Tuesday, May 6, 2014

Di setiap degupan jantungku ada kamu...

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi mendoakan KN dan sentiasa memberikan KN kekuatan untuk membendung rasa rindu yang teramat pada Anis (anak KN yang ketiga). Setiap hari sehingga hari ini naluri ibu ini masih rindukan dia... rasa cinta tak pernah pudar.

Alhamdulillah... sesungguhnya KN amat bangga bila Allah pinjamkan Anis walaupun hanya kurang 6 tahun. KN tahu Allah sayangkan KN dan suami. Kami insan kerdil yang jauh untuk menggapai syurga Allah. Tapi Allah dah ambil Anis untuk mendahului kami sebagai bidadari syurga... Syukur pada-Mu ya Allah!

Kepada kawan2 yang telah terbaca entry Maafkan mama! Adik terpaksa pergi dengan cara begitu! dan telah memberi semangat dan doa... KN buat entry ini khas untuk ucapkan jutaan terima kasih. KN sangat berterima kasih.


Terima Kasih

12 comments:

  1. Be strong..! Tabahlah ..!
    :'(

    ReplyDelete
  2. kak nanie seorg yg kuat.. :) be strong my sis.. :)

    ReplyDelete
  3. Allah tahu kak Nani kuat. Semoga Allah terus memberi kkuatan..

    ReplyDelete
  4. Masyaallah Kuatnya akak dan suami menghadapi dugaan ni..

    ReplyDelete
  5. Lerr... kan dah nak nangis lagi bila baca entri ni... saya tak boleh lah ...teringat cerita dalam entri tu... Bukan tak pernah face pengalaman macam ni dengan kawan-kawan atau kenalan tapi, pengalam KN ni... cukup-cukup terasa lah!... Dan saya bukan jenis mudah nak mengalir air mata ni... hmmmm... Walaupun ianya satu hikmah yang besar, saya harap Allah tak uji saya dengan pengalaman macam tu ... Ya Allah...

    ReplyDelete
  6. besar dugaan nanie dan keluarga..moga terus tabah yaa sis

    ReplyDelete
  7. Stay strong kak. Siapa yg tak rindukan anak kan. Tapi akk bertuah sbb dah ada bidadari syurga yg sedang menunggu di SANA nnt.

    Al-fatihah.

    ReplyDelete
  8. Bidadari syurga menunggu akak di sana.. keep strong ye

    ReplyDelete
  9. Bersabar.. dan tabah.. sesungguh nya setiap kejadian itu ada hikmah nyer..
    Dan orang yg bersabar yakin la ada balasan baik bagi mereka... saya doakan terbaik untuk akak..

    ReplyDelete
  10. tak semua boleh bersabar atas ujian ini, akak antara insan terpilih. Allah takkan uji kita melebihi apa yang kita mampu :)

    ReplyDelete
  11. Setiap ujian Allah pasti ada hikmah disebaliknya...So stay Strong nanie..

    ReplyDelete
  12. Insya-Allah dia akan menunggu IBU dan BAPA nya di Jannah nanti...banyak2kan berdoa dan bersedekah ...

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati