Friday, March 14, 2014

Lepas gian ke pasar!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...Di hari jumaat yang penuh barakah ni jom sama2 kita doakan yang terbaik buat MH370.

Untuk makluman semua, hari ni KN cuti! Dok Terengganu kan...

Setelah lebih sebulan, hari ni KN pegi pasar... lawat taukey ayam yang agaknya dah rindu sangat kat KN... hehehe... Gurau je tu... Dah namanya nak pegi pasar, mestilah nak beli belah kan? Dah lama tak jenguk pasar ni... Padahal dekat je dengan rumah. Sekangkang kera je kot! Sebabnya En Suami KN dah warning awal2... tak leh pegi pasar buat sementara waktu sehingga disahkan gagal mengandung untuk IUI kali yang ke-3 ni. Dan secara rasminya semalam dah tau yang usaha tersebut gagal! Makanya, untuk melepaskan gian nak gi pasar, kul 8 pagi tadi KN dengan anak bujang KN dengan jayanya mengadap nasik lemak kat pasar tu!


Actually, KN ni pernah ada pengalaman pahit pasal makanan ni. Anak ke-3 KN meninggal pun antara sebab musababnya adalah kerana kuman daripada kucing. Kalau semua pernah dengar pasal kuman 'toxoplasma' yang biasanya ada pada kucing, daging mentah, telur mentah dan buah-buahan yang dah tercemar... Boleh baca kat SINI akibat yang KN tanggung dari kuman tu. Maaflah ye kepada peminat2 kucing... KN dah serik! So, apa kaitannya dengan pasar? Tak de kena mengena pun pasar dan kucing ni... Cuma En Suami tak nak KN terkena jangkitan dari sebarang anasir2 yang boleh membahayakan kandungan... hingga ke tahap KN ni kena makan masakan rumah sahaja ataupun makan makanan panas kat restoran... Tapi hari ni dah boleh break the rules!

Rutin perjalanan KN kat pasar ni sama je... 1st skali, Aiman mesti akan singgah kat Sate Ikan... ada banyak peniaga sate ikan ni... tapi yang ni je yang dia nak!




Lepas tu akan stop kat gerai jual nasik lemak. Lepak kejap kat sini.


Lepas tu... gi beli roti nan pulak untuk 2 beranak yang tak ikut tu... (Hari cuti kan... lepas subuh tido balik)

Lepas dah kenyang semua... barulah perjalanan membeli barang masakan bermula...

Balik je rumah, sambung mengemas pulak... dan sekarang ni, dah settle semua... apa lagi, En Suami gi swimming, Puan Isteri pulak surfing le... hehehe

Selamat berhujung minggu semua.... wassalam.



Terima Kasih

10 comments:

  1. rajin anak bujang kak nanie..hee.. bagus2.. sejuk perut mummy.. :) moge jd anak soleh.. :)

    ReplyDelete
  2. comel nya Aiman...noe klu bab2 pegi pasar ni biasanya hubby yg pegi...noe mmg jarang pegi...bila baca n3 arwah Adik...baru tau...semoga KN terus tabah...patutla hubby KN larang pergi pasar....pagi2 dah ada roti nan yer...

    ReplyDelete
  3. ni dah masuk bab melepas dendam rindu kesumat ... anak bujang tu leh jadi model .

    ReplyDelete
  4. aiza sudah lama tidak ke pasar.. membeli barang di tesco dekat rumah sahaja.. susah nak bawa mak aiza kalau ke pasar sebab dia berkerusi roda..

    ReplyDelete
  5. Salam sabtu nanie...kat pasar mesti ada keropok lekorkan..favorite kita tu..

    ReplyDelete
  6. tudia.. siap ada jadual lagi apa nk buat kat sana.. hehehe

    ReplyDelete
  7. amboiii... comel nyerr anak akak ne... hihiii

    ReplyDelete
  8. best lah pi pasar malam nih, kehidupan pasar malam harmoni sngat itu yang cek suka tu hehehe

    ReplyDelete
  9. Rajinnye si bujang meneman.......;-)

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati