Saturday, May 10, 2014

Mari berkenalan...

Kepada sesiapa yang nak berkenalan dengan KN, sila baca ke bawah sampai habis... Kalau tak nak pun tak pe... tiada sebarang paksaan memandangkan KN buat entry ni suka2 je... hehe

KN adalah anak sulung daripada 8 orang adik beradik dan dilahirkan di Pulau Pinang. Membesar juga di Pulau Pinang. Pernah bersekolah di SMKA (P) Al-Mashoor. Pernah juga belajar di UiTM Arau (1994-1997), UiTM Shah Alam (1997-1999). Sekarang masih menyambung pengajian di MSU Shah Alam. 

Alam pekerjaan bermula pada tahun 2000 hingga sekarang dalam bidang pendidikan. (Nama jawatan dan tempat perlu dirahsiakan supaya tiada conflict of interest! hehe).

Berkahwin tahun 2000 ketika berumur 24 tahun. Agak muda jugak lah KN rasa. Dikurniakan 3 cahaya mata. Airin (2001), Aiman (2002) dan Anis (2005-2011). Alhamdulillah... masih bahagia bersama suami tercinta dan sekarang bermastautin di Terengganu (Dah jodoh dengan orang Terengganu). Cuma alamat mengundi je tak tukar lagi. Masih kat Penang.

Mula menulis blog ni pada tahun 2009. Tahun permulaan ni hanya 1 entry je yang sempat terbit. Insyaallah masih aktif hingga sekarang. Tujuan menulis hanyalah untuk suka-suka. Tiada niat terselindung dan yang paling utama, semua entry ditulis untuk tujuan menjadi kenangan (KN ni jenis orang yang cepat lupa). KN juga suka menulis perkara yang ringan untuk ditulis dan dibaca. Agak kurang sumber2 ilmiah. Ini adalah kerana pekerjaan KN secara semulajadinya pun dah banyak bergelumang dengan benda2 ilmiah...

Kalau nak ceritakan dari aspek personaliti... KN adalah seorang yang bermuka garang dan selamba. Pertama kali berjumpa dengan orang mesti orang akan cakap KN sombong! Tak salah orang... KN sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Sebenarnya KN ni seorang yang suka gelak... suami KN tau KN ni jenis yang happy go lucky tapi kadang2 cepat gelabah... dan selalu over dalam segala hal! Tak pandai memasak sangat... sebab tu dalam blog tak pernah share resepi... hehe... memasak hanya untuk suami dan anak2. Namun KN hanya menjadi diri sendiri... Insyaallah.

OK... itu sahaja nampaknya yang KN nak ceritakan pasal diri KN. Kalau ada sesapa yang pernah kenal KN secara live mungkin masa belajar2 dulu...  sila tinggalkan pesanan jika sudi...


Terima Kasih

14 comments:

  1. Saya uitm arau gak tahun 2002-2004.. Junior kn la kira

    ReplyDelete
  2. 1994 kita baru je lahir :)
    background cantik :D

    ReplyDelete
  3. Wah sama2 kenal mengenali ..
    Salam ukhuwah fillah KN ..

    ReplyDelete
  4. Selamat berkenalan kak Nanie. Nanti nak buat pengenalan jugaklah. Boleh? Hehe.. Hampir ala2 je kite.

    ReplyDelete
  5. Selamat berkenalan. Saya taklah panggil Nanie kakak, melihat kepada latar belakang Nanie, kita sebaya.

    ReplyDelete
  6. dah lama juga menjadi blogger . sis 2012 baru start ... semoga terus bersemangat utk menulis dan mengabdikan kenangan di sini .

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan akak..:)

    al mashoor perempuan, bekas sekolah ex-housemate husna jugak..

    ReplyDelete
  8. salam kenal sis.. cantik blog pink sis :)

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan kak nanie.. :) hehehe.. org penang rupenyee.. :)

    ReplyDelete
  10. Salam Kenal Nanie...Wahdah agak lama Blog nanie ni..dah masuk 6 tahun..tahniah nanie coz masih kekal berblogging.

    ReplyDelete
  11. Haaaa.. walaupun jiran baik,..ni baru kenal hahahaha... Salam kenal... :D
    Bagi saya, baca entri Nanie kat sini memang relaks dan selalu buat saya ketawa atau senyum sorang-sorang... kecuali baru-baru ni..huhuhu... like your writings... keep up the good work... Bila positif orang lain akan positif sama :D

    ReplyDelete
  12. Salam Kenal KN......Owhhh..org Penang upenyee..ikut hubby ye kat Ganu tuu....
    Xtau laa nape Sha pun dh nk melekat kt blog nii....apa2 pun salam persahabatan alam maya dari Sha...:D

    ReplyDelete
  13. dari penang ke terengganu ye kak=)

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati