Monday, August 30, 2010

Gaji oh Gaji!!

Dimana kau gaji... beg duit aku dah tinggal 2 hinggit... takkan nak tumpang beg duit laki aku pulak... frust nyaaa!!!!!! ingat nak ajak hubby pegi jalan2 esok... tak dapek la jawabnye...

Masa tengah tensen ni jugak la hubby aku nak bagi tau dia kena outstation pulak malam esok... abih, sape nak antar aku pegi dan balik keje... nampaknya kena call pak cik teksi la... melayang duit aku yang masih tak tau kat mana tu 60 hinggit. Bayangkan lah... sekali naik teksi dari umah ke kolej dah 15 hinggit... kali 2 dah 30 hinggit sehari... kali lagi 2 sebab 2 hari... huwaaa!!
Terima Kasih

Excitednya rasa nak raya!!!

Emm... cam bebudak pulak rasanya... apa boleh buat... dah setengah tahun tak balik umah mama ngan abah... rinduuu sangat... Nasiblah suamiku tersayang... raya tahun ni kat umah saya pulak... Jangan ada yang mengangis bila dengar takbir raya sudah... (isy... cam aku je tu)...

Anak-anak pulak, nampak cam tak kisah je nak raya... cuma sibuk dok tanya puasa tinggal brapa hari lagik... dah tak larat la tu nak puasa... Feel nak raya pun tak brapa nak ada sangat sebab puasa kali ni sangatlah relax sebab tak payah nak sibuk beli baju raya la... yang paling aku tak tahan bila tahun ni langsung tak kisah nak beli kuih raya... kalau tak... beratus duit abih beli kuih raya saja.

Ramadhan tahun ni jugak pertama kalinya aku berminat nak khatam quran... malangnya cam tak sempat sebab dah lebih setengah bulan puasa, baru abis baca 12 juzuk je... puasa cuma tinggal 10 hari... itu belum tolak ari aku off lagik... tak pe la... harap tuhan bagi aku peluang lagi tahun depan... Apapun aku akan cuba sedaya upaya dalam 10 hari ni...

Jemputan berbuka pulak boleh tahan la tahun ni... mungkin kurang sikit berbanding tahun lepas... tapi jemputan yang banyak diterima adalah jemputan berbuka umah mak dan abah in law... siap dengan pakage bersahur sekali... murah rezeki tahun ni... Hari ni pun tengah menanti saat berbuka SISE... Anak-anak dan hubby terpaksalah berbuka sendirian ye... tanpa mama... tapi jangan lupa belikan air soya k...

Pesanan untuk kampung halaman: Nantikan kepulanganku di Aidilfitri ni... wasalam...
Terima Kasih

Friday, August 20, 2010

Kisah aku dan dia ketika menjelang hari raya...

Hari ni dah genap 10 hari berpuasa... lagi 20 hari nak raya... walaupun perasaan nak beraya dah tak macam 20 tahun dulu... tapi tetap le rasa jugak excited nak beraya. Tahun ni pecah record sendiri la sebab sebelum puasa lagi dah siap beli baju raya anak2 dan diri sendiri. Kalau tak... selagi tak raya selagi tu la sibuk bershoping kat Jalan TAR, SOGO dan macam2 tempat kat KL. Kira bulan puasa bukan bulan nak beribadat, tapi bulan sibuk shopping seluruh KL. Astagfirullahalazim....

Bermula November 2008, hidup aku dah berubah sikit. Dari Ampang aku pindah ikut hubby pindah ke Terengganu. Semuanya dah jadi lain. Gaya hidup dah berubah sikit demi sedikit. Bila tiba bulan puasa aku mula rasa cemas... susahnya nak shopping kat sini... bukannya tak de kedai jual baju kat sini... cuma aku suka pergi shopping complex yang besar2 sebab banyak pilihan. confirmla kat sini tak ada. Ada tak ada pun Maidyn Mall la yang paling besar. Alahai... raya tahun 2009 aku tak sempat nak beli pun baju raya anak2. Plan nak pegi KL beli... Sanggup tuh! Tapi disebabkan kesibukan kerja, tak sempat nak pergi KL. Bukannya dekat... 7-8 jam jugak la dari KT ni. Isy... tak syok langsung rasa nak raya. Akhirnya, kebetulan pulak my hubby kena pegi outstation kat KL. So, raya tahun 2009 tu baju raya anak2 ikut taste papa la... dah la tu... ada pulak baju yang tak kena dengan saiz anak...

Hari pertama puasa tahun 2009, aku dengan hubby dah bincang nak raya mana dulu... kata dia alang2 dah duduk KT, raya la kat sini dulu... pada hal, tahun lepas dah raya kampung die... ada ke patut??? Masa nak pujuk aku pindah balik KT, bukan main lagi janji... bila dah duduk KT, raya tiap2 tahun nanti balik Penang je la... sebab kita kan dah bermastautin kat KT... Amboi! Tu lah namanya janji manismu... Sebab aku ni jenis yang senang tertipu... aku pun setuju la nak pindah duduk KT. Bermula puasa pertama tu la kami akan perang dingin bila cakap pasal raya... sampailah akhirnya aku pun pasrah untuk raya di KT dulu... tapi dengan syarat raya kedua kita balik Penang dan raya seminggu kat sana. Masih lagi tertipu... bila raya kedua menjelang, dia jadi sayang nak tinggalkan kg dia untuk berangkat ke Penang... Menangislah aku sendirian bila raya ketiga barulah aku berangkat balik Penang... Sakitnya hati tuhan saja yang tahu...

Tahun 2010 pulak? Aku dah malas nak bergaduh dah... awal2 lagi aku dah cakap, nak balik raya kat Penang sebab dah 2 tahun berturut2 raya kat KT. Hubby pun agaknya malas jugak nak gaduh2, die setuju je... tak banyak soal pun... tapi itu menimbulkan confius di minda aku... apa pulak yang akan terjadi pada aku raya tahun ni... kalau ikutkan perjanjian... raya ketiga malam baru balik KT... so, just wait and see...
Terima Kasih

Thursday, August 19, 2010

Airin Dan Aiman

Nur Alissa Airin dan Muhammad Aiman Hakimi (9 dan 8 tahun). Dua beradik yang berkongsi darah dan daging yang sama. Tapi, macam anjing dengan kucing. Kalau bergaduh... subhanaAllah! Macam nak runtuh rumah. Camana kakak tak marah kalau si adik ni, suka main belasah je ikut suka hati. Satu pagi masa nak pergi sekolah... punya la Aiman ni main taram je, pakai kasut sekolah kakak. Kan ke lain jenis kasut dan saiz... bila kakak nak pakai kasut, menangis cari kasut tak jumpa. Cari punya cari punya cari... nampak la kasut tu kat kaki Aiman. Bukan setakat kakak je yang hangin... dengan mama sekali hangin sebab tolong kecoh cari kasut kakak... Aiman... Aiman... Itu belum kakak cite pasal Aiman tido dalam bas (puasa lah sangat!) pastu kasut sekolah tertinggal kat dalam bas... Boleh pulak dia turun bas dengan berkaki ayam! alkisah seorang Aiman...
Terima Kasih

Anak tunggal lelakiku... setakat ini...


Muhammad Aiman Hakimi nama diberi... agaknya panjang sangat nama dia berat dia nak bawak nama tu... tapi suka punya pasal, mama ngan papa letak jugak nama tu. Kat sekolah, Aiman antara pelajar yang glamor... bukan sebab nama, tapi sebab perangai dia yang sangat comel dan bertuah tu... takut rasanya kalau terpaksa jejakkan kaki ke sekolah dia. Mesti mama atau papa kena panggil ngan cikgu sebab cikgu dan cikgi nak mengadu pasal Aiman nih... Nak kata nakal tak jugak... tapi cikgu kata keras hati. Suka hati dia je nak buat apa. Kalau cikgu bagi keje kat kelas, ikut suka hati die je nak buat ke tak. Mana cikgu tak hangin. Cikgu pulak dah tak tau nak buat apa. Marah? pukul? semua cikgu dah try. Agaknya pembawakan aku masa mengandung ke? Masih mencari jawapan. Apapun, doa aku setiap hari semoga anak lelakiku yang seorang ini akan jadi anak yang berguna dan soleh bila besar nanti... Amin...

Terima Kasih

Sunday, August 15, 2010

Hari-hari aku yang malas!

Bulan puasa adalah bulan yang penuh rahmat dan bulan yang sangat banyak kebaikan bagi hamba Allah yang rajin mencari... tapi aku? dah 5 hari puasa. Apa yang aku dah buat untuk mendapatkan rahmat Allah? Agaknya disebabkan tak pandai susun jadual, aku selalu jadi penat dan malas selama 5 hari berpuasa ni. Agaknya, kena plan balik dan tukar jadual semula supaya aku dapat jadi macam hamba Allah yang lain yang berusaha mendapatkan sebanyak kebaikan bulan ramadhan yang mulia ni... Semoga Allah mempermudahkan usaha aku ini... Amin.

Terima Kasih

Saturday, August 14, 2010

Sanggupkah Aku?


Semalam masa tengok berita tersentuh hati bila dengar anak dibuang dan dibunuh. Sampainya hati seorang ibu... bila terkenang betapa ada orang yang susah nak dapat anak. Bila aku cuba lihat diri aku, sanggupkah aku nak buang anak-anak yang tuhan amanahkan pada aku? Walaupun aku ada seorang anak istimewa, tapi dialah anak yang aku paling sayang dan aku cintai lebih dari nyawa aku sendiri. Sangat susah dan sangat payah untuk aku galas tanggungjawab membesarkan anak ini... tapi aku tidak pernah merasa beban. Ya Allah! semoga Engkau sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran kepada ku...
Terima Kasih

Thursday, August 12, 2010

Emm... dah lama gile tak jengok blog sendiri... maklum le... sekarang ni fb pulak yang jadi laman wajib untuk dilihat setiap hari. Sebab yang bestnya, dapat jumpa ramai kawan-kawan lama. Tak kiralah dari yang celik IT sampailah ke yang buta IT. Aku pun tak sangka tetiba je kawan yang aku cari selama ni... muncul dalam fb. Kelakar jugak bila tengok gambar masing-masing dah tak sama cam dulu. Dah makin bersemangat semuanya (termasuk lah dengan aku sekali). Ada jugak kawan aku yang dulu semangat sekarang dah tinggal sekeping. Apa-apa pun 'Selamat Berpuasa'.

Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati