Sunday, January 26, 2014

Sunday.... blues....

Bersemangat semula setelah bercuti dan bersenang lenang selama 2 hari... Hopefully minggu ni bermula dengan hari yang baik. Dan semoga hari ini pun akan bermula dengan pagi yang baik... Amin...

Lagi 5 hari kita dah nak sampai ke bulan Februari dah... sekejap je rasanya masa berjalan. Cuti pun rasa pantas sangat! Dah kena masuk keje hari ni. Walaupun lebih bersemangat daripada minggu2 yang lepas, tapi masih simpan angan2 untuk sambung lagi cuti... Huhuhu. Tapi apakan daya... 

Dan yang paling penting hati rasa sangat tak sabar sebab excited nak balik Penang hujung minggu ni.... Yahoooooo!!!


Terima Kasih

Thursday, January 23, 2014

Sambutan Maulidurrasul SKSS1

Susah sekali hari ni Muhammad Aiman Hakimi nak bersiap pakai baju melayu segala sebab ada perarakan Maulud Nabi...

Oleh kerana ofis mama sangat dekat dengan sekolah dia, terkebetulan pulak masa dia lalu depan ofis, aku baru turun dari buat spot check kat kelas.

Dapat jugaklah snap gambar dia dan kawan2 tengah berarak. Siap nampak Aiman dok tengok kat ofis mama kot2 nampak mama kan? Anak manja. Hehehe... memang mama ada... tapi kat hujung bangunan.


 Masa ni rasanya dah habis round taman kat belakang tu sambil berselawat...

Aiman antara yang terakhir sekali...

Harap Aiman dapat hayati pengertian maulud nabi ni melalui perarakan ni... Amin...



Terima Kasih

Wednesday, January 22, 2014

Desktop Wallpaper dari Azhafizah!

Dah 4 hari tak bersiaran. Hari ni pun masih rasa tak segar lagi... selepas 5 hari outstation, otak dah jadi tepu! 

Alang2 dah bersiaran ni, aku pun nak show-off cam orang lain gak... hehehe... aku pun dah dapat desktop wallpaper yang cun... Tq to Azhafizah!


http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html


Kepada sesiapa yang berminat nak jugak wallpaper ni... boleh join GA ni kat SINI. Jom! masih ada masa lagi... tarikh tamat 7 February ni ye...


Terima Kasih

Friday, January 17, 2014

Cabaran menjadi seorang ketua...

Kenapa tetiba tajuk ni terfikir dek aku? Saja nak share apa yang aku rasa bila dah dilantik menjadi ketua. Walaupun mungkin di institusi lain, peluang kenaikan pangkat sangat ditunggu2 atau menjadi perebutan pada setiap pekerja, tapi kat tempat keje aku ni mungkin lain sikit... Siap menangis kalau dinaikan pangkat!

Itulah yang sebenarnya terjadi kepada aku. Bila dah dinaikkan pangkat, rasa macam dunia ni dah nak terbalik! Sesungguhnya aku rasa terpaksa. Tapi sentiasa memujuk hati... kalau aku tak nak buat, siapa lagi yang nak buat. Ibarat ditelan mati emak, diluah pulak mati bapak. Aku nak buat kerana Allah. 

Antara cabaran2 yang boleh aku kongsikan kat sini...

1. Kena jadi lebih baik daripada ketua yang sebelum ni. Part ni memang susah. Baru 3 bulan je aku kadang2 dah rasa give up.

2. Kena bagi arahan kepada staf yang mana dulu staf2 ni adalah kawan2 dan ada jugak yang pernah jadi ketua aku. Fuhh!

3. Kena bersedia untuk makan sorang2... sembang sorang2... share masalah sorang2... huhuhu... sedih!

4. Kena dengar masalah kerja staf dan cuba selesaikan. Sedangkan masalah aku sendiri pun banyak yang tak selesai!

5. Kena jadi pemberi motivasi, supaya staf dapat bekerja dengan penuh semangat! Ha... silalah bermotivasi juga wahai diri sendiri.

6. Perlu sentiasa bersedia untuk tinggalkan suami dan anak2 setiap bulan untuk meeting kat HQ. Takut lama2 anak tak kenal mama lagi. Harap En. Suami masih kenal si isteri ye...

Actually, banyak lagi cabaran2 yang lain yang aku kena tempuh. Tapi rasanya semua yang kat atas tu, antara cabaran yang lebih mengganggu emosi aku setiap hari. Tapi aku kena jugak bersyukur sebab ada En. Suami yang sentiasa menjadi penyokong kepada Si Isteri yang kadang2 cengeng ni!

Dan oleh kerana itu jugak, sejak 2-3 bulan ni aku sangat rajin update blog aku ni... hanya kat sini saja aku boleh share cerita atau apa2 yang aku rasa nak share. Nampak tak???? Nasib baik jugak ada kawan2 maya kan??? Taklah rasa kesorangan sangat!



Terima Kasih

Wednesday, January 15, 2014

Dah 14 tahun rupanya!

Pejam celik... pejam celik... dah 14 tahun rupanya usia perkahwinan aku. Alhamdulillah... moga Allah kekalkan perkahwinan kami sampai akhir hayat... sampai ke syurga.

13 Jan 2000 hari pertama aku bergelar isteri kepada En. Suami. Telah dikurniakan 3 cahaya mata yang sangat dicintai. Walaupun secara zahirnya kami tak hidup dalam kemewahan harta benda, tapi kami tetap bahagia. Semoga kebahagiaan dan kegembiran ni akan kekal selamanya... Amin.

Rasa terharu jugak bila keluar dari bilik tido, ternampak ucapan 'Happy Anniversary' yang ditulis kat whiteboard oleh anak teruna aku yang sorang tu... Hehehe... Sori ye anak sebab mama ngan papa keluar dating semalam tak ajak awak! Kitaorang pegi celebrate kat Tappers lagi...

Tak de card, whiteboard pun boleh...




Terima Kasih

Monday, January 13, 2014

Giveaway Birthday Azhafizah

Buat pertama kali setelah 3-4 tahun berblog... aku nak join GA ni!
Sebab biasanya malas nak join.
Tapi kenapa ek tetiba aku nak join GA dari blog sihatimerahjambu ni?
Sebabnya GA ni sangat mudah nak join dan hanya dengan menyertai GA ni kita dah boleh dapat hadiah! Best!

http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html

Kepada sesiapa yang nak join 'Giveaway Birthday Azhafizah' ni... silakan... klik kat gambar tu pun boleh!


Terima Kasih

Thursday, January 9, 2014

Steamboat pulak!

Bulan ni banyak betul makan besar... walaupun tak mahal tapi makan ramai2 dan ada insan yang baik hati nak belanja. Sape lagi kalau bukan aboh mertuaku!

Kali ni aku ngan family semua pilih steamboat pulak sebabnya kakak ipar aku yang baru pindah balik ke Terengganu tak biasa makan lagi... Tapi kalau tengok pada gambar kat bawah ni... Aiman jugak yang penuh semangat membakar! Lapar sangat la tu!


 Kitaorang ambik set untuk 4 orang...

 Ambik masa sikit untuk membakar daging dan ayam... tapi kelakar betul kakak ipar aku yang baru 1st time datang sini, stress! Perut dah lapar, tapi nak makan ambik masa nak kena masak dulu. Hehehe


Aiman dengan sepupu... Abang Isyraf. Cam sama je...

Kepada sesiapa yang nak datang jalan kat Terengganu, boleh le cuba steamboat kat sini (Pulau Duyong)... nak kata best sangat tu tak la jugak... tapi aku ngan family biasanya akan datang sini.


Terima Kasih

Wednesday, January 8, 2014

Jom sama-sama

Doa Solat Dhuha

“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Ya Allah, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Amin Ya Rabbalalamin...

Terima Kasih

Tuesday, January 7, 2014

Kete dah sihat!

Alhamdulillah. Hari ni dah boleh bawak kete sendiri. Hati rasa tenang sikit daripada bawak kete orang. Kang kalau apa2 hal jadi letih nak kena menjawab! Tapi my FIL punya kete. Dia ok je dan sangat sporting. 3 hari dah pinjam kete beliau.

Masalah kete aku masuk bengkel tu pun bukanlah besar sangat. Kalau tak baiki pun masih boleh je nak bawak. Cuma masalah minyak hitam bocor dan stereng kete je. Tapi apa yang penting, jangan tanya aku pasal kete. Confirm aku tak tau apa2. Semuanya pun Mr R aka En Suami yang uruskan dan bayarkan. Terbang melayang RM800 lebih!

Cuma stress gak aku bila kete aku tu tak sempat nak baiki sepenuhnya lagi. Sebab masalah stereng tu, sekarang ni aku bawak kete dengan keadaan stereng terbalik! Yang atas pusing ke bawah, yang bawah pusing ke atas! Dah confuse plak aku!

Terima Kasih

Sunday, January 5, 2014

Tappers Lagi!

Amboi! Ala ala duit tak tau nak buat apa je kan? Walaupun tak sehebat makan kat hotel 5 bintang, tapi kosong gak lah poket en suami bila kuar dari restoran tu... Hehehe... tak pe, duit boleh dicari!

Tappers ni sebenarnya baru untuk aku ngan family... tapi bila dah start tau... asal ada duit sikit, mulalah mengidam nak makan kat Tappers ni...

Apa yang aku suka makan kat situ? Spaghetti Carbonara dia... sangat creamy... memang boleh lah kalau ada yang rasa berat dah kurang tu, gi makan sokmo! Chicken Chop dia pun sedap. Setiap hidangan dia boleh kata banyak jugak. Kalau setakat orang2 yang tak cukup berat badan, memang tak habis satu hidangan tu...

Ha! tu dia... bersempena dengan HB Aiman yang dah lepas... Siap dengan kek Secret Recipe! Akhirnya kek tu bawak balik makan kat umah sebab dah tak larat!






Ada tak sesape yang rasa2 nak belanja I lagi kat sini? 


Terima Kasih

Thursday, January 2, 2014

Marah betui kat Pok Cik ni!

Dah 2 hari kita di tahun 2014. Bermakna selama itu jugalah anak dara aku dah ke sekolah menengah. Dan selama itu jugalah en suami pegi mengambil dan mengantar dia dan adik ke sekolah yang agak jauh dari rumah. Pas tu terus antar aku pegi keje pulak. So what??

Yang aku tetiba rasa nak marah ni nape? Manalah aku tak marah kalau dah booking van sekolah dari tahun lepas lagi. Boleh pulak tetiba hari ni Pok Cik ni sms cakap tak boleh ambik pulak anak aku! Last minute! Bajet aku ni ada kapal terbang la senang nak antar anak aku lalu jalan yang sangat jem pagi2 tu sampai anak bujang aku yang darjah 6 tu dah dua hari sekolah, 2 hari sampai lewat sebab kena antar kakak dulu! Agak2lah pulak kalau nak kena antar anak aku pukul 6 dok sorang2 kat sekolah. Alahai!

Last2 aku dapat tau Pok Cik ni tak boleh ambik anak aku sebab van dia dah penuh! Bleh? Kalau penuh pun aku dah booking dulu... dari taun lepas tau!

Pok Cik! Tau tak Pok Cik buat saya kecik ati!

Kecik ati punya pasal, nanti aku belikapal terbang cam ni! Abih satu sekolah aku tolong gi kutip! Hahaha


Terima Kasih

Wednesday, January 1, 2014

Hadiah sempena New Year!

Alhamdulillah... ada insan yang sudi hadiahkan aku perfume bersempena ibunda insan tersebut baru balik dari Paris! Hmm... Perfume from Paris hokey! Tapi sayang seribu kali sayang... perfume tu untuk lelaki! Huhuhu. Rezeki En Suami lah nampaknya... (Tak pe lah. Selalunya awak dah beli untuk saya... ni saya kasi free kat awak pulak!)

Anyway terima kasihlah kepada seorang pelajar saya yang tersebut. Katanya hadiah sempena aku baru dilantik sebagai Puan K! Hahaha.

Gucci ok! Tapi tak tau la ori ke tidak... yang penting ikhlas kan?




Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati