Wednesday, April 2, 2014

Keluarga vs Kerjaya

Di antara kedua-duanya, yang mana perlu diutamakan? Dalam kes KN ni, susah nak rankingkan kedua-dua ni. Ibarat diluah mati bapak ditelan mati emak! 

Kepercayaan yang diberikan oleh boss adalah sama berat dengan tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai isteri, ibu dan anak. Hinggakan kadang2 keliru yang mana perlu diutamakan dulu bila 24 jam yang dikurniakan Allah rasa tak cukup!

Bila usia berganjak dengan cepat, manakala kudrat semakin merosot... lagilah KN rasa susah. Terasa masa lebih banyak dihabiskan di ofis berbanding di rumah. Bila balik rumah, badan dan otak dah terasa penat sangat... maka, kerja rumah tangga banyak yang tertangguh.

Alahai... bilalah semuanya ni akan berakhir??? Agaknya KN kena pergi bengkel pengurusan masa ni... huhu




Terima Kasih

15 comments:

  1. sabar ye kak nanie... semoga ALLAH permudahkan urusan kak nanie.. :)

    ReplyDelete
  2. betul tu..balik rumah kdg2 badan dah penat..kerja lain jadi tertangguh..tak kerja susah , kerja pun payah jugak...

    ReplyDelete
  3. saya pernah alami perkara ni. sy uatamakan kerjaya, balik lewat malam,siapkan keje opis, sampai keluarga jatuh nom 2. tapi apabila sesuatu yg menimpa sy, bru lah sy faham..keluarga perlu sy utamakan. bila banyak baca buku motivasi dan rujuk dngn yg pakar,alhamdulilah..sy tenang dengan apa yg dilalui sekrg. seimbang keduanya dan insyallah dengan izin allah swt. amin

    ReplyDelete
  4. nostalgia setiap orang di alaf ini... bila kerja menuntut setiap pengorbanan... sekali fikir... pekerjaan tu manusia yang cipta... manusia tu pun berkeluarga... tetapi banyak unsur-unsur kekeluargaan sudah dikurangkan... ada sesetengah pekerjaan sampai terpaksa bawak balik rumah... depan suami /isteri buat kerja...
    (kalau tak ada orang yang extreme suruh orang buat kerja... tentu ramai yang senang hati)

    ReplyDelete
  5. Walau apa pun letakkanlah keluarga ditempat yang pertama... Hanya mereka yg akan bersama dikala susah senang dan penyambung doa apabila sudah tiada kelak.

    ReplyDelete
  6. Sebagai isteri, kerja itu bukanlah wajib, di mana tanggungjwb sbg isteri ke arah suami & anak2x...

    Sis, for me kan, fokus pd family lagi penting, ok... =D

    tp kan...well, zaman sekarang ni...dua-dua penting... hehe

    ReplyDelete
  7. kedua-duanya penting...
    nway..jemput join GA ida
    http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/simple-1st-giveaway-blog-kisah-kita.html

    ReplyDelete
  8. Memang berat bila kita dah jadi org kepercayaan bos.Smoga urusan dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dan salam singgah Rabu di sini Nanie...semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah kalau dapat balance kedua-duanya kan Nanie..amanah Allah tu..semoga dipermudahkan ya...

    ReplyDelete
  11. samalah KN. syukurnya sbb suami sy cikgu byk masa spend dgn anak2. saya mngaku anak2 lebih rapat dgn babah dia drpd saya..tp terpaksala.. : (

    ReplyDelete
  12. sabar ya nanie..semoga dipermudahkan segala urusan.. keluarga memang penting..tidak dinafikan lagi... namun, dunia kini..kerjaya juga agak penting untuk menampung perbelanjaan yang semakin meningkat..

    ReplyDelete
  13. pada pandangan aiza, keluarga tetap no.1.. namun kerjaya juga perlu diberikan perhatian.. semoga dipermudahkan oleh Allah untuk menjalani rutin kerjaya dan rumahtangga..

    ReplyDelete
  14. bila otak penat , maka badan juga akan jadi penat ... kat rumah , keluarga lbh ptg ...

    ReplyDelete
  15. pada noe keluarga paling utama...cuma bila ada kerjaya ni...pengurusan masa amat penting....

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati