Friday, August 20, 2010

Kisah aku dan dia ketika menjelang hari raya...

Hari ni dah genap 10 hari berpuasa... lagi 20 hari nak raya... walaupun perasaan nak beraya dah tak macam 20 tahun dulu... tapi tetap le rasa jugak excited nak beraya. Tahun ni pecah record sendiri la sebab sebelum puasa lagi dah siap beli baju raya anak2 dan diri sendiri. Kalau tak... selagi tak raya selagi tu la sibuk bershoping kat Jalan TAR, SOGO dan macam2 tempat kat KL. Kira bulan puasa bukan bulan nak beribadat, tapi bulan sibuk shopping seluruh KL. Astagfirullahalazim....

Bermula November 2008, hidup aku dah berubah sikit. Dari Ampang aku pindah ikut hubby pindah ke Terengganu. Semuanya dah jadi lain. Gaya hidup dah berubah sikit demi sedikit. Bila tiba bulan puasa aku mula rasa cemas... susahnya nak shopping kat sini... bukannya tak de kedai jual baju kat sini... cuma aku suka pergi shopping complex yang besar2 sebab banyak pilihan. confirmla kat sini tak ada. Ada tak ada pun Maidyn Mall la yang paling besar. Alahai... raya tahun 2009 aku tak sempat nak beli pun baju raya anak2. Plan nak pegi KL beli... Sanggup tuh! Tapi disebabkan kesibukan kerja, tak sempat nak pergi KL. Bukannya dekat... 7-8 jam jugak la dari KT ni. Isy... tak syok langsung rasa nak raya. Akhirnya, kebetulan pulak my hubby kena pegi outstation kat KL. So, raya tahun 2009 tu baju raya anak2 ikut taste papa la... dah la tu... ada pulak baju yang tak kena dengan saiz anak...

Hari pertama puasa tahun 2009, aku dengan hubby dah bincang nak raya mana dulu... kata dia alang2 dah duduk KT, raya la kat sini dulu... pada hal, tahun lepas dah raya kampung die... ada ke patut??? Masa nak pujuk aku pindah balik KT, bukan main lagi janji... bila dah duduk KT, raya tiap2 tahun nanti balik Penang je la... sebab kita kan dah bermastautin kat KT... Amboi! Tu lah namanya janji manismu... Sebab aku ni jenis yang senang tertipu... aku pun setuju la nak pindah duduk KT. Bermula puasa pertama tu la kami akan perang dingin bila cakap pasal raya... sampailah akhirnya aku pun pasrah untuk raya di KT dulu... tapi dengan syarat raya kedua kita balik Penang dan raya seminggu kat sana. Masih lagi tertipu... bila raya kedua menjelang, dia jadi sayang nak tinggalkan kg dia untuk berangkat ke Penang... Menangislah aku sendirian bila raya ketiga barulah aku berangkat balik Penang... Sakitnya hati tuhan saja yang tahu...

Tahun 2010 pulak? Aku dah malas nak bergaduh dah... awal2 lagi aku dah cakap, nak balik raya kat Penang sebab dah 2 tahun berturut2 raya kat KT. Hubby pun agaknya malas jugak nak gaduh2, die setuju je... tak banyak soal pun... tapi itu menimbulkan confius di minda aku... apa pulak yang akan terjadi pada aku raya tahun ni... kalau ikutkan perjanjian... raya ketiga malam baru balik KT... so, just wait and see...
Terima Kasih

1 comment:

  1. wahhhhh!!naniedean da makin maju!!go knaniiii!!

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati