Wednesday, February 19, 2014

Bukan ku tak sudi nak komen...

Sori ye... Nape pulak KN hari ni kan? Nak mintak sori bagai... Al-kisahnya... malam tadi KN sempatlah sedikit sebanyak buat lawatan balas pada kawan2 blogger yang sudi jengah blog KN ni... dah 2-3 hari tak de mood nak berjalan di alam maya. Asal kul 9.00 mlm je, mata dah tak leh nak celik.

Nak ceritanya... KN ni suka jugak mengomen di blog kawan2 atau adik2 yang KN rasa menarik untuk dikomen... tapi malangnya, masa nak komen tu ada pulak word verivication... panjang pulak! Haiyyaaaa! akak ni buta huruf dik oiii... taip komen punya lah panjang dan penuh semangat! tapi last2 tak jadi komen pun... pasalnya KN ni malas nak taip word verification bagai!

So, kepada blogger2 yang activekan word verification dalam bahagian komen awak tu KN mintak maaflah ye... bukan tak sudi nak komen, tapi KN rasa ia agak menyusahkan dan mengambil masa tambah2 asyik silap je... hehe... maklumlah... buta huruf!

Nasihat KN juga... tak pe kot kalau tak letak word verification tu... sbb KN pun pernah dinasihatkan oleh otai2... kalau nak orang suka komen blog kita, tak payah buat susah2... permudahkan je... InsyaAllah tak de kot alien2 yang sudi nak komen jugak! hehehe... PEACE!

#Jangan kecik2 ati ye... kalau apa yang KN post ni ada kekurangan, harap tegur di petak komen ye...


Terima Kasih

15 comments:

  1. tq KN sbb sudi ke blog akak... akak follow k...:)

    ReplyDelete
  2. Salam KN. betul lah cakap KN. saya selalu jumpa benda nih bila nak BW senarai GA yang saya ikut. kadang kdang mood ceria pun bole jadi muram. hihi

    ReplyDelete
  3. Sy setuju..cthnya mcm ni, bila beliau komen kat blog kita, mesti kte pun nak kunjung balas tapi dah kena verification pulak...dh taip panjang satu perenggan ni pastu takleh pulak..terus takde mood. Ada yg bgtau camtu, takyah buat verification tu kalau nak org kat blog kite..hehehe

    ReplyDelete
  4. betol2 setuju...komen kite xde verification word KN :)

    ReplyDelete
  5. nad kdg2 je rajin nak taip kat word verification tu huhu harap semua org x guna la senang nak komen hehe

    ReplyDelete
  6. ecah pun kekadang malas jugak . tapi kekadang best pulok masukan no2 tu. hahaha. ikot mood . ^^

    ReplyDelete
  7. hahaha. tu lah pasal. sometimes ee layankan je lah word vertificaton tu nak comment punya pasal.

    ReplyDelete
  8. Mmg malas sebenarnya nak komen dekat blog yang ada word verification ni, tapi kdg2 rajin tu nak buat canne...

    ReplyDelete
  9. bila kita semangat nak komen, then nak publish. tiba2 ada word verivication.. wuuu.. sentap rasa..

    ReplyDelete
  10. Sangat setuju, tapi itulah dah tuan punya blog activate verivication, terpaksa jugalah saya isi jugalah verivication tu. Kalau nombor tu tahan lagilah tp kalau kena huruf2 memang menyusahkan betul, entah apa huruf tu, puas pulak nak meneka. Sebelum tu, saya ni datang membalas kunjungan Nanie ke blog saya. Saya follow blog awak juga. :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sudi follow blog akak..

    ReplyDelete
  12. haaa betul tu , blogger yg still active lg word verif tu harap di off kan , rumit .

    ReplyDelete
  13. Hahaha... terasa sedih pulak akan nasib KN yang tengah bersemangat nak komen tapi orang kata 'potong stim' sebab kena word verification... Sebenarnya saya pon sama pendapat dengan KN... Blogwalking bukan sikit... bila follower dah berpuluh, maknanya berpuluh lah kena BW.. (tu belum beratus dan beribu atau puluh ribu macam sesetengah blogger lama), so masa sangat berharga... kalau dipermudahkan untuk komen boleh jugak spend time 5 min sekurang-kurangnya untuk satu satu blog... yang entri best tu dah tentu kena spend masa lama sikit... :D

    Maaf KN lama tak sampai sini, lepas baru berkenalan hari tu... :) Have a nice weekend to u :D

    ReplyDelete
  14. betul KN, saya pun tak berapa suka bila keluar benda tu...terus tukar mood huhu

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati