Tuesday, May 27, 2014

Rezeki hari selasa

Hari ni KN lambat masuk ofis... kena bawak anak pegi klinik dulu. Biasalah musim2 panas ni... mama ngan papa pun asyik migrain je (tetiba pulak ada migrain). Sakit kepala sokmo!

Sampai je ofis, ada birthday girl buat kenduri nasi lemak... tengahari pulak ada staf buat kenduri nasi ayam... tambah lagi rezeki En Suami nak belanja lunch. Alhamdulillah... Semoga murah rezekilah kepada sesiapa yang belanja tu. Malam ni kena diet lah jawabnya sebab siang makan banyak sangat!

Oleh kerana musim panas ni jugak, nikmat betul boleh minum air bandung tadi... dekat kedai dah minum segelas, bungkus bawak balik pulak sebungkus lagi... hehe... tak pe lah, ada orang belanja kan?

#Sekarang ni tengah sakit kepala mengantuk pulak. Tu lah... makan macam2!


Terima Kasih

Monday, May 26, 2014

Positive!

Alhamdulillah... dah selamat pulang dari outstation. Nampaknya blog KN ni penuh habuk dan debu... dah lama tak kasi cuci kan?

Terima kasihlah kepada yang masih sudi nak jengok dan jagakan umah KN ni... takut tuan rumah tak de pencuri pulak masuk kan? hehe

3-4 hari yang lepas sibuk sangat nervous nak kena present masa mesyuarat. Alhamdulillah... akhirnya selamat jugak mengharungi onak dan duri. Pengalaman sebenarnya banyak mematangkan kita. Kalau tak kena marah atau kalau tak pernah buat silap, kita takkan tahu apa yang sepatutnya yang betul. Apa pun ujian yang datang kita kena harungi jugak. Tak mungkin kita boleh lari dari masalah. Dan bila kita harungi masalah tu, kita akan rasa macam lega dan dah berjaya. So... kita enjoyyy!

Positif... positif... positif... biar aura positif je yang ada dalam diri... jom kita buang semua aura yang negatif!
 

Nak tahu apakah 10 Ciri Orang Yang Berfikir Positif? SINI


Terima Kasih

Thursday, May 22, 2014

Freebies Muslimah yang Comel

Malam ni buat ke sekian kalinya KN akan terbang lagi Shah Alam. Meeting esok kat sana. So, dalam kekalutan baru nak mengemas barang2 nak gerak kejap lagi, sempat lagi KN post entry kejap! hehe... kebetulan bukak lappy kejap sambil check file2 yang perlu dibawa bersama.

Siang tadi masa berjalan2 di alam maya ternampak kat ping pasal freebies muslimah yang comel dibuat oleh Julina. Kreatif! Ju kata sape nak boleh ambik. So, KN ambik 1... hehe.. Jom kita ganti dengan poster2 'Keep Calm' yang ada crown segala tu kan? Tq Ju...

http://julinaalias24.blogspot.com/2014/05/freebies-muslimah.html

Walaupun tengah gabra nak present esok, KN still kena 'bawa bertenang dan senyum' lah kan? hehe


Terima Kasih

Wednesday, May 21, 2014

The Liebster Award by Aisyah

Malam ni KN nak layan kejap soklan2 dari Aisyah ni ha... KN ni tak de lah pandai sangat buat2 karangan segala ni kan... harap puas hati lah dengan jawapan2 KN ni ye?
 
 
 
1-Apakah nama samaran anda atau nama panggilan yang sering disebut oleh kawan-kawan atau keluarga anda?
 Nanie  

2-Ulangtahun kelahiran ke berapa yang paling anda tidak dapat lupakan. Kenapa?
18. Sebab pertama kali dapat surprise daripada member2 satu dorm yang baru kenal masa kat ITM. Memang surprise gila!

3-Kenangan di sekolah yang anda tidak dapat lupakan.
 Kena marah ngan cikgu sebab tido dalam kelas masa subjek sejarah.

4-Kalau anda diberi peluang untuk bercuti, ke manakah destinasi pilihan anda? Kenapa?
Bercuti sambil buat umrah pun best... sangat tenang!

5-Anda lebih gemar artis KPOP atau Indon atau Malay atau selain daripada artis KPOP , Indon dan Malay? Kenapa?
Pada KN, semua retis ni sama je... tak de lah yang jadi kegemaran sangat!

6-Beri pendapat anda tentang blog saya.
KN suka header tu. Cantik sangat! Cuma tulisan yang warna kelabu buat mata KN sakit sikit. hehe... jangan marah aaa... Bukan salahkan tulisan... tapi mata KN ni sebenarnya yang rabun!

7-Kalau anda kaya, apakah tindakan anda untuk memanfaatkan kekayaan anda?
Banyak benda boleh dimanfaatkan kalau kita kaya... salah satu yang KN akan buat adalah berhenti kerja dengan orang, buat kerja sendiri supaya dapat habiskan banyak masa dengan family.

8-Dalam ahli keluarga anda, siapakah yang paling rapat dengan anda? Berikan alasan.
Rapat sama rata.

9-Gambarkan sahabat baik anda.
 Dia seorang yang sangat baik di mata KN. Kelakar dan selamba!

10-Jika anda mempunyai peluang atau kuasa untuk putarkan masa, waktu bilakah yang anda pilih? Mengapa?
KN nak balik masa anak KN yang ke-3 masih ada. Nak sayang dia lebih daripada yang KN  pernah sayang dulu. Rindu sangat kat dia. Tapi KN tak nak ubah apa2 pun yang berlaku dulu sebab KN terima ketentuan Allah kerana itu yang terbaik buat KN dan keluarga.

11-Sejak bila anda berblogging? Kenapa anda berblogging?
 Sejak tahun 2009. KN berblog sebab jeles kat member yang ada blog! hehe

Itu sahaja jawapan KN buat kali ni... jumpa lagi di lain kali ye... Sekian.
 

Terima Kasih

Mana En. 'Mood' ni?

Hai... ini dah lebih ni... ingatkan 2-3 hari je En Mood menghilang. Dah masuk seminggu, En Mood masih lagi tak menjelmakan diri. Datang pulak En. M satu lagi... En Mood pergi... En. Malas mari!

Nak kata En Suami bawak masa pergi outstation hari tu, dia dah balik dah pun! Huhu

I'M NOT IN THE MOOD TO DO ANYTHING ANYMORE!

Kerja masih banyak lagi yang tertangguh... report tak lengkap lagi nak bawa ke mesyuarat lusa. Ya Allah... Tolong aku!

#Ada tips tak untuk nak kembalikan En Mood?


Terima Kasih

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

Lagi cobaan menambah kenalan! Jom lah join...

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...


4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah.

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss...

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

Terima Kasih

Saya nak Lipstik Mary Kay

Sambil berjalan2, terjumpa pulak GA ni... Apa lagi, tanpa buang masa KN nak join lah ni. Boleh menang hadiah Marykay tau! Memang KN suka la... sebab KN memang pengguna setia produk Marykay ni. Kepada gadis2 ayu semua, jom join!

http://alyanimatshah.blogspot.com/2014/05/saya-nak-lipstik-marykay.html
Klik banner untuk join

#KN tak de instagram ye... sob...sob...

Terima Kasih

Tuesday, May 20, 2014

Follower ke 888

Ha! cam best je tajuk dan nombor tu... Tq kepada semua yang membantu KN dalam nak mencapai target 1000 follower!

Meh kita tengok siapakah gerangan insan dengan nombor bertuah itu... Syera Rahim! Nak tahu siapa Syera Rahim ni? Jom terjah blog Syera dan follow ramai2!

#Hanya tinggal 112 follower je lagi yang tak jumpa blog KN! haha
Syera Rahim
Syera Rahim
Syera Rahim


Terima Kasih

Monday, May 19, 2014

The Liebster Award By Anizz, Noe dan Aniesa

Marilah kita layan soalan2 yang ditag oleh Anizz, Sis Noe dan Aniesa ni secara berjemaah ye... hehe
 
  The Liebster Award By Anizz:

1. Why did you start blogging?
Tengok member ada blog macam best je... Tq to MamaRifqy

2. What your favourite colour?
Of course lah pink... Tengok blog pun dah tau kan? hehe
3. Do you like reading? list fiction book you like...
Sangat suka baca novel. Fiction? Tak minat!
4. What thing annoyed you much?
Leteran. Tapi kadang2 berleter jugak kat anak2.
5. You cry when...
Kehilangan insan2 tersayang.
6. What do you dislike about blogging?
Bila tak de idea nak tulis entry
7. How many your current follower now?
887 je... huhu
8. What your favourite food?
Carbonara Spaghetti 
9. Which state are you from?
Terengganu
10. What the best place in your state?
Pulau2 yang ada kat sini... Pulau Kapas dan Pulau Perhentian 
11. When is your birthday?
20 September... Sebab dah tanya, jangan lupa kasi hadiah tau! haha
 
   The Liebster Award By Sis Noe:
1. Serba ringkas tentang diri anda
Nampak serius, selamba dan low profile.

3. Di negeri mana anda tinggal?
Terengganu

2. Kenapa anda suka jadi blogger?
Boleh kenal ramai kawan2 maya... yang tak ada kaitan dengan kita... tapi boleh dengar luahan hati kita dengan membaca entry kita.

3. Kisah yang anda suka baca bila masuk blog2 orang lain.
Kisah2 yang ringan dan info2 yang menarik dan tak terlalu panjang ceritanya atau halus tulisannya... Macam blog Sis Noe, I suka!

4. Pengalaman paling manis masa di sekolah.
Ada kawan2 yang best gila!

5. Pengalaman paling pahit masa di sekolah.
Bila result SPM tak best!

6. Permainan masa anda kecil (masa sekolah rendah ler)
Zero point

7. Pada usia berapa, anda mula bercintun?
20 tahun kot!

8. Bahasa negeri mana yang anda paling suka dengar?
Kelantan

9. Genre muzik yang anda suka.
Asal sedap didengar je... tak kisah genre apa!

10. Siapa agaknya noe ni?
Hmm... susah soklan ni. Tapi KN rasa Sis Noe ni seorang, isteri, ibu, anak dan kawan yang baik! Tapi baru perasan yang KN kena panggil Sis Noe kot!

11. Pendapat anda tentang blog noe ni, jujur tau. 
Best! Tak melalut dan tak bosan nak baca...

 The Liebster Award By Aniesa
  
1. Apa yang anda faham tentang '' KELUARGA''?
Ibarat air yang dicincang tak akan putus.
2. Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka?
Semua... setiap orang ada cara menulis tersendiri...

3. Kenapa anda berblogging?
 Boleh kenal ramai kawan2 maya... yang tak ada kaitan dengan kita... tapi boleh dengar luahan hati kita dengan membaca entry kita.
   
4. Video yang paling anda minati? Alasan.
Tak ada
 
5. Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut? Sebab?
Abah. Sebab garang sikit... tapi tetap sayang hingga ke syurga.
 
6. Di antara makan dan tidur, yang mana satu anda pilih?
Tidur
7. Cikgu yang paling anda ingati. Kenapa?
Cikgu Yam. Cikgu pertama yang ajar KN (masa tadika)
 
8. Jika diberi peluang untuk mengundur masa ke masa lalu, apakah anda akan pulang ke masa lalu?
Tak nak sebab KN tak pernah menyesal dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada KN.
 
9. Apakah jasa sahabat, yang tidak pernah dilupakan? 
Sanggup pinjamkan duit dia pada KN masa sekolah dulu. Padahal dia sendiri pun tak de duit! 
10. Apakah yang ingin anda capai dalam masa 5 Tahun?
Tambah ahli keluarga. Kalau boleh nak tambah 5 lagi... hehe... dan juga nak pastikan semua hutang dilangsaikan.
11. Antara ilmu dan harta yang mana satu pilihan anda? 
Mestilah ilmu... sebab kalau ada ilmu, boleh buat harta!

#KN tak bercadang nak tag sesape sebab takut yang tak kena tag kecik ati... haha... Sekian.

Terima Kasih

Segmen Blogging + Menang Hadiah!

Alang2 tak de mood nak menulis ni, jom kita join segmen by Yumida ni... Simple dan ada hadiah yang menarik juge... yang penting boleh menambah kenalan.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

#KN tak de instagram & twitter ye...

Terima Kasih

Happy Birthday Ayin!

2-3 hari ni KN sangat tak ada mood nak menulis. Biasanya benda2 kecik pun nak cerita kan? Tapi 2-3 hari ni, tak tau nak cerita apa. Ada banyak perkara yang berlaku tapi sangat tak de mood! Mungkinkah mood itu telah dibawa oleh En Suami yang tengah outstation sekarang ni? hehe... mengada2 lah pulak!

Semalam Birthday Ayin (anak sulung KN) yang ke-13. Oleh kerana papa tak ada kat rumah, tiada apa2 sambutan pun dibuat... Kesiannya kat Ayin. Mama ngan papa wish je lah dulu. Hadiah mama dah kasi. Ayin pun dah bagi2 hint... kawan dia yang sambut birthday minggu yang sama nak buat sambutan di McD. Amboi... baik punya hint! Kita buat doa selamat je kat umah... makan pulut kuning!


zwani.com myspace graphic comments
Twitter Backgrounds

Terima Kasih

Thursday, May 15, 2014

Segmen Blogger Aktif

Salam.
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 br="" insyallah="">


http://blurrr4evablurr.blogspot.com/2014/05/segmen-blogger-aktif.html

klik banner untuk join the community :D

good luck !


#Ni lah salah satu usaha KN untuk mencapai 1000 follower! Hahaha... Good Luck KN!


Terima Kasih

Target 1000 follower

Rasa macam kelakar pulak tajuk tu... Tetiba je pagi ni terasa nak letak target untuk diri sendiri dalam ber'blog' ni. Alang2 dah seluk pekasam kan? Dalam hidup kita ni kena lah ada target betul tak? Kalau tak ada target, maka tak ada lah usaha! Follower KN sekarang baru je mencecah 868 setakat KN menulis entry ni. Macam jauh je lagi kan? Tapi KN nak target 1000 follower by June ni... Harap menjadilah ye... Jenuh jugak nak cari kawan2 baru ni... hmm...

#Antara target lain dalam hidup adalah nak dapat sekurang2nya sorang lagi ahli keluarga tahun ni... hahaha... sempat ke? Ok lah discount sikit... sebelum bulan 6 tahun depan. Boleh? Apa2 pun... USAHA TANGGA KEJAYAAN ye murid2...


Terima Kasih

Wednesday, May 14, 2014

Siap jugak akhirnya...

Setelah pening mata KN ni... akhirnya siap jugak blog list untuk 1st Mini GA by NaNie DeaN. Alhamdulillah... seperti yang dijanjikan, semua peserta telah di masukkan ke dalam bloglist KN. Tapi tempoh masa tu tak dapat dikenalpasti lagi lah... hehe... tapi rasanya akan dikekalkan selagi blogger2 yang tersenarai masih lagi aktif. 

Kepada para peserta yang sempat singgah kat sini... harap dapat semak ye... blog anda tersenarai atau pun tidak kat blog list KN tu... Kat sini ada 3 bloglist. So, tengok kat 3-3 blog list tu ye...


Terima Kasih

Monday, May 12, 2014

Cuti masak!

Malam ni KN nak cuti masak bersempena dengan hari ibu semalam. Haha... boleh? Hari ibunya semalam. Tapi hari ni baru mintak cuti.

Ntah kenapa hari ni rasa sangat panjang. Masa kat ofis tadi, asyik tengok jam je. Lambatnya masa berlalu. Penat sangat rasanya hari ni. Purata masa duduk kat ofis 10 jam sehari. Sangatlah meletihkan!

So, malam ni kita ramai2 pegi makan roti canai je kat kedai... KN order roti sardin sama ngan suami. Aiman pulak order 2 roti... 1 roti canai, 1 roti telur. Amboi... ini sudah lebih! Sebab tu lah makan di rumah lebih baik daripada makan di kedai. Hari ni Aiman cakap dia pun nak cuti jugak... cuti dari makan sikit!


Memang sedap roti sardin ni. Besar pulak tu. RM3.00 je... KN tak habis pun makan. Aiman jugak yang tolong abihkan. Memang cuti betul Aiman malam ni.


Terima Kasih

Misi selongkar tong sampah

Pagi semalam kecoh cari keronsang yang satu satunya yang KN ada. Habis satu rumah mencari walaupun memang dah pasti kat mana letaknya. Paling2 pun mesti jatuh kat atas lantai je. Malang sungguh... tak ada. Lesap! Sampai lambat hantar anak ke sekolah pagi semalam.

Memang gelabah betul KN. Mana taknya... Keronsang yang KN boleh pakai kat tudung ada satu je dan dah lebih 15 tahun keronsang tu tak pernah hilang. Tetiba je lesap tak tahu ke mana. Hati dah rasa tak sedap.

Kulit KN ni sebenarnya ada alergik dengan besi (kecuali stainless steel). Kalau kena besi boleh berkudis tengkok KN. So, Mr Eddy belikan keronsang tu untuk KN. Masa tu belum kahwin pun lagi. Sebab tu lah KN tak boleh hilangkan keronsang tu... huhu (ada sentimental value). 

Pikir punya pikir... mungkin masa menyapu semalam, tersapu sekali dengan keronsang tu. Sampah dah buang malam semalam. Apa lagi berkejar KN keluar rumah ambik tong sampah yang besar tu bawak masuk dalam pagar umah. Takut lori sampah datang ambik. Nak cari terus tak sempat. Anak2 dah lambat pegi sekolah!

Balik semalam, apa lagi... misi selongkar tong sampah lah... Subhanallah... tong sampah kan... faham2 je lah. Dengan penuh sabar KN selongkar... macam nak cari harta karun pun ada... dan... Alhamdulillah... masih ada rezeki KN. Akhirnya jumpa juga dalam tong sampah keronsang tu!

Tak sangka pulak berfungsi jugak deria ke 6 KN ni... hehe... Tak sanggup nak ambil gambar dalam timbunan sampah semalam.




Terima Kasih

Sunday, May 11, 2014

Kenapa dengan bloglist ni?

Aduhai... lenguh tau tangan KN nak masukkan senarai peserta 1st Mini GA hari tu... pening kepala ngan mata ni ha... nak pitam pun ada... last2 bila save, 1 pun tak masuk! Hampa dan kecewa! 100++ blog tu!

Ada sape2 tau camana nak buat? Atau ada link yang boleh KN rujuk... please help!

#Kepada semua peserta 1st Mini GA by NaNie DeaN, jangan kecik hati ye... cepat atau lambat, KN masukkan blog anda semua di bloglist KN... Untuk kemudahan KN nak BW juge...


Terima Kasih

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum

http://www.mamaniza.com/2014/05/giveway-mega-1st-anniversary-mamanizacom.html



Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang.

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada 12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.



Terima Kasih

Ayu tak?

Sebenarnya dah lama KN teringin nak blog ni bertukar wajah kepada yang lebih menarik. Nak godek2 sendiri confirmlah tak pandai. Guna je templet yang ada. Tapi masa berjalan2 kat blog Mieyza nampak comel pulak blog dia. So setelah disiasat, KN pun tempah jugaklah templet baru ni kat Blog Bingkisan Hati. Maka semalam blog KN dah berubah wajah. Ayu sangat kan? Pink gitu! haha... 

Tapi tak sempat pulak nak PrntScr dulu wajah lama tuk kenang-kenangan.


Terima Kasih

Happy Hour Giveaway


Assalamualaikum... Lagi GA untuk disertai! 
Jom!

http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/happy-hour-giveaway_5.html
 Klik Banner untuk join...



Terima Kasih

Saturday, May 10, 2014

Mari berkenalan...

Kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan KN, sila baca ke bawah sampai habis... Kalau tak nak pun tak pe... tiada sebarang paksaan memandangkan KN buat entry ni suka2 je... hehe

KN adalah anak sulung daripada 8 orang adik beradik dan dilahirkan di Pulau Pinang. Membesar juga di Pulau Pinang. Pernah bersekolah di SMKA (P) Al-Mashoor. Pernah juga belajar di UiTM Arau (1994-1997), UiTM Shah Alam (1997-1999). Sekarang masih menyambung pengajian di MSU Shah Alam. 

Alam pekerjaan bermula pada tahun 2000 hingga sekarang dalam bidang pendidikan. (Nama jawatan dan tempat perlu dirahsiakan supaya tiada conflict of interest! hehe).

Berkahwin tahun 2000 ketika berumur 24 tahun. Agak muda jugak lah KN rasa. Dikurniakan 3 cahaya mata. Airin (2001), Aiman (2002) dan Anis (2005-2011). Alhamdulillah... masih bahagia bersama suami tercinta dan sekarang bermastautin di Terengganu (Dah jodoh dengan orang Terengganu). Cuma alamat mengundi je tak tukar lagi. Masih kat Penang.

Mula menulis blog ni pada tahun 2009. Tahun permulaan ni hanya 1 entry je yang sempat terbit. Insyaallah masih aktif hingga sekarang. Tujuan menulis hanyalah untuk suka-suka. Tiada niat terselindung dan yang paling utama, semua entry ditulis untuk tujuan menjadi kenangan (KN ni jenis orang yang cepat lupa). KN juga suka menulis perkara yang ringan untuk ditulis dan dibaca. Agak kurang sumber2 ilmiah. Ini adalah kerana pekerjaan KN secara semulajadinya pun dah banyak bergelumang dengan benda2 ilmiah...

Kalau nak ceritakan dari aspek personaliti... KN adalah seorang yang bermuka garang dan selamba. Pertama kali berjumpa dengan orang mesti orang akan cakap KN sombong! Tak salah orang... KN sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Sebenarnya KN ni seorang yang suka gelak... suami KN tau KN ni jenis yang happy go lucky tapi kadang2 cepat gelabah... dan selalu over dalam segala hal! Tak pandai memasak sangat... sebab tu dalam blog tak pernah share resepi... hehe... memasak hanya untuk suami dan anak2. Namun KN hanya menjadi diri sendiri... Insyaallah.

OK... itu sahaja nampaknya yang KN nak ceritakan pasal diri KN. Kalau ada sesapa yang pernah kenal KN secara live mungkin masa belajar2 dulu...  sila tinggalkan pesanan jika sudi...


Terima Kasih

Friday, May 9, 2014

1st GA by Mieyza Roslan

Jom ramai2 kita support GA by Mieyza Roslan!

Klik Banner untuk join...
http://hockmieyza85.blogspot.com/2014/05/1st-give-away-by-mieyza-roslan.html

Syarat sangat simple dan hadiah best!

#Tak kisahlah menang atau pun tak... yang penting kita support member2 blogger kita... Jom!



Terima Kasih

Thursday, May 8, 2014

Gayanya ibu dan kerja

Petang semalam sampai umah dah pukul 7 lebih... Phone masih lagi kat tangan... berpinau mata dok membaca message kat whatsapp. Group kerja tau... Dalam group tu ada semua bos kat HQ... berhenti semayang magrib kejap, pas tu sambung semula... nampak tak komitednya KN ni... anak2 dah mengadu lapar dah. Biasa family KN sebelum magrib dah siap makan malam dah. Semalam dok online punya pasal, pukul 9 malam baru boleh makan. Mana tak nya... senduk tangan kanan, phone tangan kiri! Nasib baik tak termasak iphone sotong masak sambal! haha... cuma nak goreng telur dadar jadi telur dadar bakar! Hangus terbakar! Nasiblah labu!


Simple je lah... itu je yang boleh dipikirkan untuk masak kalau dalam keadaan stress ni... Itulah gaya seorang ibu dan kerja... orang lain pun keje jugak! Tapi tak de lah cam KN kot kan?

Tapi ok la... suami ngan anak2 puji je sedap. Tak tau lah kot nak ambik hati! haha...

Anyway, KN nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu2..



Terima Kasih

GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue


Assalamualaikum...

(Klik banner di atas untuk join)

facebook link : Nanie Dean
twitter id : Pernah create tapi tak pernah guna dan tak ingat password... hehe
instagram id : Tak ada


Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue!!


Terima Kasih

Wednesday, May 7, 2014

Pengumuman Pemenang 1st Mini GA by NaNie DeaN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan... hari ni KN akan umumkan senarai pemenang untuk 1st Mini GA by NaNie DeaN setelah cabutan dibuat semalam oleh anak KN.

Kepada para pemenang KN nak ucapkan TAHNIAH! kepada yang tak berjaya, jangan berputus asa untuk mencuba lagi nanti ye...

Meh kita layan dulu gambar Aiman membuat cabutan bertuah kepada 2 pemenang utama dan 5 pemenang cenderahati... Penentuan pemenang2 ini ditentukan mengikut turutan cabutan by Aiman.


Dan 

2 pemenang utama:
  Sebuah buku yang dipilih sendiri di MPH online berharga RM25 dan ke bawah



--------------------------------------------------------------------------- 

5 pemenang saguhati:
Cenderahati dari Terengganu



 


--------------------------------------------------------------------------------

SPECIAL GIFT
Oleh kerana mood KN baik sikit pagi ni maka KN nak kasi jugak sedikit cenderahati kepada seorang pengomen terbanyak setakat saat KN publish entry ini iaitu:


Tahniah!


Kepada para pemenang... sila PM butiran anda seperti di bawah ini di FB Nanie Dean.
(Cabutan lain akan dibuat sekiranya hadiah tidak dituntut dalam tempoh 2 minggu bermula hari ini)

Nama:
Alamat surat menyurat:
Email:
Phone No:
URL penyertaan:
Tajuk buku yang dipilih (untuk 2 pemenang utama sahaja):


TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG!

dan

Terima kasih kepada semua yang menyokong 1st Mini GA by NaNie DeaN untuk kali ini...

Wassalam



Terima Kasih

Tuesday, May 6, 2014

Schulte-Ufer Knives

Pernah dengar jenama pisau ni? KN baru je kenal. Itupun sebab selalu berbelanja di pasaraya Giant dan kebetulan pisau ni boleh redeem dengan harga yang murah kalau kumpul stamps. Rasanya ramai yang dah tau kot. Cuma kali ni je KN serius mengumpul stamp dan dah redeem sebilah (Santoku Knife 18 cm) berharga RM150. Dapat kumpul 50 stamps boleh beli dengan harga RM6.90 je. Kelas kan nama pisau... lebih kelas dari tukang masak yang nak pakai pisau ni nanti... hehe

Kalau nak ikutkan pisau ni German Branded. Tapi made in China. Nak jual murah kenalah buat kat negara yang kosnya rendah. Kalau nak yang betul made in German, kena bayar mahal sikit la... tak mampu la KN. Lagipun pisau je kot... tukang masak amatur pulak tu... hehe... kalau chef tu lainlah kan?

Bila sekali dah boleh redeem, cam best pulak. Apa lagi... bertungkus lumus mengumpul buat kedua kali. Tapi tak taulah sempat ke tidak. Due date untuk redeem 23 July 2014. Harap sempat lah kot. Kena bodek kakak ipar suh membeli kat Giant banyak sikit... pas tu cilok stamp dia... hehe

Jauh lagi nak redeem pisau kedua ni... stamps baru ada 7! Ada tak sape2 yang nak dermakan stamps dia kat KN, dipersilakan. 



Terima Kasih

Di setiap degupan jantungku ada kamu...

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi mendoakan KN dan sentiasa memberikan KN kekuatan untuk membendung rasa rindu yang teramat pada Anis (anak KN yang ketiga). Setiap hari sehingga hari ini naluri ibu ini masih rindukan dia... rasa cinta tak pernah pudar.

Alhamdulillah... sesungguhnya KN amat bangga bila Allah pinjamkan Anis walaupun hanya kurang 6 tahun. KN tahu Allah sayangkan KN dan suami. Kami insan kerdil yang jauh untuk menggapai syurga Allah. Tapi Allah dah ambil Anis untuk mendahului kami sebagai bidadari syurga... Syukur pada-Mu ya Allah!

Kepada kawan2 yang telah terbaca entry Maafkan mama! Adik terpaksa pergi dengan cara begitu! dan telah memberi semangat dan doa... KN buat entry ini khas untuk ucapkan jutaan terima kasih. KN sangat berterima kasih.


Terima Kasih

Monday, May 5, 2014

Tamat sudah 1st Mini GA by NaNie DeaN

Alhamdulillah... semalam telah berakhir 1st Mini GA by NaNie DeaN. Maka malam ni KN akan finalized semula senarai peserta dan cabutan untuk 2 pemenang utama dan 5 penerima cenderahati akan dibuat pada malam esok. Insyaallah...

Dengan itu, KN nak ucapkan semoga berjaya kepada semua peserta. Senarai pemenang akan diumumkan pada hari rabu 7 Mei 2014.

Bloglist untuk semua peserta akan diupdate dalam minggu ini.

Sekian.

#Tak dapat nak menaip panjang hari ni... asal malam je sakit kepala dan mata membengkak... huhu


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati