Tuesday, December 13, 2011

Mana En Mood ni???

Sangat2 perlukan en mood! Kenapa hari ni en mood tak datang ni??? Kenapa ye? Aduih!!!


Terima Kasih

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday


Fuhhhhh!!!!!


Terima Kasih

Tarikh tamat lesen = Tarikh lahir

Hmm... tengok berita smalam... baru tahu boleh buat pilih tarikh cam tu... tapi terfikir pulak... kalau tarikh lahir 29 Feb??? tak dapat la... tak pun kena siap2 renew untuk 4 tahun skali la... hehehe... Malang lagi kalau hari jadi sendiri pun tak hinggat! Tak de maknanya!!!


Terima Kasih

Tuesday, November 15, 2011

Ada ke patut???


Aku just nak share apa yang aku cilok dari Fb member ni... kelakar betul... kalau ye pun... jangan masukkan anak dalam washing machine! Hahahaha


Terima Kasih

Thursday, November 10, 2011

Drama Tentang Dhia


Dah start demam dengan cite ni pulak! Lepas abih Sofiyya, sambung pulak cite ni... Semalam episod 1 pun cam menarik je cite ni...

Kepada yang rasa nak tengok cite ni online, boleh le tengok kat SINI. Aku suka tengok kat blog mediaprimatv ni sebab, untuk internet aku yang lembab sentiasa ni, aku boleh tengok cite ni dengan agak laju la. Nak tengok kat Youtube terus, gambar pulak pecah2! Nak tengok kat tonton.com, lembab gile! pendek katanya kat sini, video die sedang2 elok la... So, selamat menonton!



Terima Kasih

Aku Jatuh Cinta Lagi...

Aku suka gambar ni...


Tapi aku lebih suka gambar orang dalam gambar ni... jatuh cinta lagi buat kali yang ke... entah berapa kali! (Sori buat yang geli geleman nak baca... hahahaha)



Terima Kasih

Wednesday, November 9, 2011

Tweet! Tweet! Tweet!

Orang dok sibuk pasal twitter... aku baru je nak sibuk jugak... tapi tak tau apa2 pun pasal twitter ni... beriya sign up! Hehehe... Tak pe lah... asalkan aku bahagia!

Kepada sesiapa yang nak follow... @NanieDean (perasan cam glamer... Hehehehe!)


Terima Kasih

Monday, October 31, 2011

Target hadiah percutian ke luar negara!

Apahal pulak aku nak target2 hadiah ni ye? Hmm... biasanya bila dah ujung tahun ni wajiblah nak kena bersedia untuk dinner company! Ha! dan tahun ni, target aku nak menang hadiah percutian ke luar negara. Maksud aku percutian yang boleh menenangkan fikiran la...

Kawan2 aku pun heran, nape la dalam banyak2 hadiah, hadiah tu yang aku nak? Sedangkan hadiah tu lah yang diorang paling tak nak! Jawapan aku simple je... aku nak hadiah yang boleh merehatkan aku setelah penat lelah bekerja tapi boleh tambah pengalaman kat negara orang... Bukan nye senang untuk orang yang tak berapa senang cam aku ni nak berjalan2 makan angin kat luar negara pakai duit sendiri kan??? Bagi aku hadiah lain aku tak minat sangat... tapi kalau dapat takde lah aku nak bagi kat orang kan... itu namanya berlagak nak tolak rezeki.

Sebenarnya aku ni seorang yang suka melancong. Ehemm! ala2 hobby orang kaya gitu kan? Tapi itulah aku. Dari kecik2 lagi memang aku bercita2 nak hobby tu... cuma nasib je biasanya kurang menyebelahi aku...

Namun aku bersyukur, minat aku tu dimakbulkan Allah bila tahun lepas aku dapat package pegi umrah dari company... so kira pegi oversea gak lah kan... dan ditakdirkan itulah negara pertama yang aku pergi... Alhamdulillah... Semoga aku akan terus bertuah!



Terima Kasih

Wanita & Strok

Takutnya rasa bila baca harian metro pepagi hari ni... 1 nyawa dalam masa 6 saat terutamanya bagi kaum wanita cam aku ni... Selalu dengar orang kena strok dan akhirnya akan meninggal secara terkejut! Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada menjadi begitu...

So dengan rasa rendah hati aku nak le kongsi sikit info tentang tanda amaran sebelum terjadinya strok ni secara mengejut:

Tanda amaran:

Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
Badan terasa lemah
Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata

Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
Susah hendak menelan
Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada ujian mudah yang boleh dilakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T.

F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?

A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?

S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.

T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.




Terima Kasih

Tahanlah wahai hati...

Sesungguhnya masa hampir 2 bulan aku kehilangan anakku Anis, masih tak dapat ubati luka dalam hati aku ni... Bila balik rumah mesti aku terasa sangat kehilangan dia. Setiap hari... Setiap saat aku kat rumah... Apa yang aku tengok, semuanya ada adik!

Kadang2 aku tak tahan... tak tahan menanggung rindu ni yang aku rasakan separuh mati. Macamana aku gembira sekalipun, tak akan dapat buat aku lupakan adik...

Saat berjalan di Giant tadi... hati aku rasa sayu sangat bila sampai kedai baju kanak2... Kalaulah adik masih ada, mesti aku akan belikan untuk adik. Wajib setiap kali kalau hati aku rasa berkenan. Semua benda untuk adik. Kalau untuk adik aku tak pernah berkira... Tapi sekarang, semuanya jadi kosong... hidup aku rasa kosong sangat!

Ya Allah! kuatkan hati aku... Siksanya perasaan bila kehilangan adik... Tak ada satu perkara pun yang dapat menggantikan perasaan sayang aku pada adik... Tahanlah wahai hati...

Mama tak pernah sangka adik akan pergi tinggalkan mama secepat ni...

Allahu Akbar!
Innalillahiwainailaihirajiun...


Nota: Bukan berniat untuk meraih simpati... hanya ingin berkongsi rasa... semoga sakit yang aku tanggung ni akan berkurangan... Doakan aku kawan2 semua...


Terima Kasih

Sunday, October 30, 2011

Advance betul budak zaman sekarang!

Terkejut aku bila masa aku dok BW semalam... terjumpalah beberapa blog yang memang kiut miut ni... bila dibelek2 rupanya tuan empunya blog2 ni baru 12 tahun! Amboi! kecik2 lagi dah pandai dah... anak aku yang baru 10 tahun nak main FB pun aku dah rasa cam advance sangat dah... ini siap pandai design2 blog lagi... memang aku kagum betul dengan kebolehan dan kecerdikan budak2 zaman la ni.

Agaknya itu lah cabaran cikgu2 kat sekolah sekarang bila budak2 semua dah terlebih pandai. Kalau zaman aku dulu... umur 12 tahun apa pun tak tau! Patutlah anak aku yang darjah 4 bila dapat e-book baru2 ni, bukan main excited lagi... mana taknya... hari2 dok ngadap laptop pinjam mama ngan papa punya. Bila dapat yang sendiri punya... bukan main suka lagi...

Nota: Tak sanggup nak baca luahan hati anak2 aku kalau diorang dah pandai tulis dalam blog!


Terima Kasih

Saturday, October 29, 2011

Peteh Ganu Peteh vs Hobin Jang Hobin!

Takut rasa nak tengok perlawanan tu yang tengah berlangsung sekarang ni. Tak pasal2 aku pulak yang nak berdebar! Padahalnya aku ni orang Penang. Hehehehe.

Agaknya aku ni dah 3 tahun lebih bermastautin kat Terengganu jadi sedikit sebanyak tu... Terasalah jugak kan! Tambah pulak En Suami aku yang skarang ni tengah bersemangat kat stadium tu... anak jati Terengganu.

Apa2 pun aku harap Terengganu boleh menang... Walaupun dalam hati aku rasa sebaliknya! Hehehe. Jangan marah ye... Tapi kalau Terengganu yang menang, aku tumpang cuti. Semoga Terengganu Berjaya! Peteh Ganu Peteh!



Terima Kasih

Aku bersama Kungfu Panda!




Hmm... tetiba je teringat nak tulis tentang pengalaman aku yang dah agak basi ni... 4D3N aku gi Singapore menumpang kasih trip student aku... Sampai jugak aku kat tempat yang aku teringin sangat nak pegi... UNIVERSAL STUDIO!...

Mungkin pada setengah orang tempat tu biasa2 je... tapi bagi aku... aku memang suka tempat tu... tapi tak leh la challenge kat Mekah dulu... tempat paling tenang!

Yang paling aku suka kat Universal Studio ni... masa masuk kat Water World... memang real betul! Sangat teruja rasanya... rasanya mata aku tak berkelip tengok lakonan diaorang... siap tembak menembak! Memang real! Sikit la preview kat bawah tu...



Satu lagi tempat yang best jugak... kat New York City. Light, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg ok! Ha... dah ala2 berlakon gitu... kat dalam tu kita boleh rasa macam kita tengah berada dalam filem... Siap ada kilat petir bagai... part yang paling best... dalam ribut taufan tu habih basah baju aku... Ha... real tak? Malangnya kat dalam tu tak leh ambik gambar la pulak!

Boleh dikatakan aku dah masuk semua tempat yang ada kat dalam tu... kecuali Battlestar Galactica... Fuh! ala2 roller coster tu... kaki kat atas kepala kat bawah u... memang tak la!


Cuma satu bab yang tak berapa nak best... pasal makan kat dalam tu... memang mahal gila! Tapi lapar punya pasal... terpaksa lah jugak makan kat Marty's Casa Del Wild. Antara cafe makanan asia... cam satay ada le kat situ... yang penting halal.

Ha makan cam ni je dah dekat RM50.00

Ada jugak orang cakap... benda yang patut kita beli kat dalam tu... bekas air dia... memang pelik. Tapi cute! Harga dalam belas2 dolar la... dah tak ingat. Aku beli gak 1.



Gambar2 kat bawah tu... sesaja je nak share.




Terima Kasih

Friday, October 28, 2011

Akhirnya berjaya juga aku penuhi impian si dia...

Impian siapalah tu ye??? Ha... tulah impian en suami aku untuk dapatkan Nikon D7000 pada hari jadi die... bukan main melaram lagi dia. Asyik berkepit 24 jam ngan camera tu. Yang jadi mangsa untuk jadi model dia... siapa lagi??? Aku ngan anak2 la... naik kembung pipi aku ngan anak2 sebab kena senyum memanjang... ye la... jadi model lah katakan!

Ha... ni lah antara gambar pertama yang telah di snap! Tak berapa nak jadik lagi sebab tak asah skill lagi ni...


Si kakak dah tak kuasa nak senyum dah!



Terima Kasih

Jom Cuci Sawang!

Dah kira lama sangat tak menulis kat blog ni... dah rasa rindu sesangat dah... alang2 menunggu masa untuk present report di petang jumaat yang mulia ni... aku guna le masa menunggu ni untuk buat gotong royong sesorang kat blog aku yang dah dekat sebulan tak kena sentuhan tangan aku...

Aduh! Sesungguhnya penantian ni suatu penyiksaan! Siksanya menunggu sampai hilang rasa takut nak present karang.

Harap semuanya berjalan dengan lancar... Sabarlah hati kalau kena tunggu sampai malam ni... huhuhu...


Terima Kasih

Sunday, October 2, 2011

Happy Birthday Sayang...

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

(2 October 2011)

Untuk Suami tercinta:

Nanie dan anak2 doakan semoga...


1. Allah panjangkan umur abang...
supaya kami dapat bersama2 dengan abang lagi...

2. Abang murah rezeki...
moga kalau abang murah rezeki... kami boleh tumpang sekaki...

3. Apa yang abang hajatkan akan termakbul...
kek dah bagi dah smalam kan??

4. Abang selamat di dunia dan di akhirat...
doakan untuk saya juge ye??

5. Dapat isteri mithali dan anak2 yang soleh dan solehah...
isteri tu merujuk kepada saya tau... bukan orang lain!


Terima Kasih

Saturday, October 1, 2011

Dah 4 hari...

Aku tak de en3 langsung! Mana taknya, asal hujung FY je... keje berlambak dan tak menang tangan. Sampai ke tahap dah guna kaki skali dah ni. Bleh???

Apa2 pun, report sudah pasti kena siapkan awal2... kalau tak???? Tak merasalah aku nak pegi...


SINGAPORE

UNIVERSAL STUDIO


Rasa tak sabar sangat2... tapi hati ni masih rasa ragu lagi... dapat ke aku pegi ni??? kalau bos tak bagi tak dapat la aku pegi hari isnin ni... huhuhu.



Terima Kasih

Monday, September 26, 2011

Rumah Terbukalah Sangat!

Kononnya tadi nak gi umah terbuka maxis... dengan rela hati adalah mereka2 yang teringin nak ikut... yang penting tak yah jalan kaki, kira ok lah kan?

Dengan muka yang tak berapa nak malu, gamble je kitaorang lalu depan maxis center tu... tetiba je rasa tak tergamak nak masuk... sebabnya kalau nak makan kena masuk kat dalam... alahai... malulah pulaks!

Last2 aku and the gang terus melencong ke Giant... sempat pulak shopping beli towel ngan lipstick! Ha! kan tak pasal2. Niat nak makan free, tapi free2 je aku keluarkan duit gi shopping. Chesss!



Terima Kasih

Rumah Terbuka Maxis...

Semalam dapat jemputan melalui sms dari maxis. Semua pelanggan maxis mesti dapat jugak. Maknanya ramai la yang nak pegi... itu belum bukan pelanggan nak tumpang sekaki!

So, aku ni nak pegi ke tak? Kalau pegi, boleh gak hilang2kan stress yang teramat ni! Tapi gi jalan kaki je lah nampaknya... ari ni tak bawak kete!

Jom le cepat kengkawan yang nak tumpang sekaki! Kalau gamak cam segan, kita melencong gi Cili Padi.



Terima Kasih

Khusyuknye dia buat keje rumah...

Muhammad Aiman Hakimi dengan ipad papa...


Ha ni lah keje umah anak lelaki aku yang sorang ni... hari2 bila tanya ada keje sekolah ke tak? Mesti dia jawab tak ada... atau... dah buat kat sekolah... macamlah mama dia percaya yang dia serajin tu! Bila aku susun jadual dia, mesti je ada keje sekolah yang cikgu bagi... Aiman... Aiman..



Terima Kasih

Sunday, September 25, 2011

Rindu Setengah Mati...

Semalam aku mimpi pasal adik.
Tapi aku tak ingat sangat mimpi tu...
Mungkin aku terlampau rindu kat adik.
Tak tahan rasanya... Rasa setengah mati...

Ya Allah! Bantu aku... tolong aku! Aku hamba yang tak berdaya.



Terima Kasih

Saturday, September 24, 2011

Nak Camera Nikon D7000?

Aduh! Sedapnya permintaan! En Suami dah pergi survey2 dah tu... sekali tengok mak aaiii... dekat RM5000. Birthday dia dah dekat dah ni... so, dah buat2 hint2 nak mintak hadiah tu le... Almaklum le... camera yang ada tu dah zaman bila punya... terkini sikit je daripada kamera yang pakai negatif kodak tu... Ye lah kan... zaman sekarang ni dah jadi trend orang pakai DSLR...

Untuk aku dia dah kasi iphone4 yang aku nak sangat ari tu... tambah pulak dengan ipad2... alamak! kena belikan jugak ke Nikon D7000 tu? Kalau RM500 tu tahan la jugak!

Nota untuk En Suami: Nanti saya tengok dulu... mesin cop duit saya yang rosak ari tu dah baiki ke belum k... hehehe




Nampak macam smart la pulak! Kalau dapat boleh le aku melaram sama...


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati