Thursday, April 24, 2014

Nasi Minyak Pok Mang

Pagi yang indah bertemankan radio hotfm yang membuatkan hari KN ceria hari ni dengan keletah AmCrew... Ditambah lagi dengan breakfast yang sangat mengancam hari ni. Nasi minyak kedai Pok Mang (Man). 

Sebenarnya KN ni jenis yang sangat kekok nak bercakap dengan loghat orang negeri lain selain dari loghat utara. Masa mula2 pindah ke Terengganu, orang kat kedai semua pandang pelik bila KN order makanan guna bahasa baku. Ye lah... suami KN orang Terengganu. Tapi tak pernah cakap dengan loghat terengganu pun ngan KN dan anak2. Kitaorang cakap kay-el ok! Hahaha berlagak sangat! Sebab musababnya mestilah dia lama dah duduk KL, kami berjumpa masa di KL dan kami pernah menetap di Ampang agak lama jugak (lebih 10 tahun). Anak2 pun memang dah biasa lah cakap KL sebab bertahun sekolah kat sana.

Ok... now, KN dah biasa sikit2 nak cakap loghat terengganu. Sikit2 la. Still kat rumah guna loghat biasa. Anak2 pulak, kat sekolah dah mula pandai nak cakap terengganu. Kot ye pun nanti mestilah kena ejek ngan kawan2 kan? Berlagak katanya!

Ni lah rupanya nasi minyak pok mang tu berlaukkan daging masak merah. Memang mabeles sangat! Lepas breakfast ni mulalah mata tu nak layu layuan.



Terima Kasih

23 comments:

  1. perghhh!!! sodap.bekpes kat ganu mesti nasik kan?kenyg la mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengenyang dan menggemukkan! hehe...

      Delete
  2. ouchh sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. nampak menyelerakan...lapar pulok...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... boleh la... tapi kalau hari2, boleh dapat penyakit 3 serangkai ni... hehe

      Delete
  4. kak nanie.. dh terliur dh nie.. sape nak jawab..hahahah.. marbeles betul nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau dtg Trg, bagitau...Kak Nanie bawak gi makan kat situ!

      Delete
  5. wah sedapnya nanie..lauk tu melting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat... boleh buat kita termimpi2! hehe

      Delete
  6. Simple je kan tapi daging tu nampak mengancam je...

    ReplyDelete
  7. macam awok jugak le...masa mula belajo kat luo...dan koje kat luo..... payah nak bertuko slang nye..... masih jugak pekat Perak nye.... nak buat macam mana kan... udah itu yang lekat kat lidah kita.....

    sedap beno nampaknya tu... tambah pulak awok kome pukoi 2.00 petnag ni....sabo je le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe... practice makes perfect... takut lama2 balik Perak pun tersyasyul slang KL! hehe

      Delete
  8. pagi-pagi dah kena nasi minyak... :D
    memang power tu...
    tengahari ni kena nasi kukus pulak mmmhphhh bestnyer...
    rindu kat tengganu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kukus pun best... tapi lama dah tak makan.

      Delete
  9. makk aihh sedapnyaa.. terliur cha tngok

    ReplyDelete
  10. Wah lezatnya, jadi pengen makan nih :D

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dan salam singgah Nanie...menyelerakan pula nampak nasi Minyak Pok Mang ni...

    ReplyDelete
  12. tutup mata.. teguk air liur je tengok gambar ni... T^T

    ReplyDelete
  13. Kak Nanie....Sha mula rindu nk balik kmpung.......huwaaaaaa

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati