Monday, October 25, 2010

Aku menang 5,000 pound sterling!

Camana aku boleh menang? Akaun email aku terpilih! Daripada Syarikat Coca Cola yang based kat UK... Dalam email tu dia mintak Nama, alamat dan sedikit butiran peribadi aku je... sebab nanti akan ada orang datang antar check tu kat aku... terkejut beruk gak la bila mula2 terbaca email tu... isy... sape tak suka kalau free2 je dapat duit banyak tetiba kan??? Cam dapat durian runtuh la! Mujur lah aku masih ada otak yang waras! Otak yang masih boleh berfikir... sape la yang bodoh sangat nak bagi duit kat aku mudah cam tu kan??? hehehehe...

Masih tak puas hati dengan email tu, aku pun buat lah siasatan sendiri... bukan la sampai aku pegi UK atau call Coca Cola... aku search kot internet je... rupa2nya... ni semua sindiket yang nak perangkap orang yang cepat terpedaya... dia akan mintak alamat kita sebab dia bukan nak antar check pada kita! Tapi dia akan antar bil atas nama kita! Kononnya bil penghantaran! Ada jugak la orang yang boleh pikir nak jadi kaya dengan cara cam ni...

Yang paling aku tak tahan tu... nama pengurus yang antar email kat aku tu nama orang islam... Ni memang nak rosakkan nama orang islam... ini kisah yang benar terjadi pada aku baru2 ni... aku cuma nak share supaya tak ada lah orang yang akan tertipu... ingatkan nak dapat duit! Tapi tak pasal2 kena keluarkan duit!

Tak sangka pulak aku insan yang terpilih! Itu cerita kali kedua ada cubaan menipu aku... kali pertama terjadi awal tahun 2010. Satu hari ada orang call aku dia cakap nama dia Hj. ....... aku dah tak ingat! Kononnya daripada Syarikat Power Root. Dengar suara pun aku dah tau dia nak menipu! Suara Bangla mana ntah! Aku teringin gak nak tau camana cara dia nak menipu... sebab selama ni dengar kat radio dan paper je ada orang jahat cam ni... so aku pun layan je la... Dia cakap aku pernah isi borang masa jalan2 kat satu pasaraya ni, so borang aku terpilih! Kira aku menang RM5,000. Dalam hati aku cakap, bila masa pulak aku isi borang tu... tapi tak pe... aku dengar je lah dia nak cakap apa... pas tu dia tanya aku pakai bank apa? Aku tanya dia balik... dia nak bank apa sebab semua akaun bank pun aku ada! (ini statement betul! semua bank aku ada akaun... tapi semua akaun tak de duit! kuikui).

Lepas dia tanya pasal akaun tu, aku pun nak tunjuk la yang konon aku ni cerdik la... aku tanya dia... buat apa nak tahu pasal akaun bank saya... tak pe lah... nanti saya call Syarikat Power Root dulu untuk confirmkan... Pas tu cepat je dia cakap yang dia tak nak nombor akaun... cuma dia mintak aku pegi kat mesin ATM sambil dia cakap ngan aku dalam talipon tu... kononnya dia nak suruh aku pastikan duit RM5000 tu masuk dalam akaun aku! Ces! Aku memang malas nak layan! Confirm penipu! Aku pun cakap la kat dia... tak pe lah... saya tak de masa nak pegi mesin ATM! Duit RM5000 tu aku bagi free je kat dia! hehehehe... tau tak apa dia cakap kat aku??? Dia mencarut kat aku tak hingat!!! Kurang ajar betul mamat bangla nih!


Terima Kasih

3 comments:

  1. hehehe..moralnya jgn mudah terpedaya dgn email spam atau panggilan yg tidak diketahui..

    ReplyDelete
  2. LEnkali cakap kat orang tu, kalau nak tipu pun jangan tipu HEAD OF ACADEMIC... Naya aje.... Nak pekena orang dia terkena balik.. Mmg lo academic laa itu orang...NGehhh

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati