Monday, September 26, 2011

Rumah Terbukalah Sangat!

Kononnya tadi nak gi umah terbuka maxis... dengan rela hati adalah mereka2 yang teringin nak ikut... yang penting tak yah jalan kaki, kira ok lah kan?

Dengan muka yang tak berapa nak malu, gamble je kitaorang lalu depan maxis center tu... tetiba je rasa tak tergamak nak masuk... sebabnya kalau nak makan kena masuk kat dalam... alahai... malulah pulaks!

Last2 aku and the gang terus melencong ke Giant... sempat pulak shopping beli towel ngan lipstick! Ha! kan tak pasal2. Niat nak makan free, tapi free2 je aku keluarkan duit gi shopping. Chesss!



Terima Kasih

Rumah Terbuka Maxis...

Semalam dapat jemputan melalui sms dari maxis. Semua pelanggan maxis mesti dapat jugak. Maknanya ramai la yang nak pegi... itu belum bukan pelanggan nak tumpang sekaki!

So, aku ni nak pegi ke tak? Kalau pegi, boleh gak hilang2kan stress yang teramat ni! Tapi gi jalan kaki je lah nampaknya... ari ni tak bawak kete!

Jom le cepat kengkawan yang nak tumpang sekaki! Kalau gamak cam segan, kita melencong gi Cili Padi.



Terima Kasih

Khusyuknye dia buat keje rumah...

Muhammad Aiman Hakimi dengan ipad papa...


Ha ni lah keje umah anak lelaki aku yang sorang ni... hari2 bila tanya ada keje sekolah ke tak? Mesti dia jawab tak ada... atau... dah buat kat sekolah... macamlah mama dia percaya yang dia serajin tu! Bila aku susun jadual dia, mesti je ada keje sekolah yang cikgu bagi... Aiman... Aiman..



Terima Kasih

Sunday, September 25, 2011

Rindu Setengah Mati...

Semalam aku mimpi pasal adik.
Tapi aku tak ingat sangat mimpi tu...
Mungkin aku terlampau rindu kat adik.
Tak tahan rasanya... Rasa setengah mati...

Ya Allah! Bantu aku... tolong aku! Aku hamba yang tak berdaya.



Terima Kasih

Saturday, September 24, 2011

Nak Camera Nikon D7000?

Aduh! Sedapnya permintaan! En Suami dah pergi survey2 dah tu... sekali tengok mak aaiii... dekat RM5000. Birthday dia dah dekat dah ni... so, dah buat2 hint2 nak mintak hadiah tu le... Almaklum le... camera yang ada tu dah zaman bila punya... terkini sikit je daripada kamera yang pakai negatif kodak tu... Ye lah kan... zaman sekarang ni dah jadi trend orang pakai DSLR...

Untuk aku dia dah kasi iphone4 yang aku nak sangat ari tu... tambah pulak dengan ipad2... alamak! kena belikan jugak ke Nikon D7000 tu? Kalau RM500 tu tahan la jugak!

Nota untuk En Suami: Nanti saya tengok dulu... mesin cop duit saya yang rosak ari tu dah baiki ke belum k... hehehe




Nampak macam smart la pulak! Kalau dapat boleh le aku melaram sama...


Terima Kasih

BW dalam gelap!

Angan2nya malam ni nak spend masa bw... dah lama tak buat keje ni... Kebetulan pulak, malam ni tido umah MIL sebab nak gi kubur adik esok...

Malang sungguh nasib aku... blackout lah pulak... nak balik umah sendiri jauh pulak! so, bw lah jugak selagi bateri masih ada... Nasib aku lah tu!




Terima Kasih

Friday, September 23, 2011

Siannya kat Seri...


Pertama kali aku nak luahkan perasaan aku pasal cite tahajjud cinta ni...
Tak puas hati betul kat ustaz shauki tu!
Gatalnyaaaaaa!!!!

Memang le menjadi sungguh lakonan eman manan tu... rasanya bukan aku sorang je kot yang menyampah kat dia dalam cite tu!

En Suami aku cakap kalau dah menyampah sangat janganlah tengok! Orang tu berlakon dapat upah... awak dapat dosa! sebab dok mengutuk kat orang tu...

Hehehe... betul gak tu... aku le sebenarnya yang tak berapa cerdik dalam ini wayang.




Terima Kasih

Moralnya...

Tersenyum sendiri bila baca kisah ni... curik sikit cite member kat FB...

Ada seorang PM suka cakap "Alhamdulillah" setiap kali samada perkara baik @ buruk berlaku, suatu hari dalam majlis diraja, seorang Raja terpotong jari dengan pisau ketika makan steak, maka PM cakap "Alhamdulillah", lalu Raja marah & pecat PM tersebut serta melantik PM baru. Bekas PM cakap pada Raja "alhamdulillah" kerana memecat beliau lalu balik kg & buat kerja kg. Raja kehairanan kenapa dibuang pun cakap "Alhamdulillah"?

Suatu hari Raja dan PM Baru pergi berburu dalam hutan & telah tersesat dalam hutan lalu ditangkap dengan geng orang makan orang (kanibal). Mereka nak rebus Raja dulu sebab pakaiannya cantik lalu dibawa kehadapan ketua mereka. sewaktu QC memeriksa Raja, mereka lihat jari Raja tiada satu, maka direjectnya Raja tersebut serta dilepaskan & tukar ngan PM Baru yang cukup sifatnya lalu direbus dalam periuk yang besar.

Raja akhirnya berjaya tiba di istana dan bersyukur sebab tidak dijadikan mkanan kerana kurang satu jari. Lalu beliau teringat PM lama yang ucapkan "Alhamdulillah" dahulu dan memanggil kembali PM lama untuk menjadi PM semula kerana PM baru dah mati. PM lama kata "Alhamdulillah" lagi. Raja kata ada hikmah disebalik "Alhamdulillah" yg kamu ucap ketika jari saya terpotong, maka QC kanibal tak jadi rebus saya. Tapi apa hikmah "Alhamdulillah" yang kamu ucapkan ketika saya buang kamu? PM jawab, "kalau saya masih PM masa tu & kita pergi berburu bersama, dah tentu saya yang dimakan kanibal.

So, moral daripada cerita kat atas tu... selalulah wiridkan "Alhamdulillah" samada perkara baik atau buruk berlaku... Wasalam.



Terima Kasih

Selamat Pagi Semua!

Alhamdulillah... Hari ni dibangunkan lagi oleh Allah... Masih bernafas lagi kita pagi jumaat yang mulia ni...

So, kepada semua muslim... Jangan lupa sembahyang jumaat ok!








Nota: tetiba rasa bersemangat pulak pepagi hari ni!



Terima Kasih

Thursday, September 22, 2011

Aku dapat trophy!



Semalam ada orang belanja aiskrim trophy! Sempena hari jadi aku... Thanks Saibah! Mula2 mintak nak Magnum... (dengan muka tak malu). Tapi dah abih... so trophy pun ok lah...



Thanks jugak buat gang SHS... siap buat card yang cun melecun untuk I...



Terima Kasih

Bukan en3 wordless thursday!


Saje je nak post gambar ni...





Terima Kasih

Kenangan Indah Bersamamu Sayang - 2

Lepas seminggu adik dilahirkan, aku dah mula rasa lain... rasa macam tak boleh terima hakikat pun ada bila adik tak boleh balik rumah lagi macam kakak dan abang dulu. Doktor cakap keadaan adik masih tak ok dan kena masukkan darah.


Dalam keadaan aku yang masih tak berapa nak sihat lagi, terpaksa pulak berulang alik ke hospital sampailah aku dan papa anis buat keputusan untuk tukarkan adik ke Hospital Selayang...

Bermulalah episod baru dalam hidup aku bila satu persatu penyakit adik terbongkar! Ya Allah! Apa dosa yang telah aku lakukan hingga aku diduga sebegini rupa? Mulanya Dr cakap adik lemas... dah tertelan air ketuban. Lepas tu Dr kata lagi, hati adik bengkak. Patutlah mama nampak mata adik kuning. Dr cakap jugak, darah adik tak ok. Adik macam kena denggi berdarah... kalau salur darah adik pecah??? Adik mungkin... Dalam hati aku mengucap panjang!

Bila Dr check kat mata, barulah Dr dapat simpulkan yang adik sebenarnya kena jangkitan kuman masa dalam kandungan lagi... Jangkitan daripada kuman toxoplasma. Mungkin datang dari kucing... jadi Dr cakap lagi... mata adik pun mungkin akan tak nampak. Ya Allah! sekali lagi aku rasa macam jantung aku kena tusuk dengan pisau tajam!

Namun, sebenarnya hati aku masih percaya adik akan sembuh semula. Aku tak pernah terbayang yang aku akan ada anak istimewa. Sombongnya aku masa tu... sebab yang aku tahu keturunan kami tak ada yang macam tu.

Akhirnya setelah hampir sebulan di wad NICU, Hospital Selayang, aku dapat bawak adik balik ke rumah... Alhamdulillah.




Ini lah gaya rupanya adik lepas dibawa balik ke rumah...
Sedapnya dia tidur... sampai orang main pass2 pun dia tak jaga...

'Mama Sayang Adik Sangat2!'




Terima Kasih

Wednesday, September 21, 2011

Nak tukar header?

Ntah la... dekat header aku tu semua gambar adik... setiap kali aku bukak blog aku ni, mesti ingat kat dia dan akan sedih...

Dan bila aku rasa tak sedih bila tengok gambar dia, aku akan rasa bersalah sangat... Lupakah aku pada adik?

Mana mungkin aku akan lupakan adik... hampir 6 tahun Tuhan pinjamkan dia pada aku...

Apa aku nak buat sekarang ni?



Terima Kasih

Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin

Nampak macam tajuk resepi tak? Ha... tu la... cam pelik kalau aku minat dengan resepi masak memasak ni. Anak dah nak membesar... tapi aku masih macam 10 tahun dulu... tak suka masak! tak senonoh tau jadi perempuan cam tu...

Tapi bukanlah aku ni tak tau masak langsung... cuma bila cuti2 je aku akan masak... paling koman pun, mesti masak nasi. Pas tu lauk beli je... kalau tak asyik ayam masak merah... sotong @ udang masak pedas... telur rebus masak sambal... asal masak, yang warna merah je... hehehe

Cuma nampak gayanya aku kena start masak menu lain sikit... En Suami dah bagi hint adalah dekat 10 kali dah... nak makan masak lemak cili api ikan masin yang isteri masak. Ha! wajiblah aku tak pernah masak lauk tu... tambah pulak... lauk tu warna kuning.

Hmm... bila fikir balik, sekarang ni kan zaman moden. Kalau malu nak tanya resepi kat mak mertua, kat dalam internet pun berlambak! So, Selamat Mencuba!





Terima Kasih

Tuesday, September 20, 2011

Tak sangka dah ada 3 BE!

Sangatlah tak sangkanya aku... baik betul hati nuffnang & Wrigley 5 Gum FB Game Launch & Blackmores Kid & Adidas Body Care Contest sebab sudi nak tambah BE lagik.

Sori lah ye... orang dah tak heran setakat dapat 3 BE... aku pulak dah rasa seronok sangat! Almaklumlah... hehehe... Moga Allah murahkan lagi rezeki aku... Amin.


Terima Kasih

Surprise!



Apa lah yang surprise sangat ye hari ni? Tak sabar nak tahu!

Hari ni wajib nak balik awal... sebabnya???

En Suami cakap nak belikan kek favourite kat secret recipe...
Bukan senang tau... setahun sekali je dapat kek tu dari En Suami.
Ala2 kete special edition gitu...

Dapat yang cam ni pun dah ok dah...


Pertanyaan untuk En Suami... Tahun ni ada surprise apa ye untuk saya?

Saya pun tak nak mintak lebih2...
Cukuplah kalau awak sayang kat saya sampai bila2...




Terima Kasih

Kenangan Indah Bersamamu Sayang - 1


Coretan aku kali ni mungkin lain sikit dengan en3 sebelum ni. Coretan bersiri ni hanya untuk aku dan keluarga tatap bila kami rasa rindu pada adik... dan aku tuliskan untuk aku ungkapkan kenangan indah kami supaya kami tak lupa pada adik.

Tanggal 16 Sept 2005 (Jumaat) 10.50 pagi, adik dilahirkan di Damai Service Hospital, Taman Melawati. Sama macam abang dengan kakak, adik dah jadi orang Selangor. Tak menyempat2 adik nak tengok dunia... sampai papa pun tak sempat nak temankan mama kat labor room.

Rupa2nya, bukan adik dah tak sabar... tapi adik dah kelemasan kat dalam perut mama! Doktor kata adik dah terminum air ketuban! Ya Allah! patutlah bila adik keluar dari perut aku, satu badan adik lebam. Kesiannya kat adik!

Bermula pada detik tu aku rasa tak sedap hati. Aku tahu pasti ada yang tak kena pada adik. 2-3 hari aku tak dapat jumpa adik. Walau untuk susukan adik pun aku tak boleh! Doktor cakap adik tak sihat. Akhirnya selepas beberapa hari aku balik ke rumah tanpa adik!

Gelap lagi kulit adik masa ni sebab kesan lebam tu ada lagi walaupu umur adik masa ni dah nak masuk 2 bulan.



Terima Kasih

Monday, September 19, 2011

Ingat lagi kek ni!

Sejak hari khamis minggu lepas, fikiran aku memang sikit terganggu... Mulanya sebab baca reminder kat dalam phone.

'Adik's Birthday Esok! Mama kena beli kek!'
16 September 2011

Terus masa tu jugak berjurai air mata aku... memang tak boleh nak tahan lagi. Kebetulan pulak waktu tu kat ofis dan tengah ada audit. Sesak dada ni nak kena tahan perasaan sedih tu... Hanya Allah saja yang tahu.

Hari ni aku terbaca pulak reminder kat phone aku...

'My Birthday! Semoga Tuhan panjangkan umurku'
20 September 2011

Ya Allah! Tabahkanlah hati dan jiwa hambamu ini... 16 hari adik pergi sebelum hari jadi adik! Mama rasa sedih sangat... Sebab biasanya kita akan share kek birthday kita... Beza hari jadi adik dengan hari jadi mama cuma 4 hari... Rindunya mama kat adik!



Tahun ni sambutan hari jadi aku dan adik memang berbeza... Hari jadi adik jumaat lepas aku cuma dapat sambut di pusara adik... Tahun ni aku cuma dapat hadiahkan bacaaan yassin pada adik dan berdoa moga adik lebih berbahagia di sana di bawah rahmat dan lindungan Allah. Amin.


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati