Thursday, February 27, 2014

Blog List @ My Bitter Sweet Blog




Ini mungkin entry terakhir sebelum menjelang minggu depan... Esok KN kena pegi oustation ke luar negeri Terengganu. So, oleh kerana KN tatau lah apa yang menanti masa nak present kat bos kat HQ nanti, so KN tinggalkan entry ini sahaja sebagai peneman blog ni. KN mungkin tak sempat dah nak jengok blog ni dalam 2-3 hari ni.

KN sebenarnya tak bercadang nak buat GA atau contest atau apa2 yang seangkatan dengannya lah... Blog KN ni pun bukannya glamer sangat pun! hehehe

Cuma KN nak memenuhkan Blog List kat blog KN ni supaya senang KN nak BW hari2 nanti... Untuk makluman KN malas BW melalui Dashboard... dan KN bercadang nak pilih yang sudi saje...

So, kepada yang rasa macam nak masuk dalam Blog List KN, silalah tinggalkan link kat entry ni... Syaratnya simple je... follow je blog KN. Tak yah buat entry segala... hehehe. KN akan tutup penyertaan ni hari ahad 12 tengah malam. Settle!

So, bye and see u next monday!



Terima Kasih

Wednesday, February 26, 2014

My New Sonic Gear Time Machine

Ha tu dia! Semalam baru sampai barang yang dibeli melalui groupon... charger + alarm + radio. Alahai, benda yang dah ada je pun... tapi KN beli juga benda alah ni sebab berkenan sangat dan murah.


Inilah rupa time machine tu... cuma time machine ni hanya sesuai dengan jenis iphone 4 dan ke bawah. Iphone 5 tak leh. Cuma mula2 skali kena install DualAlarmClockfmRadio Apps dulu. Apa yang KN suka pasal benda alah ni adalah dia ada remote ok... So kalau letak kat meja tepi katil tu sesuai sangat lah...

Harga pulak, kalau ikutkan harga asal dalam RM179. Tapi beli masa offer kat groupon, hanya RM38 sahaja. Tak tau lah tu kot harga psikologi je tu... hehehe


Terima Kasih

Tuesday, February 25, 2014

BE menyerang...

1st skali thanks a lot lah to Nuffnang sbb baik hati mengurniakan BE yang agak banyak jugak dalam sejarah KN berblog ni... walaupun tak setanding blog2 yang lain, kira KN bangga jugaklah dengan blog KN yang syok sendiri ni... hahaha...

Makanya KN kena berterima kasih jugak kepada kawan2 blogger atau bukan blogger yang rajin, selalu dan pernah datang ke blog KN yang tak seberapa ni... Lawatan anda dan komen yang diberikan sebenarnya lebih bermakna daripada BE yang KN dapat ni... cheeewah!

Apa2 pun KN kena berusaha keras sikit lah sementara 4 BE tengah on going ni... kalau biasa tido kul 12 malam, lepas ni kita tido kul 2 pagi pulak! (macamlah tahan sangat mata ni....) So, harap kawan2 blogger sudilah kiranya datang melawat sokmo blog syok sendiri KN ni... Jasamu sentiasa akan ku kenang!

Antara BE/CPUV yang tengah on going kat blog KN:
McDonald's 2014
SHARP AC
LANEIGE Serum Intense Lip
British Council Education

Kepada sesiapa yang ada lebih tips nak kongsi, sila komen ye... KN amat menghargai komen2 anda sume...





Terima Kasih

Monday, February 24, 2014

Berhari minggu dengan penat lelah...

Alhamdulillah... akhirnya selesai juga sesi mengemas bilik anak dara KN. Perabot baru seperti yang dijanjikan, sampai hari sabtu baru ni... Dah make over seluruh bilik. Tapi KN heran jugak sebab tak jadi macam yang KN bayang kan pun... hehe... nak make-up macam dalam gambar ni... tapi memang tak jadi! mana tak nya... nak jadi macam gambar kat bawah ni, maknanya kena renovate habis bilik tu... dah tu siap kena tempah perabot bagai... Oleh kerana bajet tak berapa nak cukup dan keluasan bilik yang tak mengizinkan, dalam mimpi je lah kalau nak dapat bilik cam tu kan???


Gambar sebenar bilik anak dara KN tak sempat nak ambik untuk dibuat perbandingan... tapi apa yang penting perbezaannya adalah macam langit dan bumi... haiyyaaa!

#Kerana kesibukan itu jugak KN tak sempat nak update dan BW ke kawan2 yang dah sudi ke blog KN. Lepas ni KN akan lebih bertungkus lumus lagi ye...



Terima Kasih

Wednesday, February 19, 2014

Bukan ku tak sudi nak komen...

Sori ye... Nape pulak KN hari ni kan? Nak mintak sori bagai... Al-kisahnya... malam tadi KN sempatlah sedikit sebanyak buat lawatan balas pada kawan2 blogger yang sudi jengah blog KN ni... dah 2-3 hari tak de mood nak berjalan di alam maya. Asal kul 9.00 mlm je, mata dah tak leh nak celik.

Nak ceritanya... KN ni suka jugak mengomen di blog kawan2 atau adik2 yang KN rasa menarik untuk dikomen... tapi malangnya, masa nak komen tu ada pulak word verivication... panjang pulak! Haiyyaaaa! akak ni buta huruf dik oiii... taip komen punya lah panjang dan penuh semangat! tapi last2 tak jadi komen pun... pasalnya KN ni malas nak taip word verification bagai!

So, kepada blogger2 yang activekan word verification dalam bahagian komen awak tu KN mintak maaflah ye... bukan tak sudi nak komen, tapi KN rasa ia agak menyusahkan dan mengambil masa tambah2 asyik silap je... hehe... maklumlah... buta huruf!

Nasihat KN juga... tak pe kot kalau tak letak word verification tu... sbb KN pun pernah dinasihatkan oleh otai2... kalau nak orang suka komen blog kita, tak payah buat susah2... permudahkan je... InsyaAllah tak de kot alien2 yang sudi nak komen jugak! hehehe... PEACE!

#Jangan kecik2 ati ye... kalau apa yang KN post ni ada kekurangan, harap tegur di petak komen ye...


Terima Kasih

Sunday, February 16, 2014

Misi tak berjaya!

Misi KN hujung minggu baru ni nampaknya gagal... misi nak kerjakan bilik anak dara. Ingatkan sempatlah nak make over... tapi tak sempat rupanya... punya lah banyak barang dia nak kena kemaskan. So, akhirnya hanya sempat pilih dan beli perabot je. Siap mintak kedai hantarkan minggu depan pulak!

Apa2 pun KN puas hati sebab dapat pilih perabot yang sesuai dengan jiwa KN. Hehehe... suka hati mama je kan? Si anak tak ikut pun smalam masa beli perabot. Kali ni KN pilih perabot sume warna putih. Sebab plannya nak make over ala2 english style gitu... Bleh?

#Kat mana pulak la nak campak perabot lama? Jual kat kedai perabot terpakai boleh?


Terima Kasih

Thursday, February 13, 2014

Takut jika buat salah?

Rasanya sindrom takut jika buat salah ni kebanyakkan orang akan rasa. Kecuali orang yang sangat berani atau orang yang sentiasa berada dalam zon selamat.

Sindrom ni memang dah menular dalam diri KN sejak sekian lama... makanya KN suka kalau sentiasa berada dalam zon selamat. Sedangkan KN pun kadang2 lupa, disebalik kesalahan yang kita buat, pasti akan ada pengajaran yang sangat bermakna jika kita lihat kesalahan itu dari sudut yang positif. So, macamana nak menghadapi kesalahan yang telah kita buat supaya memberi manfaat kita?

Ada jugak orang cakap kesilapan adalah guru terbaik untuk kita belajar. Oleh itu, KN nak mengingatkan diri KN sendiri jangan takut mencuba sesuatu yang baru. Kalau gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya. Kalau tersilap langkah, jangan putus asa sebab kesalahan akan membantu kita menjadi lebih baik.

#Kalau buat dosa dengan Allah kenalah taubat nasuha...


Terima Kasih

Wednesday, February 12, 2014

Bilik tidur idaman untuk anak2

Hari minggu dah nak menjelma... hasrat KN cuti hujung minggu ni nak start kerjakan bilik anak2... sejak pindah rumah sendiri ni tak sempat pun nak hiaskan bilik anak2... pakai perabot lama yang mana ada je... so setelah mengoggle tadi... terjumpalah gambar menarik bilik tido kanak-kanak. Harap boleh bagi inspirasilah pada KN.

 Yang macam ni rasanya sesuai untuk bilik anak bujang KN

 Yang ni pulak rasanya sesuai untuk anak dara atau anak teruna KN

 Cadangan untuk bilik anak dara KN

Ha! Amacam???? mengancam tak? Kalau nak lebih inspirasi boleh berkunjung ke SINI. Banyak lagi... gambar2 bilik tidur yang kreatif.

Credit: Relaks Minda


Terima Kasih

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA

Assalamualaikum...

Boleh klik banner untuk join!

http://xxofia.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-izni-sofia.html

Senarai hadiah:

# Samsung S4 *boleh pilih warna -1pemenang
# Jam Touch Screen *hitam -1pemenang
# Topup RM10- 1pemenang


Tarikh tamat-28 Februari 2014

*Pemenang akan dipilih secara Random.




Terima Kasih

Tuesday, February 11, 2014

Segmen Followers by Wawa Ashihara

Klik banner untuk join

Harap dapat membantu menambah follower

http://www.wawaashihara.com/2014/02/segmen-followers-by-wawa-ashihara.html


Terima Kasih

Monday, February 10, 2014

Diet roti canai

Frust betul! setelah bertungkus lumus KN melintas jalan besar yang sibuk dengan kenderaan... roti canai yang dihajati tak ada! Dah pukul 8 pagi dah... Tokki yang tebar roti canai tu tak masuk keje lagi. Nasib baik dia tokey! Kalau tak kena pecat ni... Tak kesampaian lah hajat KN pagi ni... hehe... roti canai je pun... tapi masalahnya, KN ni tengah mengidam... walaupun bukan sebab mengandung... tapi sebab dah lebih 6 bulan diet tak makan roti canai! At last, beli mihun je... pastu rasa tak selera nak makan... huhu

#tetiba teringat kat tosai jugak... Shah Alam... tunggu KN datang nak serbu kedai mamak jual tosai!


Terima Kasih

Thursday, February 6, 2014

Suka tengok cite sedih?

Apakah tandanya? Kak Nanie pernah dengar... ada orang kata, kalau kita suka tengok cerita sedih... sebabnya dalam kehidupan sebenar kita, kita jarang bersedih!

Kalau kita suka sangat tengok cerita kelakar... hakikatnya hidup kita menyedihkan!

Kalau kita suka tengok cerita romantik... mungkin sebab kita mengimpikan hidup yang sebegitu!
(Kak Nanie setuju yang ni sebab suka tengok drama romantik sbb diri sendiri tak romantik langsung! hahaha)

Hmm...

SETUJU????


Terima Kasih

Tukar kata ganti nama...

Hehe... apakah itu?

Saja je nak buat sibuk kan?

Oklah... straight to the point...

Mulai entry yang ini:

Kata ganti nama 'aku' dalam semua entry sebelum ni akan diganti dengan 'Kak Nanie' (masa tengah rajin menaip) @ 'KN' (dalam mood malas)!

Sebab: tetiba rasa nak jadi ayu dan matang sikit... walaupun secara zahirnya dah matang sangat!

Hahaha

Bleh?

Sekian.

Terima Kasih

Segmen: Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah..

Jom join segmen ni... Semoga ukhwah kita berpanjangan...

Sempat lagi ni... walaupun dah last2 minute!

http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/pelancaran-segmen-ramaikan.html

All the best!

Terima Kasih

Wednesday, February 5, 2014

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html

Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :
Kategori Onlineshop :
Jom kita join sama2...


Terima Kasih

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2014

Sila join... senang, mudah dan pantas...
&
Banner yang comel sangat!

http://www.ayuinsyirah.my/2014/02/segmen-bloglist-istimewa-ayuinsyirah.html

Klik banner untuk join


Terima Kasih

Blogger Apps

Oooooh! Rupanya ada aplikasi yg mudah nak guna utk post entry pakai phone... Baru ku tahu! Hahaha jakun betul! Kepada yang tak tahu... Kalau guna iphone bolehlah install aplikasi Blogger namanya...

So, kita try skali post entry ni guna apps tu ye. 



Hoho selamat mencuba!

Terima Kasih

Tuesday, February 4, 2014

Suka tengok tv?

Mesti ramai orang dah biasa dengar pasal astro PVR... Apa lah ada pada Astro PVR ni? Bagi yang tak suka tengok tv, pasti akan cakap ada astro membazir dan sebagainya... sementelah lagi nak install PVR ni kan? Tak salah lah tu... sebab ada je di kalangan kawan2 aku yang berfikiran sebegitu... Setiap orang ada pendapat masing2 dan kita kena hormati kan?

Tapi bagi aku penggemar tv ni memang lain lah pendapatnya... antara sebab kenapa aku kena ada astro dan PVR:



1. Signal tv kat rumah tak elok sangat... So bila pakai astro, tak payah susah2 nak cari signal... dah confirm2 dapat.

2. Aku perlu ada astro PVR sebab bukanlah takut terlepas rancangan kegemaran, tapi lebih kepada nak mendidik anak2 supaya tengok tv pada waktu2 tertentu sahaja. Ada jadual. So, kalau dah ada jadual, confirmlah rancangan kegemaran aku tak termasuk dalam jadual yang dibenarkan. Dah sah2 kalau cerita best ni waktu maghrib hari kan? So... penyelesaiannya... rekod cerita yang aku nak tengok... dan tengoklah puas2 masa anak2 dah tido... atau pada hari cuti...

3. Boleh mengurangkan masa kat depan tv jugak sebabnya kalau bahagian cerita yang tak best kita forward je... iklan pun sama... hehe... kan jimat masa!

Bagi aku yang dah ambik package astro super pack, pemasangan aku hanya kena bayar RM50 je. Siap dengan Astro-On-The-Go skali... Kalau ambik package biasa, pemasangan PVR ni dalam RM150 gak la...

So... minggu lepas aku dah selamat install astro PVR kat rumah. Memang best la... boleh control masa untuk tengok tv dan waktu untuk buat kerja rumah jugak...


Terima Kasih

Segmen Jom Beramah Mesra


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe Dynasty, Bifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.


TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam
Jom kita join ramai-ramai!

Terima Kasih

Monday, February 3, 2014

Menu malam ini...

Ha... tu dia... menu kita malam ni... hehehe...

Bukan tujuan nak bagi tau menu tu sangat... menu tak canggih pun! Sebenarnya nak try guna watermark yang En. Suami tolong buatkan... layan sangat permintaan si isteri ni... yang penting kena ngan jiwa... 

Baru ku perasan menu malam ni sume berasaskan ayam semata2. Pilih je... nak yang sweet & sour @ masak kicap! hehe... nasiblah labu... ibu mithali... cam ni la...




Terima Kasih

Welcome to my bitter sweet blog...

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua...

Mula pagi ni dengan penuh keceriaan! Agak sibuk jugak akhir2 ni... sibuk sambut CNY ke? Haha... Tolong sibuk sambut cuti je... heaven sangat sebab boleh cuti lama. 3 hari tu kira lama lah... banyak kerja rumah yang tertangguh dapat di'settle'kan dengan jayanya... Alhamdulillah...

Kepada mereka2 yang dah datang buat lawatan susulan ataupun lawatan mengejut ke blog I yang tak seberapa ni... I akan buat lawatan balas semula ye... Harap jangan serik datang sini... hehehe... (Perasan kan???)


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati