Monday, October 31, 2011

Wanita & Strok

Takutnya rasa bila baca harian metro pepagi hari ni... 1 nyawa dalam masa 6 saat terutamanya bagi kaum wanita cam aku ni... Selalu dengar orang kena strok dan akhirnya akan meninggal secara terkejut! Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada menjadi begitu...

So dengan rasa rendah hati aku nak le kongsi sikit info tentang tanda amaran sebelum terjadinya strok ni secara mengejut:

Tanda amaran:

Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
Badan terasa lemah
Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata

Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
Susah hendak menelan
Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing

Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ada ujian mudah yang boleh dilakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T.

F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?

A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?

S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.

T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.




Terima Kasih

1 comment:

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati