Tuesday, November 30, 2010

Aku sangat rindu...

Pada insan yang dah seminggu meninggalkan aku...
tanpa khabar dan berita...
Tapi harapannya agar insan itu pulang dengan selamatnya...
disamping buah tangan yang aku pesan...

Rindu juga untuk post entry baru...
BBku masih belum jumpa...
Tengah berusaha mendapatkan pengganti...

Bilalah agaknya rinduku ini akan terhenti???


Terima Kasih

Friday, November 19, 2010

BBku hilang!

Huhuhu... sedih rasa di hati... BBku hilang... mana nak cari??? yang aku geram tu... hilang kat umah MIL je... semalam ada lagi! Bila carik hari ni dah hilang... Kalau lah aku boleh missed call dan dia berbunyi... Rasanya ada orang tersalah letak ni... atau ada yang dah gatal tangan...

Mujurlah ada BB adik ipar punya, boleh lah pinjam kejap. Bila dah balik umah nanti camana??? Rasa cam hilang sebelah kaki la... Camana aku nak ber'blog' nanti... huwaaa!!!!


Terima Kasih

Thursday, November 18, 2010

Tak lama lagi aku jadi minah indon!

Mana taknya... cuti 3 hari raya haji ni... tak miss tengok drama Indon...

Mula2 cerita Alissa... lepas tu sambung cerita cahaya... lepas tu cinta kirana... lepas tu cinta dan anugerah... dan banyak lagi la...

Agak2nya aku ni dah pandai sangat cakap cam indon...

Jangan tak percaya... kat rumah MIL ni... tak kira peringkat umur... semua orang minat drama indon... daripada abah mertua aku... ma mertuaku... aku... anak2 sedara... anak2 aku... pendek kata semua la... oleh sebab terlampau minat, abah mertua aku siap mintak bukak kot internet... tak sabar nak tahu kesudahan cerita... hehehe...



Terima Kasih

Tuesday, November 16, 2010

Hadiah untuk Adik!

Entry ini ditujukan khas buat anak bongsuku... Nur Anis Ainina
Kalau ada yang sudi nak baca... silakan!


Adik Sayang...


Mama ada hadiah untuk adik
Sempena mama dah dapat lesen kete
Mama harap adik suka

Hadiahnya...
Adik boleh pergi SEKOLAH BARU lepas ni
Pasti adik dapat cikgu baru
Dapat kawan baru
Boleh blajar banyak benda
Sebab mama dah boleh bawak kereta

Adik jangan risau...
Kat situ cikgu akan buat exercise kat adik
Ajar adik banyak benda yang adik tak tahu
Cikgu akan ajar adik berjalan
Adik jangan malu...
Sebab kat sekolah tu semua orang sama macam adik
Sangat istimewa
Adik jangan takut...
Sebab cikgu yang mengajar kat situ semua berhati mulia...

Mama mintak maaf...
Sebab sebelum ni mama tak pandai bawak kete
Tak dapat ambik dan hantar adik
Tempat keje papa jauh

Dan mama harap...
Sekurang-kurangnya bila mama ngan papa dah tak ada nanti...
Adik boleh berdikari...

Mama nak adik tahu juge...

MAMA SAYANG ADIK SANGAT-SANGAT!


Terima Kasih

Monday, November 15, 2010

Penantian yang sudah berakhir!


Akhirnya... dapat jugak aku tempek sticker ni kat kete laki aku... (confirm dia tak bagi)

Paling aku tak tahan...

Tetiba jadi glamor lak aku bila lulus lesen P
Abis orang kat opis tu ucap tahniah!
Macam aku dapat lesen bawak kapal terbang.
Padahal lesen P je... Malunya!

Bukan apa...
Disebabkan ke'bz'an aku ni... dah 3 kali aku ambik lesen L sejak 10 tahun yang lalu... dan tak pernah2 sudahkan! Duit dah abih beribu. Tapi belajar separuh jalan.

Ditambah pulak...
Aku kan dapat suami penyayang... mana nak kasi aku bersusah payah bawak kete... tok sah!
Die rela upah dreba untuk aku angkut aku ke sana ke mari semata2 tak nak aku penat.
Ha! Mithali tak?

Jadi...
Bila aku tetiba je berjaya dapatkan lesen ni... (tetiba ke???)
Walaupun terpaksa repeat jalan raya,
kira aku berjaya lah kan????
Berbanggalah untuk diri sendiri...
(so kengkawan sume pun tumpang gembiralah...)

Boleh bawak kete ke tak???
Tak tentu lagi!
Yang penting ada lesen ok!!!

SELESAI...




Terima Kasih

Sunday, November 14, 2010

Tengah Mengidam!

Nak kete ni!



Esok repeat jalan raya tak tentu lulus lagi... kepada yang sudi... doakan semoga saya berjaya ye! Thank You! Muahhhh!



Nota untuk Mr Hubby: yang kat atas ni soon dapatlah kan? kan? kan?



Terima Kasih

Sarung Phone Comel!

Nak ucap time kasih kat Yana sebab sudi buatkan saya sarung phone yang comel...

Tak tanya pun aku kena bayar ke tak sebab... aku memang nak dia buatkan free untuk aku...

Tak malunya...

Aku tahu dia ikhlas walaupun aku yang paksa dia buatkan! (buat andaian sendiri!)

Ni la gambar sarung phone tu... anak2 aku pun jeles!

Ayat jeles anak aku... mama ni macam budak2 kalau sarung ni bagi kat Ayin baru sesuai! hehehe...

Mama yang kejam... buat dek je!

So, sesuailahkan dengan rupa mama yang ayu ni kan???

credit to Bob a.k.a hubby tercinta mamarifqy... kerana sudi ambik gambar celah teko nih!



Terima Kasih

Saturday, November 13, 2010

Fobia aku ngan 'Cik Ti'

Ada tak orang yang fobia kat 'cik ti' sampai tahap cam aku? nak sebut nama penuh dia pun aku tak sanggup! Apa tah lagi nak dengar orang cerita pasal 'cik ti' ni... terlalu geli... tak nak cerita panjang pun kat sini pasal si 'cik ti' ni sebab aku memang tak boleh nak bayangkan pasal dia... agaknya kalau dia datang kat aku aku boleh pengsan atau pegi batu 2...

Nak dijadikan cerita... aku tertinggal susu anak & 2 helai seluar anak aku hari khamis hari tu kat bilik meeting kat opis aku... (meetingnya lah aku ni kan???). Hari jumaat pulak cuti. Maknanya hari ni lah baru aku pegi opis... terus cari susu anak aku dengan 2 helai suar tu... alamak! huhuhu suar anak aku yang aku baru beli kat giant tu dah tak de... tinggal pastik ngan tanda harga je... aku ingat melayang la 30 hinggit! 'cik ti' dah cilok suar anak aku tu! Dia nak pakai ke apa??? Kecoh satu opis aku cari kot ada tersangkut kat mana2 la kan??? Siap kakcik... opismate aku tolong carik kat dalam stor! memang tak de...

Masalahnya, pandai pulak dia tinggalkan tag harga kat dalam plastik tu... dalam hati aku cakap."kurang asam punya cik ti". Abis je meeting pagi tadi... barulah aku tau rupanya 'cik ti' yang aku cari2 tu ada 4 'ekor'! Ceh! Kurang hasam punya kawan! pakat2 kenakan aku! Patutlah bijak sangat 'cik ti' yang curik suar tu! Sumer DEGREE holder ok.... siap yang sorang tu 'cik ti' bunting!


seluar ni je padahal! aku ingat 5 hinggit je... rupanya 15 hinggit! geram sungguh aku kat 4 orang 'cik ti' yang terlibat mengenakan aku tadi! tak pe... ada lori ada bas ok!



Terima Kasih

Innalillah...

Sangat terkejut bila tetiba dapat panggilan...

Student aku meninggal dunia... baru lepas kena operate!

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Al-Fatehah...


Terima Kasih

Friday, November 12, 2010

Apakah Ertinya Menjadi Primadona?

Isu aku kali ni pasal insan yang suka nak jadi primadona! Ini bos aku selalu cakap! Tapi siapakah yang boleh digelar primadona? Kalau dalam dunia artis, primadona tu satu title yang boleh dianggap cemerlang! Cemerlangkah seorang primadona?

Takrifannya mungkin lain sikit bagi bos aku... primadona ni seorang yang tak nak berubah ke arah yang lebih baik... asalkan dia selesa, dia suka... dia hanya akan ikut cara dia sendiri... tak nak ikut cakap orang lain sebab dia rasa dia lebih bagus!

Ada jugak orang macam ni yang aku jumpa... bila rasa diri dah bagus sangat, pendapat orang lain langsung tak nak terima! Orang macam ni tak nak berubah! Sanggup guna cara zaman batu asalkan dia rasa bahagia... dalam bahasa yang lebih mudah atau lebih ganas, mungkin boleh dikatakan sebagai degil!

Semoga aku tak termasuk dalam golongan PRIMADONA ni...


Terima Kasih

Thursday, November 11, 2010

Hipokritkah Aku?

Orang selalu cakap... jangan jadi hipokrit! Kenapa? Kenapa kita tak boleh jadi hipokrit??? Adakah semua sikap hipokrit tu tak elok? Atau adakah sikap berterus terang tu sentiasa baik?

Bagi aku hipokrit ni terbahagi kepada dua. Hipokrit baik dan hipokrit jahat! Kadang2 orang2 yang rasa dia tak hipokrit adalah orang2 yang biasanya yang jenis outspoken. Kalau kita bukan orang yang outspoken... maknanya kita orang yang hipokritkah? Mungkin ya mungkin tidak!

Bagi aku ada ketika kita kena hipokrit! Tapi janganlah terlalu hipokrit! Contohnya, kalau kita tak sukakan seseorang mungkin kerana sikapnya, atau kerana mulutnya yang kita rasa jahat.. perlukah kita tunjukkan sikap kita yang tak suka pada dia? Jika aku tunjukkan sikap yang biasa, Adakah perlakuan aku menjadikan aku seorang yang hipokrit? Rasanya sebagai seorang melayu dan beragama islam, kita punya adab...

Aku ada juga terbaca laman ilmu kat SINI yang menunjukkan contoh hipokrit yang tak baik! 'Akibat tak mahu hipokrit, akhirnya bertambah dosa!' Kononnya tak nak hipokrit bertudung kerana belum bersedia, tapi akibatnya akan menambahkan dosa! Berbaloikah hipokrit yang macam tu? Mana yang lebih teruk? Dosa hipokrit atau dosa melanggar hukum Allah? Sama-samalah kita fikirkan ye... aku juga adalah insan naif yang masih belajar... wasalam...


Terima Kasih

Bila Anak Dibanding-bandingkan!

Pressure pulak aku rasa setiap kali anak2 dapat keputusan exam. Tambah pulak ada sepupu yang sama umur. Anak baru darjah 2 ngan 3 tapi macam baru lepas SPM. Mesti kakak-in-law aku akan call tanya anak aku dapat brapa A? Dapat nombor brapa? soalan BM no... Aiman boleh jawab tak? bla bla bla... Alahai! aku ni manusia yang tak sempat nak jaga anak sampai ke tahap tu... tapi itu boleh dianggap sebagai cabaran... cabaran untuk menjadi seorang mama yang lebih baik... tapi tu la... pressure tetap pressure!

Aku memang tabik spring dengan kakak-in-law aku nih... kalau boleh nak pegi duduk sebelah anak masa kat sekolah... walau anak2 dah masuk sekolah asrama penuh... semua buku rujukan anak2 mesti ada 2 copy... 1 untuk anak bawak pegi asrama... 1 lagi dia study kat umah... hujung minggu gi bawak anak2 outing sambil bagi tuition... klas tak? Padahal, dia belajar setakat SPM dan hanya seorang surirumah! Tapi aku memang respect dengan semangat waja dia! Aku yang calon nak buat master ni????? hampeh!


Terima Kasih

Betul tak?

Nak maniskan muka yang sememangnya dah beriak masam

pada aku... sama susah macam...

Nak memutihkan kulit yang dah sedia gelap!

atau

Nak mancungkan hidung yang dah sedia penyet!

atau

Nak bulatkan mata yang dah sedia sepet!


Terima Kasih

Wednesday, November 10, 2010

Aku tak pernah sangka!

Rupanya berpindah ke Terengganu merupakan keputusan yang tak patut aku kesalkan! Kenal dengan ramai orang kat negeri kelahiran suami aku ni, buat aku rasa sangat bertuah. Walaupun penat dengan rutin kerja yang sangat berbeza dari dulu namun aku tetap rasa tenang. Mungkin sebab aku kenal dengan ramai orang yang baik2 dan ikhlas kat sini... Cuma aku sendiri yang masih belum boleh seimbangkan antara kerja dan keluarga... tapi makin lama aku sudah semakin biasa...

Rasa sangat bertuah punya suami yang sangat memahami. Tak marah kalau aku terpaksa balik lewat sebab kerja... tak pernah merungut kalau aku terpaksa outstation dan tinggalkan dia dan anak2 berhari2... sentiasa mendengar luahan hati dan perasaan aku yang kadang kala kacau bilau...

Kat sini jugak aku tak rasa kesepian atau keseorangan... aku ada ramai kawan2 yang sangat baik. Walaupun kebanyakannya adik2 pada aku... tapi aku tak pernah rasa tersisih... Sesungguhnya tanggapan aku sebelum berpindah ke sini sangatlah tidak tepat... ketakutan aku sebelum ini sangatlah tidak berasas! Kawan2 di sini tak kurang hebatnya daripada kawan2 yang dah 10 tahun dulu aku kenal!

Cuma kadang kala rasa rindu pada mama dan abah di kampung halaman aku susah nak terubat disebabkan jarak antara Terengganu dan Pulau Pinang aku rasakan sedikit jauh berbanding dulu semasa aku di KL. Tapi aku tetap bertuah sebab ada keluarga suami aku yang ambil berat pasal aku... turut rasa berdebar bila aku nak ambil ujian memandu! Turut rasa sedih bila aku tak lulus ujian tu! huhuhu...

Aku bersyukur juga sebab kat sini ada tuan punya taska yang berhati mulia... sanggup jaga adik walaupun adik anak istimewa... terima kasih jugak buat pengasuh-pengasuh adik... walaupun susah nak jaga adik sebab adik selalu kena sawan, berat nak kena dukung adik sebab adik tak boleh berjalan, tapi aku tak pernah tengok mereka tarik muka depan aku... dan aku harap belakang aku juga... Bila aku tanya pasal bayaran overtime sebab selalu ambik adik lambat dari taska, diaorang akan cakap tak payah... kami dah sepakat tak nak ambik... ikhlas nak jaga adik... Kalau lah adik ditakdirkan masuk syurga, mama nak adik bawak jugak pengasuh2 adik... Mama sangat2 menghargai susah payah mereka ni...

Semoga kebahagian di sebalik kepayahan yang aku hadapi sekarang ni akan berkekalan...


Terima Kasih

Aku yang terlebih emo!

Malas nak layan diri sendiri!


Terima Kasih

Ngiauan Kucing Itu...

Comelnya anak kucing tu... sangat comel belang-belang warna kelabu campur kuning. Mengiau depan pintu rumah aku. Dalam keadaan hujan yang sangat lebat! Sayu sangat hati aku... makin lama tangisan anak kucing tu makin kuat... aku turut menagis dalam hati... dengar anak kucing tu menangis sama macam aku dengar tangisan adik... aku sangat fobia... walau aku sangat kesian kat anak kucing tu, aku larang anak-anak aku sentuh. Apa lagi kalau nak pegang! Bagi aku kucing bawak padah pada aku! Mengubah seluruh hidup aku!

Biarlah orang nak kata aku kejam pada kucing... biarlah orang nak kata aku benci pada kucing... aku tak kisah... sebab orang lain tak tau derita yang aku tanggung kerana kucing! Kerana kuman yang dia bawa... anak bongsu aku tanggung akibat! Aku juga tanggung akibat! Kerana kuman toxoplasma pada kucing, aku lahirkan anak yang tak normal! Anak yang menderita kerana sakit!

Dendamkah aku pada makhluk Allah yang bernama KUCING? Yang Allah hantar untuk menduga aku... menguji keimanan dan kesabaran aku sebagai seorang manusia? Jawapannya adalah TIDAK! Tidak sama sekali! Aku tak dendam pada makhluk yang bernama kucing! Tapi fobia aku masih belum hilang... biarlah fobia tu pergi bersama masa... sebab aku adalah pencinta kucing satu ketika dulu...







Terima Kasih

Tak tahu apa nak buat bila...

Anak lelaki tunggal aku yang sorang ni suka membasahkan tilam setiap malam. Kencing tempat tido! Lemah sungguh bila bangun pagi terpaksa merasa frust! Makin lah aku jadi cepat tua! Umur dah nak masuk 8 tahun... macamana nak buat??? Nak tido dah pegi pisss! Tengah malam pisss lagi kat tempat tido! Boleh bankrup aku nak kena antar toto dia kat kedai dobi... nak basuh sendiri? Alasan yang boleh aku bagi... tak sempat... dan... mesin basuh kecik (muatan 6kg je...) hangit habis mesin basuh aku! dan... ditambah sikit perasaan malas nak layan! Kekadang kesian jugak... bukannya dia suka2 nak pisss kat tempat tido kan? Yang aku paling kesian bila dia tersedar dah terpisss kat tempat tido... muka pucat lesi sebab takut kena marah... sampaikan sekarang ni... aku pasrah je lah... selagi dapat elak aku elak! Tapi kalau dah tak boleh... Redho je la... anak aku jugak... bukan anak orang lain... dugaan pada aku, sebagai seorang ibu yang selalu abaikan anak2 kerana kerja... terfikir jugak kalau Tuhan saja nak bagi aku hadapi dugaan ni supaya aku tak terus terlupa bahawa aku ada amanah lain yang aku kena jaga selain daripada kerja dunia semata-mata...

Semoga anak2 aku menjadi insan yang berguna dan beriman... Amin...


Terima Kasih

Tuesday, November 9, 2010

Berbaloikah???

Balik lambat kerana keje!

Makan lambat kerana keje!

Tinggalkan anak kerana keje!

Tinggalkan suami kerana keje!

Lupa appointment hospital anak kerana keje!

Tension kerana keje!

Susah hati kerana keje!

Penat lelah kerana keje!

Baju bertimbun tak sempat nak basuh kerana keje!

Yang paling tak tahan kalau GEMUK kerana keje!

Perlukah aku TINGGALKAN KEJE kerana nak elakkan semua yang di atas????




Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati