Saturday, October 29, 2011

Aku bersama Kungfu Panda!




Hmm... tetiba je teringat nak tulis tentang pengalaman aku yang dah agak basi ni... 4D3N aku gi Singapore menumpang kasih trip student aku... Sampai jugak aku kat tempat yang aku teringin sangat nak pegi... UNIVERSAL STUDIO!...

Mungkin pada setengah orang tempat tu biasa2 je... tapi bagi aku... aku memang suka tempat tu... tapi tak leh la challenge kat Mekah dulu... tempat paling tenang!

Yang paling aku suka kat Universal Studio ni... masa masuk kat Water World... memang real betul! Sangat teruja rasanya... rasanya mata aku tak berkelip tengok lakonan diaorang... siap tembak menembak! Memang real! Sikit la preview kat bawah tu...

video

Satu lagi tempat yang best jugak... kat New York City. Light, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg ok! Ha... dah ala2 berlakon gitu... kat dalam tu kita boleh rasa macam kita tengah berada dalam filem... Siap ada kilat petir bagai... part yang paling best... dalam ribut taufan tu habih basah baju aku... Ha... real tak? Malangnya kat dalam tu tak leh ambik gambar la pulak!

Boleh dikatakan aku dah masuk semua tempat yang ada kat dalam tu... kecuali Battlestar Galactica... Fuh! ala2 roller coster tu... kaki kat atas kepala kat bawah u... memang tak la!


Cuma satu bab yang tak berapa nak best... pasal makan kat dalam tu... memang mahal gila! Tapi lapar punya pasal... terpaksa lah jugak makan kat Marty's Casa Del Wild. Antara cafe makanan asia... cam satay ada le kat situ... yang penting halal.

Ha makan cam ni je dah dekat RM50.00

Ada jugak orang cakap... benda yang patut kita beli kat dalam tu... bekas air dia... memang pelik. Tapi cute! Harga dalam belas2 dolar la... dah tak ingat. Aku beli gak 1.



Gambar2 kat bawah tu... sesaja je nak share.




Terima Kasih

5 comments:

  1. eee...sampai hati xbawa iqa.
    sobsob.ole ole? :p

    ReplyDelete
  2. walaupun dah lama pic ni..tp bestnya dapat pi universal studio..seronok tengok pic2 ni...

    ReplyDelete
  3. wah best nya...
    budget korang ke sane 4h3m tue brape?

    ReplyDelete
  4. HAHHAHA...ada gmbar saya!!!!!!

    ReplyDelete
  5. @Mieyza: Cam comel je kita 3 bradik! Hehehe

    @Iqa & Totie: Memang best kat situ. Kalau ada peluang jangan lepaskan!

    @missblury: Kitaorang pegi naik bas je... Kos pun tak de mahal sangat...dalam RM400. Tapi makan sendirian berhad la.

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati