Thursday, August 19, 2010

Airin Dan Aiman

Nur Alissa Airin dan Muhammad Aiman Hakimi (9 dan 8 tahun). Dua beradik yang berkongsi darah dan daging yang sama. Tapi, macam anjing dengan kucing. Kalau bergaduh... subhanaAllah! Macam nak runtuh rumah. Camana kakak tak marah kalau si adik ni, suka main belasah je ikut suka hati. Satu pagi masa nak pergi sekolah... punya la Aiman ni main taram je, pakai kasut sekolah kakak. Kan ke lain jenis kasut dan saiz... bila kakak nak pakai kasut, menangis cari kasut tak jumpa. Cari punya cari punya cari... nampak la kasut tu kat kaki Aiman. Bukan setakat kakak je yang hangin... dengan mama sekali hangin sebab tolong kecoh cari kasut kakak... Aiman... Aiman... Itu belum kakak cite pasal Aiman tido dalam bas (puasa lah sangat!) pastu kasut sekolah tertinggal kat dalam bas... Boleh pulak dia turun bas dengan berkaki ayam! alkisah seorang Aiman...
Terima Kasih

1 comment:

  1. Ya Allah.. awat teruk sangat budak ni.. aiii... rasa nak blasah ja.. hahaha

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati