Wednesday, December 19, 2012

Hari rabu yang best suam-suam kuku...

Tenang sungguh rasanya hari ni...tak tau lah kenapa. Tapi tak rasa tertekan sangat mungkin kerana beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan dah dibuat hampir semuanya... So, bolehlah nak fokus study  untuk exam nanti pulak... Otak dah rasa berkarat dah ni... Harapannya, otak yang dah berkarat ni bolehlah nak digilap kasi berkilat sikit!

Dikesempatan yang tak berapa nak sempat ni, aku nak melahirkan rasa bangga kepada 2 orang anak buah aku yang baru terima result PMR hari ni... memang cemerlang... Ayunie - Straight A (8A) - Isyraf pulak... 2A 6B... oklah tu... Anak2 aku pulak nanti??? Huih! Berpeluh la mama nak jawab! InsyaAllah... We can do it! Dengan usaha papa sebagai cikgu tuisyen tak bertauliah tu... harapnya, tahun depan Airin akan cemerlang juga macam Kakak Yunie untuk UPSR...



Terima Kasih

Monday, November 12, 2012

Sangat gembira tapi sedikit sedih...

Alhamdulillah... akhirnya aku dapat mulakan hidupku yang baru... sangat bersemangat dan gembira. Namun, disebalik kegembiraan tu... terselit sedikit rasa sedih... sedih meninggalkan kebiasaan sebelum ini... dan tidak biasa dengan kehidupan selepas ini. Tidak biasa bila bahu ni terasa ringan sebab dah biasa dengan bahu yang berat...Tapi aku kena tabah kerana itu pilihan aku sendiri. InsyaAllah, semoga aku sentiasa dirahmati oleh Nya. Amin.


Terima Kasih

Monday, August 13, 2012

Sangat teruja...

Tak sangka pulak tetiba dapat tahu kunci rumah yang dibeli dah dapat semalam. Semalam jugak dok sibuk tanya kawan2 kat mana nak beli itu... beli ini... Sangat excited ok!

Orang lain dah tak heran... dah nak beli rumah yang ntah ke berapa... aku ni baru ada 1 dah seronok bukan main... maklumlah... bila dah ada rumah sendiri, dalam kepala ni macam2 dok planning... nak macam tu la... macam ni la... selama ni tak dapat sebab asyik menyewa rumah orang. Ada lah jugak perasaan nak pindah sekarang juge... hehehe

Tapi bila fikir penatnya berpindah randah ni... dalam keadaan yang sibuk dan di dalam mood nak raya ni... rasa macam malas la pulak! So, kesimpulannya... kami sekeluarga masih beraya di rumah sewa kami yang penuh kenangan manis dan pahit tu...



Terima Kasih

Wednesday, August 8, 2012

Baru pikir, dah letih!

Alamak... tak study lagi! Hujung bulan ni dah nak exam... assignment je dah berlambak! Dukacitanya, satu pun tak buat lagi... main dengan satu study case je dah doblas mukasurat... nak baca... nak faham lagi... huhuhu...

Tu la... masa tak sambung blajar, tergedik2 nak... bila dah dapat peluang rasa menyesal pulak! Mana taknya, dengan keje opis lagi... keje rumah lagi... keje sekolah anak2 lagi... semuanya di bawah batu jemala patik...

Harap dapat lah aku tempuh semuanya dengan kesabaran dan ketekunan... 

Kepada En Suami... boleh tak tolong buatkan separuh assignment saya?? Please...


Terima Kasih

Anak istimewa @ anak bertuah?

Hari rabu yang sangat bosan... ada kat ofis... ada kerja yang banyak dan bertimbun... ada buku yang nak kena baca... tapi dari kul 9 pagi sampailah sekarang, aku tak produktif langsung! Keje aku dari tadi cari kawan nak bersembang... lepas tu selang seli pegi photostat resepi. Huh! kalau la bos aku nampak??? Masalahnya bos tak de kat ofis... sebab tu la tergamak aku nak curi tulang... Walaupun tahu berdosa! Huhuhu...

Dalam sibuk dok bersembang, dapat lah aku beberapa pengajaran baru daripada kawan2 pasal 'peel' anak2 yang buat aku selalu hilang sabar. Tapi itulah amanah yang Allah bagi pada kita sebagai ibu bapa... bersyukurlah kita ada anak... ada orang yang berhempas pulas sebab nak dapatkan anak. Lepas ni, aku akan cakap anak aku yang nakal tu... kena ganti dengan anak aku yang istimewa tu... atau anak aku yang bertuah tu... dengan harapan anak2 aku akan terus jadi anak2 yang baik lagi soleh...


Inilah rupa anak2 aku yang sangat istimewa dan bertuah serta soleh dan solehah hendaknya... Amin.



Terima Kasih

Tuesday, August 7, 2012

Masih lagi terasa...

Seperti kami baru saja kehilangan adik... masih aku ingat masa sebulan ramadhan tahun yang lepas... aku ambil sebulan cuti... tujuannya untuk jaga adik (anak bongsu aku) kat hospital. Namun aku rasa sangat berbaloi... adik dijemput Allah di atas pangkuan aku dan suami... di depan mata kami setelah dia bertarung nyawa sehinggalah nafasnya yang terakhir...

Suami akulah insan yang masih sentiasa ingatkan arwah... sampaikan setiap masa sebut pasal adik... setiap perbuatan dia, dia akan kaitkan dengan kenangan bersama adik... Setiap malam sebelum tidur akan tengok video adik yang masih lagi ada kat phone... Tapi jauh di sudut hati... aku juga insan yang paling sakit terasa kehilangan adik... walaupun aku tak sebut setiap kali aku ingatkan dia... namun dia tetap ada dalam hati dan akal aku sampai bila2...

Semoga aku dan suami akan terus tabah menghadapi ujian-Nya. Amin...


Terima Kasih

Tabahlah Wahai Teman...

Pagi jumaat yang lepas, aku dapat satu panggilan telefon daripada sahabat baik aku masa kerja kat Ampang dulu... Hati dah berdebar bila terima panggilan tu... macam ada yang tak kena. Kalau hal2 biasa jarang ada kawan yang nak call kul 6 pagi... paling2 pun biasanya waktu tu aku akan terima sms daripada staf yang inform nak MC ke... EL ke...

Memang betullah jangkaan aku... aku diberitahu yang suami member aku yang lagi sorang, sahabat aku yang baik jugak... baru meninggal dunia. Umur baru 30 lebih... Tentunya ajal dan maut itu ditangan Allah. Tiada siapa yang mampu untuk menentukannya. Innalillah...

Tapi bila dikenangkan balik, arwah seorang suami yang baik... semoga arwah ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman. Amin. MasyaAllah... Arwah pergi pada pagi hari jumaat di bulan yang penuh barakah... Meninggal dalam tidur.

Kepada sahabat aku Norzanila... Semoga kau tabah! Aku hanya mampu berdoa... Namun yang menanggung sahaja tahu rasanya sakit kehilangan.


Terima Kasih

Assalamualaikum & Selamat pagi semua!

Pagi yang penuh semangat... bermula lah semangat yang biasa cam hangat2 tahi ayam ni... tetiba rasa cam nak update blog yang dah lama tak bersiaran ni... 

Hmmm... tetiba jugak rasa cam blur camana nak buat entry baru. Blog dah lain sikit... Nampak sangat tak perasan selama ni.

Dalam pada tengah semangat nak mengupdate blog, datang pulak cerita yang membuatkan suhu amarah aku naik sikit... hishhh! potong mood betul!

Anyway, aku sambung lagi nanti... nak settle problem ni dulu.

Wassalam.


Terima Kasih

Monday, May 14, 2012

Cuak betul!

Aduyai... semalaman tak leh tido bila mengenangkan phone yang dah macam diary tu tetiba je blackout dan tak leh nak on. Sangatlah cuak! Mana tak nya... dengan no akaun, nota2 peribadi sume segala bagai kat dalam tu. Itu belum gambar yang dah cecah 2000 keping kat dalam tu... Huhuhu... Ingatkan habis bateri... bila charge pun tak leh jugak. Sudah! bila test charger yang sama kat ipad ok pulak... maknanya charger tu tak bersalah! Agaknya satu hari tu orang nak call tak dapat... sementelah hari cuti pulak... maknanya memang aku tak kisah pun kat phone tu...

Tetiba teringat ada satu phone nokia yang harga tak sampai RM100 tu... Alhamdulillah boleh le... tak de rotan akar pun berguna... dan sejak tu aku dah rasa cam ni lah satu2nya phone yang berjodoh panjang ngan aku. Bila tukar phone tu... berebut sms masuk... alamak! Sori le... Sampai kul 2 pagi ada lah 1 sms masuk dan smsnya berbunyi... 'Kak Nani nak main badminton tak hari ni?' hahaha... ajak main badminton kul 2 pagi... boleh tahan! 

Keesokannya dengan penuh pengharapan aku pegi kedai phone depan opis aku... Staf kat kedai tu masukkan je charger yang ada kat kedai dia, terus je nyala phone aku tu... Chesss! Sudahnya ok je phone tu sampai sekarang tapi sampai sudah aku tak tau apa ke halnye dia buat perangai... Anyway semuanya dah selesai... Alhamdulillah...



Terima Kasih

Friday, May 11, 2012

Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak...

walaupun dah lama menanti... akhirnya tercapai jugalah hasrat untuk sambung belajar lagi... agak lama la simpan hasrat tu yang dah hampir nak terkubur ni... 

Tetiba pulak baru2 ni dapat email senarai nama aku keluar untuk sambung belajar... 100% company tanggung... syukurlah. Walaupun tak de lah hebat sangat... Program MBA je... tapi dah lama sangat keinginan nak sambung belajar ni... agaknya dah dekat 5 tahun menunggu.

Tapi ada jugak la bahagian yang agak menakutkan... 1st class dah belajar module research methodology... sangat la tak minat subjek tu... mengelabah jugak la nak paham... siap dah ada assignment project. Fuhhh! Nak cari jurnal pun satu pekdah! Itu belum nak baca dan nak paham dan nak analyze... huhuhu... rasakan! Nak sangat kan???

Masa 1st class tu jugak aku dapat tahu... rupa2nya... aku and the gang belajar ngan U oversea... cuma blajar je kat MSU... Huh! Conventry University, London. Hahaha... cam bagus kan??? U tu memang bagus la... aku ni je yang tak tau bagus ke tak! Masa 1st class tu Prof dari Conventry tu yang turun bagi lecture... agak nganga la jugak aku masa kat kelas tu...

Hopefully, aku dapat la tamatkan pengajian aku ni... sekurang2nya ada le sikit peningkatan dalam hidup ni... Amin...


Terima Kasih

Thursday, April 26, 2012

Dah lama sangat...

Tak update blog...

Tak balik kampung halaman...

Tapi yang bestnya... semuanya akan berlaku pada hari ini... yahoo!!!!


Terima Kasih

Wednesday, February 22, 2012

Pelangi Petang...

Pelangi Petang
by Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Terima Kasih

Tuesday, February 21, 2012

Misi GAGAL!

Semalam dengan penuh debaran pegi bersemuka dengan boss. Tujuannya memang 1 je... nak letak jawatan yang dipegang sekarang ni... Tapi gagal dan tak diterima! Jangan salah faham ye... bukan sebab bos sayang kat aku... tapi sebab tak de orang yang nak gantikan tempat aku tu. Huhuhu... sedih tahap malas nak datang keje lagi dah! Dah la tak terima... kena ceramah pulak lebih sejam! Haduh! Letih!

Namun aku akan guna PLAN B lah lepas ni... apa PLAN B tu (macamlah ada orang nak tau kan???) ... Biarlah rahsia!


Terima Kasih

Wednesday, February 15, 2012

mama rindu adik...

Rasa teringat sangat kat adik bila tengok cite 'atas nama cinta' petang tadi bila suami kepada seorang isteri pergi mencari kanak2 yang seiras muka anak dia yang dah meninggal. Sebabnya si isteri sakit rindukan anak dia tu... Aku sangat terasa... Sebab aku sangat faham perasaan tu... Sangat faham!

Dan lepas tu... Hati ni rasa tak tenang sangat. Terus pegi semayang magrib dan cuba nak baca yassin untuk adik dan untuk ketenangan diri sendiri. Tapi sangat payah sebab air mata aku asyik mengalir tak berhenti. Rasa sakit yang amat sangat. Nak mengadu kat suami, takut dia akan sama2 rasa tak tenang. So, aku pendam sendiri. Tapi sebagai suami yang memahami, dah pasti dia pujuk aku. Dan bila kena pujuk, aku akan rasa lebih sedih!

Dengan perasaan yang kuat ni aku tekad... Aku akan pergi PDK... Nak tengok anak2 istimewa yang ada kat situ... Mungkin itu boleh buat rinduku pada adik akan sedikit terubat.

Ya Allah! Berikan aku kekuatan. Aku bukan hambaMu yang kuat untuk menghadapi semua ni... Walaupun aku tahu Engkau hanya menguji hambaMu setakat yang kami mampu.



Terima Kasih

Nampak dah apa akan berlaku jumaat ni!

Dah lama rasanya tak dapat nak bercuti dengan tenang pada setiap hujung minggu... (jumaat dan sabtu adalah hujung minggu aku sebab keje kat pantai timur). Dan nampaknya minggu ini perkara yang sama akan berlaku lagi... huhuhu

Keje...keje...keje... itulah fitrah manusia yang hidup di bumi ni. Tapi kalau keje tu kita suka maka kita tak akan rasa kita bekerja. Malangnya dalam kes aku ni... aku suka separuh je. Separuh lagi tak berapa nak suka la... Bukan senang kalau jadi ketua yang tak berapa nak ketua ni... Namun aku sentiasa kena positif! Sebabnya semua staf aku ni BEST!

So, nampaknya aku kena amalkan doa ni sokmo la...

Sumber: SINI


Terima Kasih

Tuesday, February 14, 2012

STERN BOSS!

Perlukah kita jadi boss seperti ni atau camana nak buat kalau kita ada boss yang macam ni???

"Having a boss who stiff and unforgiving can indeed make the world a beautiful no longer. Especially if he continues to give you a task and do not hesitate to ask for the result though it was midnight. But do not let her presence make you lose your spirit."

Sumber: SINI





Terima Kasih

Demam @ Malas sekolah?

Ni lah idea baru Muhammad Aiman Hakimi kalau rasa malas nak pegi sekolah... Bila kejut pagi suruh mandi... buat muka monyok. Konon demam lah tu... mama pulak jenis yang cepat kesian. Oklah hari ni tak payah pegi sekolah! Tetiba pulak muka dia akan terus bersinar! Aduhai lah Aiman...


Terima Kasih

Mood yang tak best di pagi hari!


Apa ye yang sepatutnya aku rasa bila selalu kena marah pasal orang lain? Kalau pasal salah sendiri aku boleh terima dengan rela! Sakitnya hati Allah saja yang tahu...

Buat keputusan tak pernah nak bincang. Tapi bila timbul masalah orang yang tak tahu menahu ni yang kena jawab! ADIL KE CAM TU????

Huhuhu... alamat cepat tua lah aku macam ni!


Terima Kasih

Monday, February 13, 2012

Akhirnya dapat juge bermalas-malasan!

Rasanya dah seminggu tak bermalas-malasan tanpa rasa bersalah. Maklumlah kan... menumpang kasih kat umah ibu mertuaku... So, masa aku bermalas-malasan tu selalu dengan rasa bersalah lah kan? hehehe... So, hari ni aku nak berehat sepuas2nya di rumah sendiri.

Tak nak masak... basuh baju... kemas rumah... dan sebagainya... Amboi! ni dah kira pemalas dah ni! Acah je tu... sebagai seorang ibu dan isteri yang solehah lagi mithali mestilah semua tu dah jadi kewajipan kan?

Kepada En Suami... diharap tidak akan menghalang niat suci saya untuk berehat sepuas2nya hari ni ye... Saya rasa penat sangat seminggu yang lepas sebab hari cuti pun kena keje... Sian kat saya kan??? Esok saya upah sayur masak lemak ngan ikan goreng kesukaan awak k... hahaha... saya ni kan orangnya sempoi dan simple... Jangan marah aaa!!!


Terima Kasih

Semangat Baru!

Assalam semua kawan2 yang masih sudi menjenguk blog aku yang dah dekat 2 bulan tak dikemaskini ni... (Aduh! macamlah ada pembaca setia??? hehehe...) sampaikan shoutbox expired pun tak perasan... So, oleh kerana itu, hari ni aku cari shoutbox yang free untuk aku kembali aktif dalam dunia blog yang aku sayangi ni.

Nape pulak aku kata aku sayang kat blog ni??? Sebabnya bulan lepas aku dah terasa macam nak lupuskan je blog ni... sebabnya dengan sifat hangat2 tahi ayam yang aku ada ni... rasa cam dah tak mampu nak mempertahankan blog ni. Namun, bila aku tengok dan tenung balik... banyak cerita suka duka aku kat dalam blog ni... aku jadi sangat sayang... ditambah pulak dengan komen2 semangat yang diberikan oleh kengkawan yang merangkap blogger dan juga bukan blogger...

So, dengan ini... aku berikrar tidak akan melupuskan blog aku ni... walaupun aku tak sempat sokmo nak update! Yang penting kita enjoy!!!

Wassalam.


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati