Monday, February 18, 2013

Jom pegi spa...

Spa lah sangat kan... dalam masa sibuk gila ni... sempatlah sangat nak pegi spa... hehehe...

Petang tadi sempat time-off kejap pegi terapi untuk selesaikan masalah sakit tulang belakang aku ni... harapnya... adalah harapan untuk sembuh... Nasib baik jugak tak ramai patient petang ni... aku sorang je... lengang sungguh... hari ni tak banyak pun yang physiotherapist tu buat untuk aku cuma guna mesin panas tu dan letak kat belakang aku... 30 minit... berpeluh2 aku kat bilik yang ber'aircond' tu... namun sempat tertido lah jugak... Legalah sikit rasanya sekarang ni...

 Bilik kecik je... dan sangat lengang... aku gi klinik kesihatan je... sebab malas nak berasak2 kat hospital.

Ha... sedih betui muka orang yang tengah kepanasan tuh!





Terima Kasih

Practical Oh Practical!

Ingatkan bila dah nak dekat 13 tahun kerja ni, tak de lah nak kena buat praktikal lagi... hmm... tak sangka pulak bila tetiba dapat peluang sambung belajar lagi ni... ada lagi praktikal nak kena buat! huhuhu... jadi pelayan di mana2 restoran... ha! camana nak buat tuh? Nak cari restoran sape lah pulak! 

Bukanlah bermaksud memperkecilkan tugas sebagai pelayan... cuma segan sikit je... maklumlah dah lama tak berkecimpung dalam melayan pelanggan ni... Oppss! melayan pelanggan??? Pelanggan restoran ok! Lama dulu abah aku bukak kantin sekolah... aku lah jugak yang jadi salah sorang pelayannya... pastu setakat berniaga kat pasar malam pun aku pernah buat... asal cuti sekolah aku akan tolong mak aku jual popia kat pasar malam... masih ingat lagi sampai terpaksa bukak puasa dalam kete sebab pitam! hehehe maklumlah customer ramai sangat... bulan puasalah katakan! itu belum bab kena marah sebab orang tunggu lama! mana taknya... gabra lah aku bila penuh orang kat depan dok tunggu aku membalut popia basah! hehehe...banyak pengalaman aku masa dulu... tapi bila dah lama tak buat... agaknya dah hilang skill dah!

Tapi betullah kata orang... pengalaman mendewasakan kita... supaya kita lebih memahami orang lain walaupun kita tidak berada di tempatnya...


Terima Kasih

Sunday, February 17, 2013

Berkampung lagi... dan lagi...

Office dah jadi rumah no. 2 sejak beberapa minggu yang lalu... walaupun tak setiap malam stayback... tapi hampirlah jugak! Dah janji ngan diri sendiri sekurang2nya hari cuti tak de lah nak stayback. Agaknya selagi panel audit tak sampai selagi tu lah...

Yang penting aku and the gang dah siap2 ambik no talipon kedai depan office untuk order makan...sementara nak buat order tu... aku update blog jap... dah lama tak datang demam rajin nak update blog... busy memanjang tambah pulak en mood jarang nak datang jenguk!

Tapi bila berkampung cam ni... lebihlah sikit rasa shared value tuh! Buat keje sama2... sambil2 borak dan mengenakan orang... hehehe... 

Cuma kesian betul kat anak dan En suami... kurang kasih sayang agaknya... kat office dah sibuk buat keje ofis... bila balik umah, sibuk dengan study atau sibuk dengan thesis pulak... atau kalau dah letih sangat kat ofis, balik terus tido! huhuhu... Sume keje umah dan jaga anak2 En suami yang buat! Nasib jugak la En suami nak buat... dan yang penting sangat memahami... Muah! Sayang awak sampai syurga lah!

Semoga cepatlah berakhirnya semua kekalutan ini... Permudahkanlah semua urusan kami Ya Allah... agar kami mendapat ganjaran yang setimpal daripada apa yang kami semua usahakan... Amin.


Terima Kasih

Wednesday, February 13, 2013

Hish! Garangnya...

Tengah aku berehat2 di depan tv sambil demah pinggang dengan beg air panas... tetiba terkejut dengan suara kuat En Suami... mengajar anak tuisyen... hehehe... dengan mama sekali naik takut... tapi untungnya dapat cikgu garang ni... anak2 jadi lebih serius... kalau mama yang ngajar... dia ajar mama balik... ha! rasakan bila papa ngajar... (boleh la mama rehat sikit... hehehe... ke lari dari tanggungjawab????)

Lagi yang buat aku bangga ngan En. Suami ni bila anak aku balik cerita cikgu puji dia pandai math! hahaha... penangan papa! padahal selama ni maths selalu kantoi! Yang lagi kelakar bila ada kawan anak aku nak datang berguru jugak ngan En Suami sampai mintak mama dia pujuk En Suami tuk terima dia... hehehe... siap datang bawak pengeras sekali...

Ha! tu dia... hamper ngan buah limau sekotak! mentang2 nak raya cina... hehehe... boleh buat bisnes la lepas ni...

Hmm... bila diingatkan balik, rupanya anak aku yang sorang ni dah jadi anak dara sunti... dah darjah 6... tahun depan dan naik sekolah menengah! Ya Allah! dah besar rupanya anak2 aku... maknanya aku dah nak jadi makcik2! huhuhu... patutlah sakit sana sini...



Terima Kasih

Tuesday, February 12, 2013

Alhamdulillah...

Itulah kalimat yang sepatutnya aku ucapkan ketika ini sebagai hamba yang bersyukur... Bersyukur atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku Ya Allah... Semoga sakit ini menggugurkan dosa2 kecil yang telah aku lakukan...

Namun sebagai insan biasa yang tidak sempurna, aku masih rasa takut... takut kehilangan nikmat yang telah Engkau berikan kepada aku selama ini... nikmat mempunyai sepasang kaki yang sihat dan mampu berjalan dan berlari... kaki yang selama ini menanggung beban tubuhku... Apakah akan ditarik semula nikmat itu? Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada bersangka buruk! Ya Allah! Aku belum bersedia... adakah kesakitan yang aku hadapi sekarang ni merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih buruk? Pinggang dan sebelah kaki aku terasa terlalu sakit... sakit untuk bangun dan duduk. Seperti yang doktor pernah cakap pada aku... penyakit pinggang yang aku hadapi ni mampu untuk membuatkan aku lumpuh! 

Ya Allah! bimbinglah aku ke jalan yang benar... Kuatkanlah iman dan semangat aku andai ini takdir dan ketentuanMu... Amin...

Nota: Niat menulis bukan untuk meraih simpati sesiapa... cuma di sini aku mampu meluahkan segala apa yang terbuku di hati untuk mengurangkan beban yang ditanggung...




Terima Kasih

Hari selasa tengah hujan lebat!

Agak dah nak dekat seabad blog aku ni tak ber’update’ sampai dah ada member2 aku yang siap boleh hafal tajuk entry aku yang lepas... hahaha... ‘hari rabu yang best suam-suam kuku’. 

Untuk tidak menghampakan kengkawan yang dah bosan menghafal tajuk entry aku tu... ni dia entry baru aku yang bertajuk... seperti di atas! 

Hahaha masih tak de idea nak menulis... sebabnya dalam kepala otak aku yang tak brapa nak penuh ni dah berserabut dengan kerja2 aku yang berlambak... dah boleh diibaratkan macam rambut yang dah setahun tak sikat!

Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati