Tuesday, February 4, 2014

Suka tengok tv?

Mesti ramai orang dah biasa dengar pasal astro PVR... Apa lah ada pada Astro PVR ni? Bagi yang tak suka tengok tv, pasti akan cakap ada astro membazir dan sebagainya... sementelah lagi nak install PVR ni kan? Tak salah lah tu... sebab ada je di kalangan kawan2 aku yang berfikiran sebegitu... Setiap orang ada pendapat masing2 dan kita kena hormati kan?

Tapi bagi aku penggemar tv ni memang lain lah pendapatnya... antara sebab kenapa aku kena ada astro dan PVR:



1. Signal tv kat rumah tak elok sangat... So bila pakai astro, tak payah susah2 nak cari signal... dah confirm2 dapat.

2. Aku perlu ada astro PVR sebab bukanlah takut terlepas rancangan kegemaran, tapi lebih kepada nak mendidik anak2 supaya tengok tv pada waktu2 tertentu sahaja. Ada jadual. So, kalau dah ada jadual, confirmlah rancangan kegemaran aku tak termasuk dalam jadual yang dibenarkan. Dah sah2 kalau cerita best ni waktu maghrib hari kan? So... penyelesaiannya... rekod cerita yang aku nak tengok... dan tengoklah puas2 masa anak2 dah tido... atau pada hari cuti...

3. Boleh mengurangkan masa kat depan tv jugak sebabnya kalau bahagian cerita yang tak best kita forward je... iklan pun sama... hehe... kan jimat masa!

Bagi aku yang dah ambik package astro super pack, pemasangan aku hanya kena bayar RM50 je. Siap dengan Astro-On-The-Go skali... Kalau ambik package biasa, pemasangan PVR ni dalam RM150 gak la...

So... minggu lepas aku dah selamat install astro PVR kat rumah. Memang best la... boleh control masa untuk tengok tv dan waktu untuk buat kerja rumah jugak...


Terima Kasih

7 comments:

  1. bestnya boleh save dan tengok kemudian. :D

    ReplyDelete
  2. kalau bola live leh x forwardkan jgk..hehe..gurau je

    ReplyDelete
  3. nina skg dah jrg tgk tv. jimat letrik. hikhik

    ReplyDelete
  4. muhasabah jgak reason utk control masa tgk tv terutmanya magrib ..i like :)
    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/perubahan-pertama.html

    ReplyDelete
  5. saya pun suka gak tengok tv tapi program tertentu je..huhu

    ReplyDelete
  6. hehehe....alin pun sedang becita2 nak beli pvr tu jugak

    ReplyDelete
  7. nampak menarik gak. tp kalau macam sy cerita yg dok beriye download pun x dpt tgk lg. jadi pvr ni x berapa nak perlu lagi..

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati