tu semua orang sama macam adik
Sangat istimewa
Adik jangan takut...
Sebab cikgu yang mengajar kat situ semua berhati mulia...

Mama mintak maaf...
Sebab sebelum ni mama tak pandai bawak kete
Tak dapat ambik dan hantar adik
Tempat keje papa jauh

Dan mama harap...
Sekurang-kurangnya bila mama ngan papa dah tak ada nanti...
Adik boleh berdikari...

Mama nak adik tahu juge...

MAMA SAYANG ADIK SANGAT-SANGAT!


Terima Kasih

Monday, November 15, 2010

Penantian yang sudah berakhir!


Akhirnya... dapat jugak aku tempek sticker ni kat kete laki aku... (confirm dia tak bagi)

Paling aku tak tahan...

Tetiba jadi glamor lak aku bila lulus lesen P
Abis orang kat opis tu ucap tahniah!
Macam aku dapat lesen bawak kapal terbang.
Padahal lesen P je... Malunya!

Bukan apa...
Disebabkan ke'bz'an aku ni... dah 3 kali aku ambik lesen L sejak 10 tahun yang lalu... dan tak pernah2 sudahkan! Duit dah abih beribu. Tapi belajar separuh jalan.

Ditambah pulak...
Aku kan dapat suami penyayang... mana nak kasi aku bersusah payah bawak kete... tok sah!
Die rela upah dreba untuk aku angkut aku ke sana ke mari semata2 tak nak aku penat.
Ha! Mithali tak?

Jadi...
Bila aku tetiba je berjaya dapatkan lesen ni... (tetiba ke???)
Walaupun terpaksa repeat jalan raya,
kira aku berjaya lah kan????
Berbanggalah untuk diri sendiri...
(so kengkawan sume pun tumpang gembiralah...)

Boleh bawak kete ke tak???
Tak tentu lagi!
Yang penting ada lesen ok!!!

SELESAI...




Terima Kasih

Sunday, November 14, 2010

Tengah Mengidam!

Nak kete ni!



Esok repeat jalan raya tak tentu lulus lagi... kepada yang sudi... doakan semoga saya berjaya ye! Thank You! Muahhhh!



Nota untuk Mr Hubby: yang kat atas ni soon dapatlah kan? kan? kan?



Terima Kasih

Sarung Phone Comel!

Nak ucap time kasih kat Yana sebab sudi buatkan saya sarung phone yang comel...

Tak tanya pun aku kena bayar ke tak sebab... aku memang nak dia buatkan free untuk aku...

Tak malunya...

Aku tahu dia ikhlas walaupun aku yang paksa dia buatkan! (buat andaian sendiri!)

Ni la gambar sarung phone tu... anak2 aku pun jeles!

Ayat jeles anak aku... mama ni macam budak2 kalau sarung ni bagi kat Ayin baru sesuai! hehehe...

Mama yang kejam... buat dek je!

So, sesuailahkan dengan rupa mama yang ayu ni kan???

credit to Bob a.k.a hubby tercinta mamarifqy... kerana sudi ambik gambar celah teko nih!



Terima Kasih

Saturday, November 13, 2010

Fobia aku ngan 'Cik Ti'

Ada tak orang yang fobia kat 'cik ti' sampai tahap cam aku? nak sebut nama penuh dia pun aku tak sanggup! Apa tah lagi nak dengar orang cerita pasal 'cik ti' ni... terlalu geli... tak nak cerita panjang pun kat sini pasal si 'cik ti' ni sebab aku memang tak boleh nak bayangkan pasal dia... agaknya kalau dia datang kat aku aku boleh pengsan atau pegi batu 2...

Nak dijadikan cerita... aku tertinggal susu anak & 2 helai seluar anak aku hari khamis hari tu kat bilik meeting kat opis aku... (meetingnya lah aku ni kan???). Hari jumaat pulak cuti. Maknanya hari ni lah baru aku pegi opis... terus cari susu anak aku dengan 2 helai suar tu... alamak! huhuhu suar anak aku yang aku baru beli kat giant tu dah tak de... tinggal pastik ngan tanda harga je... aku ingat melayang la 30 hinggit! 'cik ti' dah cilok suar anak aku tu! Dia nak pakai ke apa??? Kecoh satu opis aku cari kot ada tersangkut kat mana2 la kan??? Siap kakcik... opismate aku tolong carik kat dalam stor! memang tak de...

Masalahnya, pandai pulak dia tinggalkan tag harga kat dalam plastik tu... dalam hati aku cakap."kurang asam punya cik ti". Abis je meeting pagi tadi... barulah aku tau rupanya 'cik ti' yang aku cari2 tu ada 4 'ekor'! Ceh! Kurang hasam punya kawan! pakat2 kenakan aku! Patutlah bijak sangat 'cik ti' yang curik suar tu! Sumer DEGREE holder ok.... siap yang sorang tu 'cik ti' bunting!


seluar ni je padahal! aku ingat 5 hinggit je... rupanya 15 hinggit! geram sungguh aku kat 4 orang 'cik ti' yang terlibat mengenakan aku tadi! tak pe... ada lori ada bas ok!



Terima Kasih

Innalillah...

Sangat terkejut bila tetiba dapat panggilan...

Student aku meninggal dunia... baru lepas kena operate!

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Al-Fatehah...


Terima Kasih

Friday, November 12, 2010

Kutuk Suami!

Hari jumaat yang indah bagi aku... cuti! Maklum lah... kerja kat Pantai Timur. Ada masa aku pun try la nak ber'BW' sambil2 usha blog orang yang canggih2 tu... memang cam langit dengan bumi lah blog aku nih! Dengan follower yang ciput je... padan sangat la ngan muka aku pun! Sendiri yang tak aktif...

Balik pada tajuk entry aku kali ni... masa jalan2 dan buat sibuk kat blog orang, ada lah aku terjumpa entry yang dengan selamba je kutuk suami die kat situ! Dia cakap menyampah perangai suami lah... gitu gini lah... pas tu aku sambung baca entry dia yang lepas2 tu pulak... aik??? seronok dapat bercuti dengan suami pulak? Camana tuh? Biasa lah! aku paham sangat hidup suami isteri ni... ada masa rasa cam benci! Ada masa rasa sayang sangat! Tapi rasanya cam tak sesuai je nak kutuk2 suami kat tempat public kan? Kan ke orang dah cop suami kita jahat!

Aku nak ceritalah sikit pengalaman aku selama beumah tangga ni sedikit sebanyak yang aku tahu! Rumah tangga aku ni pun bukannya sempurna sangat. Tapi aku masih ingat pesan MIL aku... macamana buruk pun suami kita, selagi kita tahan... kita tahan. Jangan cerita keburukan suami kita kat kuarga kita. Sebabnya? Mak ayah mana yang sanggup nak dengar orang buat jahat kat anak kita kan? Mestilah rasa nak marah! Pada hal kita ni bergaduh manja je...

Sampai masa... bila orang benci kat laki kita... mula lah kita rasa nak marah kan? Suami aku... asuka hati aku lah nak kata apa pun... orang lain jangan sibuk2 nak kata kat laki aku! Ha! Cam tu lah pulak! Itulah yang biasanya terjadi... So, sebelum orang nak cakap yang tak baik pasal laki kita... baiklah jangan buka pekung di dada... wassalam...


Terima Kasih

Apakah Ertinya Menjadi Primadona?

Isu aku kali ni pasal insan yang suka nak jadi primadona! Ini bos aku selalu cakap! Tapi siapakah yang boleh digelar primadona? Kalau dalam dunia artis, primadona tu satu title yang boleh dianggap cemerlang! Cemerlangkah seorang primadona?

Takrifannya mungkin lain sikit bagi bos aku... primadona ni seorang yang tak nak berubah ke arah yang lebih baik... asalkan dia selesa, dia suka... dia hanya akan ikut cara dia sendiri... tak nak ikut cakap orang lain sebab dia rasa dia lebih bagus!

Ada jugak orang macam ni yang aku jumpa... bila rasa diri dah bagus sangat, pendapat orang lain langsung tak nak terima! Orang macam ni tak nak berubah! Sanggup guna cara zaman batu asalkan dia rasa bahagia... dalam bahasa yang lebih mudah atau lebih ganas, mungkin boleh dikatakan sebagai degil!

Semoga aku tak termasuk dalam golongan PRIMADONA ni...


Terima Kasih

Thursday, November 11, 2010

Hipokritkah Aku?

Orang selalu cakap... jangan jadi hipokrit! Kenapa? Kenapa kita tak boleh jadi hipokrit??? Adakah semua sikap hipokrit tu tak elok? Atau adakah sikap berterus terang tu sentiasa baik?

Bagi aku hipokrit ni terbahagi kepada dua. Hipokrit baik dan hipokrit jahat! Kadang2 orang2 yang rasa dia tak hipokrit adalah orang2 yang biasanya yang jenis outspoken. Kalau kita bukan orang yang outspoken... maknanya kita orang yang hipokritkah? Mungkin ya mungkin tidak!

Bagi aku ada ketika kita kena hipokrit! Tapi janganlah terlalu hipokrit! Contohnya, kalau kita tak sukakan seseorang mungkin kerana sikapnya, atau kerana mulutnya yang kita rasa jahat.. perlukah kita tunjukkan sikap kita yang tak suka pada dia? Jika aku tunjukkan sikap yang biasa, Adakah perlakuan aku menjadikan aku seorang yang hipokrit? Rasanya sebagai seorang melayu dan beragama islam, kita punya adab...

Aku ada juga terbaca laman ilmu kat SINI yang menunjukkan contoh hipokrit yang tak baik! 'Akibat tak mahu hipokrit, akhirnya bertambah dosa!' Kononnya tak nak hipokrit bertudung kerana belum bersedia, tapi akibatnya akan menambahkan dosa! Berbaloikah hipokrit yang macam tu? Mana yang lebih teruk? Dosa hipokrit atau dosa melanggar hukum Allah? Sama-samalah kita fikirkan ye... aku juga adalah insan naif yang masih belajar... wasalam...


Terima Kasih

Bila Anak Dibanding-bandingkan!

Pressure pulak aku rasa setiap kali anak2 dapat keputusan exam. Tambah pulak ada sepupu yang sama umur. Anak baru darjah 2 ngan 3 tapi macam baru lepas SPM. Mesti kakak-in-law aku akan call tanya anak aku dapat brapa A? Dapat nombor brapa? soalan BM no... Aiman boleh jawab tak? bla bla bla... Alahai! aku ni manusia yang tak sempat nak jaga anak sampai ke tahap tu... tapi itu boleh dianggap sebagai cabaran... cabaran untuk menjadi seorang mama yang lebih baik... tapi tu la... pressure tetap pressure!

Aku memang tabik spring dengan kakak-in-law aku nih... kalau boleh nak pegi duduk sebelah anak masa kat sekolah... walau anak2 dah masuk sekolah asrama penuh... semua buku rujukan anak2 mesti ada 2 copy... 1 untuk anak bawak pegi asrama... 1 lagi dia study kat umah... hujung minggu gi bawak anak2 outing sambil bagi tuition... klas tak? Padahal, dia belajar setakat SPM dan hanya seorang surirumah! Tapi aku memang respect dengan semangat waja dia! Aku yang calon nak buat master ni????? hampeh!


Terima Kasih

Betul tak?

Nak maniskan muka yang sememangnya dah beriak masam

pada aku... sama susah macam...

Nak memutihkan kulit yang dah sedia gelap!

atau

Nak mancungkan hidung yang dah sedia penyet!

atau

Nak bulatkan mata yang dah sedia sepet!


Terima Kasih

Wednesday, November 10, 2010

Aku tak pernah sangka!

Rupanya berpindah ke Terengganu merupakan keputusan yang tak patut aku kesalkan! Kenal dengan ramai orang kat negeri kelahiran suami aku ni, buat aku rasa sangat bertuah. Walaupun penat dengan rutin kerja yang sangat berbeza dari dulu namun aku tetap rasa tenang. Mungkin sebab aku kenal dengan ramai orang yang baik2 dan ikhlas kat sini... Cuma aku sendiri yang masih belum boleh seimbangkan antara kerja dan keluarga... tapi makin lama aku sudah semakin biasa...

Rasa sangat bertuah punya suami yang sangat memahami. Tak marah kalau aku terpaksa balik lewat sebab kerja... tak pernah merungut kalau aku terpaksa outstation dan tinggalkan dia dan anak2 berhari2... sentiasa mendengar luahan hati dan perasaan aku yang kadang kala kacau bilau...

Kat sini jugak aku tak rasa kesepian atau keseorangan... aku ada ramai kawan2 yang sangat baik. Walaupun kebanyakannya adik2 pada aku... tapi aku tak pernah rasa tersisih... Sesungguhnya tanggapan aku sebelum berpindah ke sini sangatlah tidak tepat... ketakutan aku sebelum ini sangatlah tidak berasas! Kawan2 di sini tak kurang hebatnya daripada kawan2 yang dah 10 tahun dulu aku kenal!

Cuma kadang kala rasa rindu pada mama dan abah di kampung halaman aku susah nak terubat disebabkan jarak antara Terengganu dan Pulau Pinang aku rasakan sedikit jauh berbanding dulu semasa aku di KL. Tapi aku tetap bertuah sebab ada keluarga suami aku yang ambil berat pasal aku... turut rasa berdebar bila aku nak ambil ujian memandu! Turut rasa sedih bila aku tak lulus ujian tu! huhuhu...

Aku bersyukur juga sebab kat sini ada tuan punya taska yang berhati mulia... sanggup jaga adik walaupun adik anak istimewa... terima kasih jugak buat pengasuh-pengasuh adik... walaupun susah nak jaga adik sebab adik selalu kena sawan, berat nak kena dukung adik sebab adik tak boleh berjalan, tapi aku tak pernah tengok mereka tarik muka depan aku... dan aku harap belakang aku juga... Bila aku tanya pasal bayaran overtime sebab selalu ambik adik lambat dari taska, diaorang akan cakap tak payah... kami dah sepakat tak nak ambik... ikhlas nak jaga adik... Kalau lah adik ditakdirkan masuk syurga, mama nak adik bawak jugak pengasuh2 adik... Mama sangat2 menghargai susah payah mereka ni...

Semoga kebahagian di sebalik kepayahan yang aku hadapi sekarang ni akan berkekalan...


Terima Kasih

Aku yang terlebih emo!

Malas nak layan diri sendiri!


Terima Kasih

Ngiauan Kucing Itu...

Comelnya anak kucing tu... sangat comel belang-belang warna kelabu campur kuning. Mengiau depan pintu rumah aku. Dalam keadaan hujan yang sangat lebat! Sayu sangat hati aku... makin lama tangisan anak kucing tu makin kuat... aku turut menagis dalam hati... dengar anak kucing tu menangis sama macam aku dengar tangisan adik... aku sangat fobia... walau aku sangat kesian kat anak kucing tu, aku larang anak-anak aku sentuh. Apa lagi kalau nak pegang! Bagi aku kucing bawak padah pada aku! Mengubah seluruh hidup aku!

Biarlah orang nak kata aku kejam pada kucing... biarlah orang nak kata aku benci pada kucing... aku tak kisah... sebab orang lain tak tau derita yang aku tanggung kerana kucing! Kerana kuman yang dia bawa... anak bongsu aku tanggung akibat! Aku juga tanggung akibat! Kerana kuman toxoplasma pada kucing, aku lahirkan anak yang tak normal! Anak yang menderita kerana sakit!

Dendamkah aku pada makhluk Allah yang bernama KUCING? Yang Allah hantar untuk menduga aku... menguji keimanan dan kesabaran aku sebagai seorang manusia? Jawapannya adalah TIDAK! Tidak sama sekali! Aku tak dendam pada makhluk yang bernama kucing! Tapi fobia aku masih belum hilang... biarlah fobia tu pergi bersama masa... sebab aku adalah pencinta kucing satu ketika dulu...







Terima Kasih

Tak tahu apa nak buat bila...

Anak lelaki tunggal aku yang sorang ni suka membasahkan tilam setiap malam. Kencing tempat tido! Lemah sungguh bila bangun pagi terpaksa merasa frust! Makin lah aku jadi cepat tua! Umur dah nak masuk 8 tahun... macamana nak buat??? Nak tido dah pegi pisss! Tengah malam pisss lagi kat tempat tido! Boleh bankrup aku nak kena antar toto dia kat kedai dobi... nak basuh sendiri? Alasan yang boleh aku bagi... tak sempat... dan... mesin basuh kecik (muatan 6kg je...) hangit habis mesin basuh aku! dan... ditambah sikit perasaan malas nak layan! Kekadang kesian jugak... bukannya dia suka2 nak pisss kat tempat tido kan? Yang aku paling kesian bila dia tersedar dah terpisss kat tempat tido... muka pucat lesi sebab takut kena marah... sampaikan sekarang ni... aku pasrah je lah... selagi dapat elak aku elak! Tapi kalau dah tak boleh... Redho je la... anak aku jugak... bukan anak orang lain... dugaan pada aku, sebagai seorang ibu yang selalu abaikan anak2 kerana kerja... terfikir jugak kalau Tuhan saja nak bagi aku hadapi dugaan ni supaya aku tak terus terlupa bahawa aku ada amanah lain yang aku kena jaga selain daripada kerja dunia semata-mata...

Semoga anak2 aku menjadi insan yang berguna dan beriman... Amin...


Terima Kasih

Tuesday, November 9, 2010

Berbaloikah???

Balik lambat kerana keje!

Makan lambat kerana keje!

Tinggalkan anak kerana keje!

Tinggalkan suami kerana keje!

Lupa appointment hospital anak kerana keje!

Tension kerana keje!

Susah hati kerana keje!

Penat lelah kerana keje!

Baju bertimbun tak sempat nak basuh kerana keje!

Yang paling tak tahan kalau GEMUK kerana keje!

Perlukah aku TINGGALKAN KEJE kerana nak elakkan semua yang di atas????




Terima Kasih

Friday, October 29, 2010

Buntu bila aku dan suami kena outstation waktu yang sama!

Rasa sangat susah bila sampai waktu2 cam ni... kenapa la myhubby pun kena pegi outstation masa2 kritikal cam ni... masalah aku sekarang ni adalah... tak de orang yang nak jaga anak aku yang bongsu sekali nih! Aduh! tetiba rasa nak marah kat myhubby sebab masa ni jugak lah dia nak kena outstation! tapi kesian pulak... bukan salah dia. Dia pun keje jugak... lainlah kalau dia suri rumah kan????

Tiket flight aku esok pagi kul 8.30 am... nak kena pegi ngadap bos besar kat HQ untuk bentangkan result student2 aku. Naik seram sejuk pulak sebab takut ada benda tak complete. Waktu nak kena mengadap senate ni la waktu yang paling menyeramkan aku sebagai seorang staf akademik!

Myhubby pulak hari ahad malam nak kena bertolak ke KL. Nak mintak tolong mama kat kg, dia tak dapat datang Trg sebab ada hal yang tak dapat dielakkan! Nak mintak tolong adik kat KL, dia pulak baru disahkan mengandung! Anyway tahniah untuk adik aku ni... aku tumpang gembira sebab baru2 ni dia dah keguguran... dan dah mengandung semula... Ma mertuaku pulak dah pegi rumah kakak ipar aku, memang tak dapat la nak mintak tolong... Aduyaiiii!

So, aku sekarang ni masih berfikir2 siapa lah yang akan jaga anak2 aku ni... dah sakit kepala pasal keje... tambah pulak masalah lain... kekadang rasa nak berenti je keje... jaga anak2 kat umah! Bleh???


Terima Kasih

Thursday, October 28, 2010

Melakar nama baik di tempat kerja!

Macamana nak melakar nama baik di tempat kerja? Aku ambil formula ni dari satu majalah. Tapi dah tak ingat majalah apa... maklumlah tumpang baca majalah orang je. Tak suka beli sendiri! Pernah jugak aku brief staf baru benda ni. Moga boleh sama2 amalkan!

1. Mengamalkan budaya salam dan etika kerja yang baik.
(BE le tu ye kengkawan!)

2. Mengamalkan budaya bekerja berkumpulan.
(Jangan asyik pentingkan diri sendiri je! kalau nampak kawan tungging terbalik nak siapkan kerja tu... tolong lah ye? tapi kalau memang dia sendiri yang malas buat keje dia, abaikan!)

3. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
(biasanya yang ni susah sikit, kalau time nak marah!)

4. Pandai mengawal emosi dan tekanan.
(emm... sendiri mau ingat la!)

5. Memanfaatkan teknologi sebaiknya.
(Ha! yang ni aku suka... tapi jangan asyik berfb sampai tak ingat dunia ye...)

6. Berani tonjolkan bakat.
(sesuai bagi orang yang gila kuasa!)

7. Elakkan bergosip dan mengumpat.
(hehehe... akan ku cuba sedaya upaya!)

8. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka.
(ye! termasuklah bila bos kita bagi kerja yang bertimbun2! hehehe - aku akan cuba tersenyum!)


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati