Friday, October 29, 2010

Buntu bila aku dan suami kena outstation waktu yang sama!

Rasa sangat susah bila sampai waktu2 cam ni... kenapa la myhubby pun kena pegi outstation masa2 kritikal cam ni... masalah aku sekarang ni adalah... tak de orang yang nak jaga anak aku yang bongsu sekali nih! Aduh! tetiba rasa nak marah kat myhubby sebab masa ni jugak lah dia nak kena outstation! tapi kesian pulak... bukan salah dia. Dia pun keje jugak... lainlah kalau dia suri rumah kan????

Tiket flight aku esok pagi kul 8.30 am... nak kena pegi ngadap bos besar kat HQ untuk bentangkan result student2 aku. Naik seram sejuk pulak sebab takut ada benda tak complete. Waktu nak kena mengadap senate ni la waktu yang paling menyeramkan aku sebagai seorang staf akademik!

Myhubby pulak hari ahad malam nak kena bertolak ke KL. Nak mintak tolong mama kat kg, dia tak dapat datang Trg sebab ada hal yang tak dapat dielakkan! Nak mintak tolong adik kat KL, dia pulak baru disahkan mengandung! Anyway tahniah untuk adik aku ni... aku tumpang gembira sebab baru2 ni dia dah keguguran... dan dah mengandung semula... Ma mertuaku pulak dah pegi rumah kakak ipar aku, memang tak dapat la nak mintak tolong... Aduyaiiii!

So, aku sekarang ni masih berfikir2 siapa lah yang akan jaga anak2 aku ni... dah sakit kepala pasal keje... tambah pulak masalah lain... kekadang rasa nak berenti je keje... jaga anak2 kat umah! Bleh???


Terima Kasih

Thursday, October 28, 2010

Melakar nama baik di tempat kerja!

Macamana nak melakar nama baik di tempat kerja? Aku ambil formula ni dari satu majalah. Tapi dah tak ingat majalah apa... maklumlah tumpang baca majalah orang je. Tak suka beli sendiri! Pernah jugak aku brief staf baru benda ni. Moga boleh sama2 amalkan!

1. Mengamalkan budaya salam dan etika kerja yang baik.
(BE le tu ye kengkawan!)

2. Mengamalkan budaya bekerja berkumpulan.
(Jangan asyik pentingkan diri sendiri je! kalau nampak kawan tungging terbalik nak siapkan kerja tu... tolong lah ye? tapi kalau memang dia sendiri yang malas buat keje dia, abaikan!)

3. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
(biasanya yang ni susah sikit, kalau time nak marah!)

4. Pandai mengawal emosi dan tekanan.
(emm... sendiri mau ingat la!)

5. Memanfaatkan teknologi sebaiknya.
(Ha! yang ni aku suka... tapi jangan asyik berfb sampai tak ingat dunia ye...)

6. Berani tonjolkan bakat.
(sesuai bagi orang yang gila kuasa!)

7. Elakkan bergosip dan mengumpat.
(hehehe... akan ku cuba sedaya upaya!)

8. Sentiasa berfikiran positif dan terbuka.
(ye! termasuklah bila bos kita bagi kerja yang bertimbun2! hehehe - aku akan cuba tersenyum!)


Terima Kasih

Aku dapat iPhone4! Bestnya!!!

Itupun kalau ada insan yang baik hati yang nak bagi kat aku la kan??? hehehe... (ada sikit2 nak bagi hint kat hubby tercinta). Bahagian berangan memang boleh bagi kat aku la... Tapi memang aku teringin sangat! Suka dengan gadget2 cam tu...

Pernah gak mintak kat my hubby secara terus terang... die buat 'dek' je... cesss! sampai hati!

Agaknya... kalau la aku nak beli sendiri, (dengan nada jauh hati) yang mana satu jadi idaman kalbu?



@



Terima Kasih

Wednesday, October 27, 2010

Novel Chinta

Rasanya dah lama jugak aku beli novel ni... sayangnya belum sempat nak baca! Busy punya pasal... masih tertanya2 best tak cerita ni??? Tebal jugak novel ni ada 728 m/s. Tapi kalau dah start, satu malam je aku dapat abiskan! Biar tak tido pun!



Sedikit sinopsis...
Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada siapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita... Dan dia tak pernah percaya pada cinta sehinggalah Chinta hadir dalam hidupnya...

Macam best tak???

Apa2 pun setakat ni buku yang kat bawah ni aku paling suka. Sampaikan aku tak pulangkan balik buku yang aku sewa kat kedai ni...


Pesanan Terakhir Seorang Lelaki


Yang penting... penulisnya tetap orang yang sama! Norhayati Berahim



Terima Kasih

Aku yang tak tido malam ni!

Sebabnya kalau aku tido malam ni... keje aku takkan siap. Kalau aku tak tido sekalipun... tak tentu keje aku boleh siap! So agaknya mana satu lebih baik? Tido ke tak? Aku serahkan pada takdir aku je la...


atau aku terpaksa tido cam ni???


Terima Kasih

Monday, October 25, 2010

Aku menang 5,000 pound sterling!

Camana aku boleh menang? Akaun email aku terpilih! Daripada Syarikat Coca Cola yang based kat UK... Dalam email tu dia mintak Nama, alamat dan sedikit butiran peribadi aku je... sebab nanti akan ada orang datang antar check tu kat aku... terkejut beruk gak la bila mula2 terbaca email tu... isy... sape tak suka kalau free2 je dapat duit banyak tetiba kan??? Cam dapat durian runtuh la! Mujur lah aku masih ada otak yang waras! Otak yang masih boleh berfikir... sape la yang bodoh sangat nak bagi duit kat aku mudah cam tu kan??? hehehehe...

Masih tak puas hati dengan email tu, aku pun buat lah siasatan sendiri... bukan la sampai aku pegi UK atau call Coca Cola... aku search kot internet je... rupa2nya... ni semua sindiket yang nak perangkap orang yang cepat terpedaya... dia akan mintak alamat kita sebab dia bukan nak antar check pada kita! Tapi dia akan antar bil atas nama kita! Kononnya bil penghantaran! Ada jugak la orang yang boleh pikir nak jadi kaya dengan cara cam ni...

Yang paling aku tak tahan tu... nama pengurus yang antar email kat aku tu nama orang islam... Ni memang nak rosakkan nama orang islam... ini kisah yang benar terjadi pada aku baru2 ni... aku cuma nak share supaya tak ada lah orang yang akan tertipu... ingatkan nak dapat duit! Tapi tak pasal2 kena keluarkan duit!

Tak sangka pulak aku insan yang terpilih! Itu cerita kali kedua ada cubaan menipu aku... kali pertama terjadi awal tahun 2010. Satu hari ada orang call aku dia cakap nama dia Hj. ....... aku dah tak ingat! Kononnya daripada Syarikat Power Root. Dengar suara pun aku dah tau dia nak menipu! Suara Bangla mana ntah! Aku teringin gak nak tau camana cara dia nak menipu... sebab selama ni dengar kat radio dan paper je ada orang jahat cam ni... so aku pun layan je la... Dia cakap aku pernah isi borang masa jalan2 kat satu pasaraya ni, so borang aku terpilih! Kira aku menang RM5,000. Dalam hati aku cakap, bila masa pulak aku isi borang tu... tapi tak pe... aku dengar je lah dia nak cakap apa... pas tu dia tanya aku pakai bank apa? Aku tanya dia balik... dia nak bank apa sebab semua akaun bank pun aku ada! (ini statement betul! semua bank aku ada akaun... tapi semua akaun tak de duit! kuikui).

Lepas dia tanya pasal akaun tu, aku pun nak tunjuk la yang konon aku ni cerdik la... aku tanya dia... buat apa nak tahu pasal akaun bank saya... tak pe lah... nanti saya call Syarikat Power Root dulu untuk confirmkan... Pas tu cepat je dia cakap yang dia tak nak nombor akaun... cuma dia mintak aku pegi kat mesin ATM sambil dia cakap ngan aku dalam talipon tu... kononnya dia nak suruh aku pastikan duit RM5000 tu masuk dalam akaun aku! Ces! Aku memang malas nak layan! Confirm penipu! Aku pun cakap la kat dia... tak pe lah... saya tak de masa nak pegi mesin ATM! Duit RM5000 tu aku bagi free je kat dia! hehehehe... tau tak apa dia cakap kat aku??? Dia mencarut kat aku tak hingat!!! Kurang ajar betul mamat bangla nih!


Terima Kasih

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Rasa macam loya dan nak muntah sangat bila tengok report yang aku kena buat dah berminggu lamanya... Bosan tak tau nak cerita!!!!

Last2 jadi blur yang teramat! Tak tau nak mula yang mana dulu... Hari rabu nak present, hari ni baru bagi template baru???? Ingat aku robot? Dah berminggu naik biol aku dan PM sekelian buat report... alih2 kena transferkan sume data ke template baru? Memang terberanak la PM aku yang sorang tu...

Sakit kepala aku!!!!


Terima Kasih

Friday, October 22, 2010

Sesi buat report bertukar ke sesi update blog!

Dah lama rasanya sebelum hari ni aku tak update blog aku yang macam dah nak kusam... tetiba malam ni dalam kesibukan melayan kerenah anak2 menangis kiri kanan... dalam kesibukan membelek keje opis yang memang bertimbun2... aku tinggalkan semuanya untuk mengupdate blog aku yang dah lama aku tak jengok ni... bila dah naik syok cam ni mula la macam2 idea timbul... sejak seminggu lalu hidup aku penuh dengan kekusutan! Minggu yang sangat busy! ditambah pulak dengan kekusutan fail ujian memandu... buat aku betul2 hilang mood! Mujur ada suami dan kawan2 di sisi yang sudi mendengar cerita2 sedih aku... Tak kurang juga yang memberi semangat dan berdoa semoga semua kekusutan aku seminggu ni akan selesai tak lama lagi...

Dalam aku menulis entry ni... terbaca pulak email yang kurang penting dalam seminggu ni yang aku belum sempat baca pasal annual dinner opis aku bulan 12 nanti... kena buat movie??? Biasanya benda2 cam ni memang bukan bidang aku la... nak kena berlakon la pulak... jadi pak pacak pun belum tentu aku sanggup!



Terima Kasih

Naik Juling Mata!

Mata aku yang dah sedia sepet ni nak tambah jadi juling dah pulak! Menengokkan kat report ER & DT yang aku terpaksa siapkan menjelang esok! HUWAAAAA!!! Mujurlah ada PM2 dan PA tak bertauliah yang banyak tolong aku... kalau tak bukan setakat juling... tercabut agaknya bijik mata aku ni... Kepada kengkawan yang banyak membantu TQ yer....


Terima Kasih

Aku yang kandas di Jalan Raya

Bila terkenang balik memang tak de mood dan frust! Boleh pulak kandas jalan raya... bukit, parking, jalan mati aku boleh buat pulak dengan jayanya! FRUST! FRUST! FRUST!

Hari isnin ni penentu terakhir samada aku dapat lesen ke tak... KALAU TAK???? kena le aku ulang balik test undang2... dan yang paling tak tahan kena ulang bayar! RM1000 melayang lagi... Semoga niat baik aku direstui... huhuhu... Juga semoga aku lebih bersedia, lebih yakin dan ditambah sedikit rayuan pada pegawai JPJ yang nak test aku nanti bleh? hehehehe...



Terima Kasih

Thursday, October 7, 2010

Tetiba Hujan! Bestnya Tido!

Dah dekat 2.30am. Aku tak tido lagik! Actually, bukan tak tido lagi... aku baru je bangun kul 1.30am tadi setelah semalaman aku tido! hehehe... Apa yang penat sangat hari ni ntah le... Nak kata penat buat report? Buat report bukan pakai tulang 4 kerat pun...

Sambil berblog... sambil basuh baju... sambil menguap lagi... sambil rasa cam nak tido balik... cam best je sebab tengah hujan... mood nak tido pun datang balik... No! No! No!

Flight khamis 8.30 am... ada meeting kat Shah Alam...kena siapkan report untuk present masa retreat... pastu baju sekolah anak nak kena siapkan dulu untuk sekolah hari ahad dan isnin... confirm aku tak balik lagi masa tu... Mr Hubby kena tolong jaga anak2 lah ye... Tq...



Terima Kasih

Lembabnya Internet Malam Nih!

Tengah ada mood nak try BW ni, internet pulak buat hal... lembab gila! Nak suruh aku upgrade la tu... hisyyy!! Bosannya menunggu!



Terima Kasih

Wednesday, October 6, 2010

Akibatnya kalau garang sangat!

Terseyum sendiri bila terbaca lawak ni... rasa klakar!

Alkisah seorang suami yang ada penyakit kencing manis... sang suami ni pulak adalah seorang yang amat garang jadi sangat takutlah si isteri terhadap suaminya.

Satu hari sebelum pergi ke hospital untuk diperiksa tentang penyakit si suami, dia kena le bawak air kencing dia ke hospital... jadi setelah selesai menyelenggara, si suami ni tertinggal la bekas air kencing tadi di bilik air. Tetiba masuk lah si isteri tadi dalam bilik air sebab sakit perut yang teramat sangat. Tanpa disengajakan, si isteri ni dah terjatuhkan bekas air kencing si suami ni. Alamak! si isteri dah panik sangat. Oleh kerana takut kena marah, si isteri pun gantikan dengan air kencing dia. Selamat!

Sesampai je kat hospital, si suami pun serah le bekas tadi pada nurse dan nurse tanpa menunggu, menjalankan tanggungjawab dia seperti biasa. Tidak lama kemudian, si suami pun dipanggil masuk dalam bilik doktor. Si suami pun tanpa berlengah bertanya kepada doktor tentang penyakit dia... tahu apa doktor tadi jawab???

"Tahniah! Anda mengandung!" Terkejut beruklah si suami tadi...

Hehehe...



Terima Kasih

Tuesday, October 5, 2010

Thank You to ~Mama RiFqy~

Opps! terlupa nak ucapkan terima kasih bebanyak pada mama Iqy ni sebab dengan sabar dan berwibawanya telah mengajar aku banyak benda pasal blog ni... hingga aku sampai ke tahap suam2 kuku ni... Nanti bila senang nanti sambung tutorial lagi ye...


Terima Kasih

Mujur tak langgar motor! ketar lututku...

Semangat sangat la aku ni nak bawak kete hubby aku... walaupun dengan rasa berat ati... die bagi jugak aku bawak kete tu. Aku dengan confident level hanya 60%, buat2 berani... pada hal baru ada lesen L. Kalau aku tak buat2 berani sampai bila aku nak pandai bawak kete kan??? Umur dah matang... buat malu betul... Tapi masalah aku, bukannya aku takut nak bawak kete sangat... tapi lebih takut kat hubby aku yang garang gile kalau ajar aku bawak kete... demi terkejut kat hubby aku, aku hampir nak redah motor masa nak masuk simpang... tapi alhamdulillah... masih dalam kawalan dan kami semua sama2 terselamat malam ini...

Tak sabar nak tunggu 18 Oct 2010... tarikh yang akan menentukan aku berjaya atau tidak untuk dapat lesen P... hehehehe...


Terima Kasih

China vs Unpaid Leave

Sangat teruja nak ikut hubby pegi China. Tapi perlu korbankan sebahagian daripada gaji aku sebab cuti dah abis dan aku kena cuti tanpa gaji... lima hari pulak tuh! huhuhu... yang mana satu yang aku nak korbankan? Nak pegi China atau nak kena potong gaji? Kena buat sembahyang istikharah ke?



Terima Kasih

Saturday, October 2, 2010

Ada Rama-Rama Dalam Perut!

Berdebar lah pulak rasanya dalam semangat yang berkobar2 nak ambik lesen... Hari ni kul 2 petang aku akan start belajar kete balik setelah aku tinggalkan bangku kereta sekolah memandu pada bulan 7 tahun lepas. Isy... ingat tak lagi camana nak start kete... nak masuk gear... jalan A, B atau C... camana nak berenti kat atas bukit... nak parking... nak buat u turn... masihkah aku ingat??? Bila ingat semua tu... mula lah cam nak cari alasan nak mengelak! aduh! got butterfly in my stomach!



Terima Kasih

Siapa Sepak Kucing Itu?

Saje nak kongsi cerita yang boleh ingatkan diri aku sendiri dan sesiapa yang sudi nak baca...


“Meoww!!!” seekor kucing menjerit kesakitan.
Malam itu malam yang malang buat si kucing. Dia tidur dengan kesakitan dan kemarahan. Perutnya senak disepak tanpa hujung pangkalnya.

“Apa salah aku?” menung si kucing di balik almari.

PETANG ITU

“Kenapa awak lewat fakskan dokumen tersebut?” tanya seorang CEO kepada setiausahanya. “Err, Pengurus Jualan lewat menyerahkannya kepada saya” jawab beliau. Terketar-ketar.
“Ahhh! Macam-macam alasan awak. Saya bosan mendengarnya. Pergi semula kepada Pengurus Jualan dan betulkan dokumen tersebut. Sudahlah lewat. Salah pula tu!” bentak bos besar.
Marah sungguh.

Setiausahanya dengan muka yang merah padam meninggalkan pejabat beliau menuju kepada Pengurus Jualan.
“Itulah tuan! Tuan yang lewat serahkan dokumen tersebut, saya pula yang kena marah. Dokumen salah pula tu!” kata Setiausaha CEO tersebut.

Pengurus Jualan terkejut.
“Awak kalau nak berurusan dengan saya, ketuk pintu dahulu. Itu pun awak tak tahu ke?” Pengurus Jualan meninggikan suara.
“Ahhh! Sudahlah. Ketuk pintu ke, tak ketuk pintu ke, Tuan tetap lewat serahkan semuanya kepada saya. Ambil dokumen ini dan betulkan semula!” Setiausaha CEO menghempas segenggam dokumen itu ke meja.

Beliau terus meninggalkan Pengurus Jualan.
Sama-sama marah.
Petang itu sungguh tercemar bagi Pengurus Jualan. Geram dengan sikap Setiausaha CEO yang tidak tahu berbudi bahasa. Geram dan marah dirinya diburukkan lagi oleh kesesakan jalanraya luar biasa.
“Aduh! Sempatkah aku kejar siaran Berita malam ini?” Pengurus Jualan sudah bengang.

Kemungkinan besar beliau tidak sempat melihat siaran temuramah siaran Berita TV10 dengannya siang tadi. Tiba di rumah, jam sudah mencecah 8:30 malam. Sebaik sahaja beliau melangkah masuk ke rumah, isterinya dengan wajah berkerut di dahi menunggu di ruang tamu.
“Kenapa dengan awak?” tanya Pengurus Jualan kepada isterinya.
“Abang pakai baju comot sangat di televisyen tadi. Kawan saya telefon. Katanya saya tak jaga makan pakai suami!” kata sang isteri yang sebenarnya mahu bergurau dengan suami.
“Ahhh! Aku banyak masalah, itu pula yang disibukkannya! Makan malam dah siap ke???” tengking si suami yang sedang baran.
Si isteri sangat terkejut dengan amarah suaminya malam itu. Niat asal mahu bergurau berubah menjadi musibah. Tanpa banyak bicara beliau segera menuju ke dapur.
“Mama, tengok lukisan Adam! Cantik tak?” tiba-tiba si anak muncul di dapur dengan sekeping lukisan di tangan.
“Ahhh, sibuk sahaja kamu ni. Lukisan, lukisan, lukisan. Menghabiskan kertas A4 sahaja. Pergi naik atas buat kerja sekolah!” si ibu menengking anaknya.
Adam sungguh terkejut. Tidak sangka lukisannya berakhir dengan kemarahan si ibu.
Tiba-tiba kucing kesayangannya datang menggosok-gosokkan badan di kaki Adam.
“Meowww!!!” kucing itu menjerit.
Adam menyepak si kucing dengan penuh kemarahan.
Soalannya, siapakah sebenarnya yang menyepak si kucing malang itu?

Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!” [Hadith riwayat al-Bukhari]
Besarlah pahala suami, isteri, anak, malah majikan, atau setiausahanya yang berjaya memberhentikan musibah berantai ini.

dipetik dari web saifulislam.com


Terima Kasih

Selamat Hari Lahir Abang...

zwani.com myspace graphic comments
Free Twitter Backgrounds


Abang...


Tak ada hadiah mahal nak bagi kat Abang...
Tak ada banyak duit nak belanja Abang kat hotel untuk sambut birthday Abang...

Cuma...
Nanie nak ucapkan jutaan terima kasih pada abang sebab...

Sudi jadi suami Nanie dah lebih 10 tahun...
Sayang Nanie sepenuh hati Abang...
Sangat sabar melayan kerenah Nanie yang kadang2 menyakitkan hati...
Jadi papa yang baik untuk anak2 kita...

Dan...
Maafkan Nanie juga sebab...

Tak dapat jadi isteri yang cukup sempurna buat Abang...


Akhir kata...
Hanya satu yang Nanie nak Abang tahu...
Walaupun Nanie tak selalu luahkan...

"Nanie Sangat Sayang Abang"
Lebih daripada yang Abang tahu...




Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati