Wednesday, April 16, 2014

Tips membeli belah secara online

Tetiba je KN dah nak bagi tips pulak kan? Ni atas permintaan adik Anizz... dah lama mintak tips nak beli online kat entry NI... ni akak KN baru berkesempatan nak share!

KN memang sangat berhati2 kalau nak shopping online... kat bawah ni adalah beberapa perkara yang memang KN pertimbangkan kalau nak buat shopping online...

1. Shopping guna website yang famous2 je... jangan shopping guna search engine. Agak bahaya! Kalau biasa KN shopping online kat Groupon ke... Milkadeal ke... kalau kat fb, KN akan pastikan ada member dah pernah beli dengan penjual tu atau orang tu memang KN sendiri kenal.
 
2. Lebih selamat lagi, kalau nak beli guna debit/credit card pastikan website tu ada SSL (secure sockets layer). Macamana nak tau? Kat address web tu akan mula dengan https:// (bukan hanya http://) dan kat tepi alamat tu jugak ada ikon padlock.


3.  Jangan dedahkan terlalu banyak butir peribadi kita masa shopping tu. Kalau nampak tanya pelik2 sangat dan tak de kaitan dengan pembelian kita, baik batalkan saja niat nak membeli.

4. Sila semak penyata debit/credit card dengan kerap secara online. Sebab takut tersalah atau terlebih charge atau kad kita di'fraud' (suka suki hati aku je combine2 perkataan kan). KN tak pasti kalau credit card sebab rasanya statement akan dapat setiap bulan. Tapi kalau debit card, boleh je nak check setiap saat pun kat online banking!

5. Kalau perlu create password untuk online shopping atau banking, pastikan pasword kita tu kuat. Rasanya yang ni semua orang tau kot... tapi biasa je password kita letak tarikh birthday kan? Konon takut kita sendiri lupa. Sila elakkan ok? Buat password canggih2 sikit. Tapi jangan tak ingat sudah!

6. Jangan shopping online selain daripada kat komputer sendiri. Elakkan guna komputer public contohnya kat cyber cafe.

7. Wifi pun kalau boleh guna yang private punya. Kalau yang public wifi tu agak bahaya.

8. Pilihlah barangan yang sesuai sahaja untuk dibeli secara online ni... Bagi KN kalau barang2 yang ada kaitan dengan saiz dan sebagainya, memang KN tak beli lah. Sebab takut kalau ada yang tak kena, satu pekdah pulak nak kena tukar bagai. Biasanya kos pulangkan balik barang tu pembeli yang akan kena bayar. Tapi terpulanglah kepada pilihan sendiri... kalau dah berkenan sangat nak buat camana kan?

Rasanya tu je yang penting yang KN akan buat sebelum buat pembelian secara online nih. Alhamdulillah setakat ni belum terkena lagi. Harapnya takkan terkena lah kan? Kalau ada sesape nak tambah atau nak betulkan, sila komen ok?

Sumber


Terima Kasih

6 comments:

  1. thanx a lot kak nanie share.. :) kena bookmark entry kak nanie sebab senang nak buat rujukan ciri2 semua nie..hehhee.. berguna utk mase depan..hee.. :D

    ReplyDelete
  2. setuju sangat entry ni kak nanie:)

    ReplyDelete
  3. waa.. good tips... boleh bantu sapa-sapa yang bercadang nak buat pembelian secara online... btw... kalau nak shopping kat ZALORA... bab size tu dia dah bagi detail explanation macamana nak tentukan ketepatan supaya senang... so follow panduan dia sekali saja... dan boleh guna bila-bila nak shopping lain kali. Shopping kat zalora ok... diskaun pon banyak :D huhuhu...

    ReplyDelete
  4. noe biasa beli tudung n loose blouse...klu jenis yg ada size tu x confident nk beli..btw...good tips KN

    ReplyDelete
  5. terima kasih di atas perkongsian tips membeli belah secara online ini.. aiza jarang membeli barangan secara online..

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati