Tuesday, August 26, 2014

Segmen : Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

Petang ni KN rasa macam nak join segmen ni... Nampak macam ada masa lagi ni... lagipun dah lama tak join segmen atau GA.

Jom la join juge...

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html

Klik Banner tuk join... atau SINI


Terima Kasih

Monday, August 25, 2014

Masih mood raya!

Kepada semua rakyat Malaysia...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!


Setakat mana semangat kita sekarang ni? Ada pasang bendera kat kereta? Rumah? Tempat kerja? Harap semangat patriotik kita bukan hanya setakat pasang bendera... tapi penghayatan tentang kemerdekaan tu yang penting. Setuju?

Tapi KN sendiri masih dalam mood raya... hehehe... kejap lagi ada jamuan raya lagi di office ni. Kalau hari tu department KN, hari ni department lain pulak... baru nak berjinak2 dalam menguruskan badan sambil2 puasa ganti... dah nak kena stop dulu lah nampaknya! hehehe... alasan je tu. Boleh?

#Patutlah rasa stress lain macam je kebelakangan ni... rupanya dah lama tak jengok blog!


Terima Kasih

Monday, August 11, 2014

Jamuan Raya di Office

Minggu lepas ada jamuan raya kat office yang mana dianjurkan oleh support staff. So, KN ni kira antara penganjur jugak la... Tapi tugas KN buat koktail je. Mudah! hehehe... campak2 je... tak payah nak masak2... siap untuk dihidangkan...

Meh kita layan je gambar makanan yang ada...





Antara menu yang terlibat:
Nasi Lemak (teringat2 pulak time pose2 cam ni...)
Mee kari
Satay
Roti jala
4-5 jenis puding
Lemang
Ketupat & rendang
Tapai
Spagetti
Pelbagai jenis buah2an

#Balik rumah timbang berat naik 2kg! Huhu


Terima Kasih

Istiqamah...

Nampaknya hari ni dah boleh mula menjengok semula kat blog tersayang setelah sekian lama terbengkalai dek kesibukan tuan punya. Susahnya nak istiqamah... Bukan setakat istiqamah menulis blog. Berkenaan perkara2 lain pun sama jugak... 

Bila mood untuk menulis start hilang, dia akan lama hilang. Nak tunggu muncul balik punyalah payah! So, hari ni memang KN paksa diri untuk start menulis semula walaupun mungkin entry ni tak ada isi penting pun... hehehe... Kalau ambik UPSR, tulis karangan macam ni agaknya dapat D kot!

Sebenarnya banyak je benda nak tulis, nak cerita... tapi semuanya tak menjadi. Memang otak dah jadi tepu dah. Bertambah parah bila line internet musim2 raya ni agak menguji kesabaran. Kat rumah line memang sangat slow! Quota internet yang biasanya waktu ni dah nak habis tapi sekarang ni masih ada lagi separuh!

Apa lagi tunggu? Start malam ni kita BW sampai abis quota internet. Esok lusa dah nak renew quota baru dah!

Kepada kawan2 semua, sila ready sebab KN akan start gi beraya rumah masing2 ye... hehehe...


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati