Tuesday, December 31, 2013

Hari terakhir tahun 2013

Semua orang dah sibuk buat azam tahun baru... aku pulak masih sibuk berperang dengan demam, selesema dan batuk. Apa2 pun alhamdulillah. Tuhan sayang lah tu...

Bersempena dengan tahun baru 2014 ni, aku pun nak wish pada semua... Happy New Year! Semoga tahun 2014 ni akan menjadi tahun yang terbaik dari tahun2 sebelumnya... Mungkin dari aspek pekerjaan, perniagaan, perhubungan keluarga, percintaan dan sebagai2nya lah...



Pada aku... aku ada berpuluh azam untuk tahun 2014 ni... Tapi kalau dapat yang satu ni pun dulu tak pe jugak... Pertambahan cahaya mata... harap2nya menjadilah.



Terima Kasih

Wednesday, December 18, 2013

Sharing is caring...



Terima Kasih

Tuesday, December 17, 2013

Sape alihkan keju saya?

Ha tu dia... buruk benar terjemahan tu kan? Tajuk sebenar... "Who Moved My Cheese?". Rasanya ramai orang dah tahu pasal buku ni. Dan aku sendiri dah dengar pasal buku ni lebih 10 tahun yang lepas. Tapi baru sehari dua ni aku rasa teringin nak baca dan terus beli kat MPH online. So, hari ni dah sampai.


Actually buku ni sangat nipis. 80 mukasurat je. Aku beli Edisi Bahasa Melayu supaya penghayatan dia lebih sikit...

Kalau nak diikutkan buku ni sebenarnya dah terjual lebih dari 12 juta naskah. Banyak bagi inspirasi kepada ramai orang. Cuma terpulang bagaimana kita mentafsir apa yang tersirat di dalam buku ni. 

Who Moved My Cheese? adalah sebuah perumpamaan ringkas yang mendedahkan hakikat kehidupan. Kisah yang lucu dan mencerahkan ini adalah tentang 4 watak yang tinggal di kawasan berliku, yang sibuk mencari keju bagi menggembirakan hati sendiri.

Keju adalah metafora bagi apa yang kita mahukan dalam hidup samada berkaitan dengan pekerjaan, perhubungan, wang, kesihatan ataupun ketenangan fikiran.

Manakala kawasan berliku yang dimaksudkan adalah tempat kita menemukan apa yang kita mahu, samada organisasi tempat kerja, keluarga atau komuniti tempat tinggal.

So apa yang kita boleh dapat kalau baca buku ni...

1. Kita mungkin boleh menjangkakan perubahan
2. Beradaptasi dengan perubahan secepatnya
3. Menikmati perubahan
4. Bersedia untuk berubah secepatnya dan terus berubah tanpa henti

So, dengan penuh rendah diri aku berharap semoga buku ni akan jadi inspirasi untuk aku dalam menerima perubahan secara positif.



Terima Kasih

Wednesday, December 11, 2013

IUI second time...

Apa maknanya? IUI yang macam pernah aku cerita kat SINI didapati telah gagal buat kali pertama! Tak pe... jangan pernah putus harapan dan usaha. Makanya... aku jumpa lagi Dr pada appointment lepas dengan penuh dengan bunga2 harapan. 

Seperti yang aku dah jangkakan... Dr cadangkan aku buat sekali lagi... Dr cakap sepatutnya dia boleh cadangkan untuk aku buat prosedur IVF (bayi tabung uji). Malangnya sebab aku dah ada anak, aku tak boleh buat kat HSNZ. Sampai hati...

Rasionalnya, kalau buat mereka yang memang tak pernah ada anak, boleh le nak buat prosedur IVF tu kat hospital kerajaan. Sebabnya kos dia sangat mahal dan kerajaan bagi subsidi. So hanya mereka yang layak dan terdesak sahaja akan dilayan. Bagi aku yang terdesak nak tambah anak ni... sila buat di hospital swasta! Kosnya? Mungkin belasan atau puluhan ribu! Kalau kat HSNZ ni kos dia cuma RM3000 je.

Tapi tak pe... kita cuba buat IUI sekali lagi... usaha tu kan tanda kejayaan... Lagipun tak mahal sangat! RM45 je. Harap kali ni adalah rezeki...



Terima Kasih

Monday, December 9, 2013

Menangani anak-anak zaman sekarang...

Tahun depan 2014, anak sulung aku dah masuk 13 tahun. Dah nak masuk sekolah menengah... perangai dan minat pun dah lain... Sebagai ibu zaman sekarang... aku kenalah faham perangai anak2 zaman sekarang kan?

Excitednya dia nak masuk sekolah menengah melebihi aku nak ajak dia bercuti kat USS Singapore! Rasanya masa zaman aku dulu tak de lah cam dia sangat! 

Lagi satu anak dara aku yang sorang ni minat sungguh dengan K-Pop yang mana aku pun kena faham... budak sekarang dengan K-Pop memang tak boleh dipisahkan... Minat sungguh dia dengan kumpulan EXO. Ahli kumpulan pun dan sedozen. Boleh pulak dia ingat nama sorang2! 

Minat anak dara aku kat kumpulan EXO ni sampai ke tahap asal nampak orang pakai baju jersi yang ada no 88 mesti dia sibuk! 

So, aku buat entry ni khas untuk anak dara aku yang sorang ni... Nur Alissa Airin... Minat tu boleh... tapi jangan over okay? Mama ngan papa selalu kena spot check!




Terima Kasih

Sunday, December 8, 2013

Trip to Medan - Day 4 & 5

Sampai je hari ke 4 kat Medan ni... aku dah rasa macam lama je kat sini... cemuih! kata orang utara. Tapi satu je yang telah membuatkan mood tadi berubah jadi ceria! Hehehe.. bila tiba bab shopping menyoping ni... 

Seawal 10 pagi kami dah bertolak ke Pasar Ikan. Nama pasar ikan... tapi sekor ikan pun tak de jual kat situ! Kat Pasar Ikan banyaklah kalau nak beli kain atau telekung...

 Biasa2 je kedai dia... 

 Lebih 1 jam jugak kat kedai ni... anak2 ngan suami dan bosan tunggu... 


Sebenarnya 2 1/2 jam kat pasar ikan ni memang tak cukup untuk aku... tapi nak bagi tips sikit pada ibu bapa supaya tak bawak anak kecil kat sini sebabnya... anak2 akan stress kalau datang sini walaupun mak dan ayah tak sedar masa berlalu... keduanya, kat pasar ini agak bahaya... pandangan kena 100% pada anak2 kita yang mana mak dan ayah pulak akan rasa tertekan... mana sibuk nak shopping lagi kan??? hehe. Maklumlah kat tempat orang... hati2 tu kena lebih sikit la.

Lepas dah abih duit shopping kat sini... kami di bawa pula ke Medan Mall yang mana tak menarik sangat sebab sama macam gi mall kat Malaysia ni je... Harga barang pun lebih kurang sama je...



Oleh kerana anak2 dah bosan tadi... kat mall ni bawak anak2 main kat sini je...

So, agenda hari ni abih cam tu je... tak de lah tragis sangat kan? Lepas gi Medan Mall, kitaorang terus balik... makan & tido...

Hari ke 5 bermula seawal 7 pagi sebab pukul 8 pagi dah kena bertolak ke Airport Kuala Namu yang akan mengambil masa dekat 1 jam jugak... Memandangkan hari kami balik jatuh pada hari sabtu, jalan tak lah jem sangat... perjalanan lancar je... Dalam pukul 8.45 pagi kami dah sampai airport. Flight pukul 11.30 pagi... Yang penting beg tak beranak pinak...

Kesimpulannya... betullah kata orang dulu2... jauh perjalanan luas pengalaman... walaupun percutian kami kali ni tidak lah jauh sangat... namun banyak bagi pengalaman dan pengetahuan baru. Apa yang paling penting... bersyukur dengan apa yang Allah dah kurniakan dan bersyukurlah kita ni orang Malaysia.

Sekian.




Terima Kasih

Thursday, December 5, 2013

Tuhan bantu aku!

Sesungguhnya aku amat buntu
Dilema yang aku sangat tidak suka!
Menjadi orang lain hanya kerana amanah dan tanggung jawab

Apakah aku adil?
Apakah aku benar?
Apakah aku keterlaluan?
Apakah aku salah?

Ya Allah!
Tunjukkan aku jalan
Permudahkanlah segala urusanku
Berkatilah rezekiku dari pekerjaan yang aku lakukan
Amin Ya Rabbal A'lamin....


Terima Kasih

Tuesday, December 3, 2013

Drama Korea - The Strange Housekeeper

Dah berantu pulak cerita ni... drama ni adalah drama yang lain sikit dari drama2 korea yang aku suka sebelum ni... cerita dia gabung semua perasaan... lawak ada jugak sikit2... sedih pun ada sampai boleh buat aku menangis beria2... suspen lagi la... geram pun ada... tapi apa2 pun aku ngan anak2 memang suka sangat cite ni... En suami pulak cakap cite ni cite budak2! Tak kisah lah... naluri seorang ibu kot... sesuai lah tengok cite cam ni...

The Strange Housekeeper
Waktu tanyangan di ONE HD: Isnin & Selasa jam 8.50pm

Sedikit sinopsis cerita ni...

Selepas kematian isterinya, Eun Sang Chul (Lee Sung Jae) mendapati bahawa dia perlu menanggung tanggungjawab menjaga empat orang anak beliau yang telah biasa tinggal di luar negara. Kerana mereka menghadapi banyak masalah dalam kehidupan seharian mereka, Park Bok Nyeo (Choi Ji Woo) muncul dan diupah sebagai pembantu rumah. Bok Nyeo adalah seorang wanita misteri yang boleh melaksanakan tugas dengan sangat sempurna, tetapi sangat dingin (tidak pernah senyum) dan tidak peramah. Namun, dia menjadi watak penting yang membantu untuk membina semula ikatan keluarga Eun yang agak kelam kabut.

Jalan cerita dia sangat simple tapi penuh dengan emosi... 



Terima Kasih

Monday, December 2, 2013

Trip to Medan - Day 3

Hari ke 3 aku di Medan, bermula seawal 7 pagi waktu tempatan. Cuma kami dikhabarkan, perjalanan seterusnya ke Medan dari Berastagi akan bermula lagi pukul 10 pagi... nak kasi peluang kat anak2 mandi2 kat kolam renang dulu... Tapi untuk aku ngan family, tak de maknanya nak mandi kolam dalam cuaca pagi hari yang sangat sejuk tu... lagi pun aku alah dengan baju basah kalau masa travel...

Oleh kerana hotel yang aku duduk tu pemandangan dan lanskap dia sangat cantik, masa orang lain dok sibuk mandi, kitaorang bergambar dulu... sebelum perjalanan seterusnya dimulakan.

 Pemandangan kolam renang dari balkoni 

Bergambar berlatar belakangkan Sinabung Hills Resort

Dah puas round, tepat pukul 10 pagi kami bertolak ke Pekan Berastagi.

 Nak naik kuda jugak... pada hal kat Terengganu pun ada...

 Beli benih pokok bunga... macam kat Cameron Highland je... tapi nak jugak beli jauh2 sampai ke Medan...

 Beli buah2an... buah pisang kaki memang buah tempatan yang famous kat sini... tapi aku beli buah salak je... untuk makan2 masa perjalanan nak ke Medan. Nak bawak balik, tak payahlah... kat Terengganu pun berlambak!

Sampai je kat Medan, kami terus dibawa ke tempat ternakan buaya... besar2 buaya dia... Subhanallah! Lepas tu kami ke Istana Maimon. Istana Maimon ni adalah tempat yang wajib dilawati jugak kalau kita ikut trip ke Medan ni...

Bergambar bersama anak2 buaya

 Di dalam Intana Maimon

Di perkarangan Istana Maimon

Rasa dah tak sabar nak shopping kain telekung, kami terus dibawa ke sebuah Kedai Kain Batik dan Telekung Wajir di bandar Medan. Kedai ni yang pertama dan berhawa dingin. Sesuailah kalau kita nak shopping dengan bawak anak kecik. Tempat tu tertutup sikit dan lebih selamat. Masuk je kat kedai tu... terus excited. Banyak betul telekung dan cantik2. Harga pulak murah!

Ni lah rupa dalam kedai tu... Pilih jangan tak pilih... tapi harga kat kedai berhawa dingin ni sebenarnya agak mahal berbanding kat Pasar Ikan.

Kat sini singgah jugak. Tapi tak beli apa2 pun... harga barang dia sama je kat Malaysia.

Malam menjelma dan tiba lah masa untuk dinner pulak. Kali ni rasanya makan malam yang paling sedap kami pernah makan selama kat Indon ni. Ada ayam bakar dan ikan bakar.

Ha tu dia... makan ayam dan ikan bakar kat sini sambil duduk bersimpuh...

Makan tu adalah acara terakhir sebelum kami check in di Hotel di Medan untuk 2 malam berikutnya...




Terima Kasih

Sunday, December 1, 2013

Happy Birthday Aiman!

Kepada anak mama yang disayangi...


Selamat Hari Lahir yang ke 11

Semoga jadi anak yang soleh

Jadilah anak yang bijak dan mendengar kata

Mama doakan Aiman akan bahagia dan berjaya di dunia dan di akhirat...

Amin.


Terima Kasih

Friday, November 29, 2013

Trip to Medan - Day 2

Hari ke-2 kami di Medan bermula pada pukul 7 pagi. Tak susah sangatlah kan... sebabnya kalau ikut jam Malaysia dah pukul 8 pagi.

Posing dulu sebelum breakfast

Untuk makan pagi ni kami dihidangkan dengan mihun goreng, maggi goreng, etc. Tak banyak sangat makanannya. Tapi maggi goreng dia sedap sangat! Mungkin pakai maggi jenama Sedap kot! hehe...

Dah siap breakfast, kitaorang akan gerak ke Pulau Samosir melalui Tasik Toba yang saujana mata memandang...

 Sebelum naik feri... snap2 dulu...

Ni lah rupa ferinya... 'open air'

Pulau Samosir tu adalah penempatan orang batak. Boleh kata semua orang batak kat situ agamanya kristian... So, sebagai bekalan, kita bawaklah sedikit makanan dan minuman sendiri... 3 jam kot ada kat pulau tu! Tambah pulak bawak anakanda yang sihat tu... kang lapar nak bagi makan apa pulak kan?

 Pintu masuk Pulau Samosir

First sekali masa sampai kat pulau tu kami dibawa melawat kediaman raja dulu... macam2 cerita yang kami dah dengar... tak mampu nak cerita kat sini... 



Lepas dah ambil2 gambar kat kawasan kediaman raja2 tu... kami dibawa pulak ke kawasan penjenayah dipancung kepala setelah didapati bersalah selepas perbicaraan. Pada masa tu... semua penduduk kena pegi tengok raja pancung kepala penjenayah tu... sape yang tak datang, lepas tu dia pulak kena pancung... huh! seram jugak la...

Lepas tu barulah kami dilepaskan untuk buat aktiviti sendiri... iaitu shopping cenderahati... Tips kepada sesiapa yang nak membeli belah kat pulau samosir tu... kalau peniaga dia letak harga... kita kena mintak diskaun 50%.




Selesai shopping cenderahati, tiba masa untuk naik feri semula dan bersedia untuk bertolak ke Brastagi... tempat sejuk ala2 kat Cameron highland gitu!

Dalam perjalanan sempat singgah di Puncak Simarjarunjung.... sejuk sangat!




Lepas Simarjarunjung, kami singgah jugak di Air Terjun Sepiso-piso yang mengalir terus ke Tasik Toba.

 Pemandangan indah Tasik Toba dari Air Terjun Sepiso-piso

Shopping cenderahati lagi...

Penat sangat dah rasanya untuk hari ke-2 ni... kami teruskan lagi perjalanan ke Hotel Sinambung Hills. Sesi R & R pulak....



Terima Kasih

Thursday, November 28, 2013

Trip ke Medan - Day 1

Buat pertama kalinya kami sekeluarga bercuti bersama ke luar negara... negara kat sebelah yang sekangkang kera tu je... tapi apa yang penting bercuti ok! Trip kali ni penganjurnya adalah company en suami... satu opis semua dapat pegi free... so aku ngan anak2 ni tumpang sekaki.

Kami bertolak dari Terengganu ke LCCT 18 Nov naik bas je sebab bas dah disponsor... so bertolak malam 9.30 mlm dan sampai tepat 9.30 pagi. 12 jam tu! Rasa nak patah pinggang. Pasalnya trip kali ni setiap staf siap bawak pasangan masing-masing pakej skali dengan anak2. So paham2 lah kalau travel ngan anak2 kecik ni kan... 

Flight ke Medan pukul 1.20 pm. Pukul 11 semua orang dah kena check in. Oleh kerana group trip, masa nak check in dah jadi sejam lebih. Dah beres semua, kami pun terbang ke Medan dan sampai di Medan pukul 1.20 pm. Ha! sama kan... hahaha tak de lah rugi sangat masa kan? (Masa di Medan lewat 1 jam daripada Malaysia). Masa sebenar kat atas flight tu sangat lah sekejap. Dalam 30 jam je dah sampai airport Kuala Namu, Medan. Airport dia agak besar dan cantik jugak sebab baru lagi beroperasi kalau tak silap July 13.

Ni lah rupanya Airport Kuala Namu, Medan

Sesampai je kat airport kami dah dijemput dengan bas untuk ke Danau Toba - Parapat dan seterusnya akan ke Brastagi dulu sebelum ke Medan.

Singgah makan tengahari dulu kat kat restoran halal (Restoran Simpang Tiga) sebelum meneruskan perjalanan ke Tasik Toba yang akan ambil masa 3-4 jam.

Makanan kat sini biasa2 je... mungkin sebab baru sampai dan tekak tak biasa dengan makanan kat situ. Sampai je kat restoran tu, agen money changer dah siap tunggu. Sebab semua ahli trip ni tak tukar duit rupiah lagi... kecuali aku dan suami je yang dah tukar kat Terengganu. Nasib baik kitaorang dah tukar duit dulu sebabnya tukar kat agen kat sana tukarannya sangat murah. Tukar kat Terengganu RM600 dapat Rp2,020,000 (jadi jutawan sekejap!). Kat sana dengan jumlah RM yang sama hanya dapat Rp2,016,000.

Dah siap makan kami teruskan perjalanan lagi sebelum singgah di kedai yang jual pelbagai jenis kacang. PATEN nama kedai dia. Rasanya sesiapa yang ikut trip ke Medan ni memang akan dibawa ke sini. So, kat sini saja aku dah belanja Rp200,000. Beli kacang je kot!

Senget2 muka tengah makan kacang

30 minit kat kedai kacang, kami teruskan perjalanan lagi dan tido kat satu Cottage betul2 mengadap Tasik Toba. Memang cantik dan selesa sangat walaupun sebenarnya kawasan Tasik Toba ni agak sejuk sebab berada di tanah tinggi...

Pemandangan dari depan pintu bilik. Sangat mendamaikan.

So, kesimpulannya hari pertama di Medan ni, masa banyak habis kat atas jalan je. Malam tu lepas dah sampai bilik, siap2 dan mandi ala2 P Ramlee (Sebab sejuk gile! air panas ada sampai pukul 8 mlm je...), kami tidur dengan nyenyaknya sebab pukul 7 pagi dah kena breakfast dan seterunya bertolak ke Pulau Samosir naik bot. 

Pengalaman Day 2 akan bersambung...




Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati