Monday, June 2, 2014

Bila En Nuffnang bersuara...

Awal pagi tadi KN check email macam biasa. Tapi tertangkap satu email dari nuffnang. Tajuknya Penilaian penempatan iklan - Nuffnang.

Katanya... 
Berdasarkan penilaian yang telah kita lakukan terhadap blog anda (naniedean.blogspot.com), pihak Nuffnang ingin memberitahu anda bahawa penempatan unit iklan yang ada pada blog anda telahpun dinilai sebagai "Tidak Memuaskan" oleh sistem kita. Keputusan penilaian unit iklan yang ada pada blog anda adalah seperti yang berikut: - Lokasi skyscraper(SS) telah dinilai sebagai "Tidak Memuaskan".
Katanya lagi...
Penempatan unit iklan yang baik akan meningkatkan peluang unit iklan dilihati pelawat blog anda, dan secara langsung meningkatkan Click-Through-Rate (CTR) serta pendapatan anda dengan bilangan pelawat blog yang anda ada. Pendek kata, kedudukan unit iklan yang lebih baik akan mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan.


Serius KN tak paham apa yang tak kena pada kedudukan iklan nuffnang kat blog KN ni... Namun KN redha je... yang sedia ada pun orang yang tolong letakkan. Memang tak retilah KN nak adjust2 balik. Walau bagaimanapun, harap Nuffnang masih sudilah untuk menempel di blog KN ye...


Terima Kasih

21 comments:

  1. owh? tgk mcm ok jer tmpt ikln tu dduk..hmm..

    ReplyDelete
  2. Alahai siannye kN. Dah tu cemane tu.. Ana pun xreti bab nufnang2 nih. Hoho

    ReplyDelete
  3. Aik ok je kita tengok position iklan kat Blog Nanie..Hmmm..apa yang tak memuaskan tu...

    ReplyDelete
  4. ni cadangan sahaja, iklan skyraper seeloknya di letak di bawah tajuk blog

    ReplyDelete
  5. Memang tak boleh nak bantu la.. nnur pun tak mahir jugak..

    ReplyDelete
  6. apa yg tak memuaskannya ye? ok je kan duduk letak semua iklan kat sini...

    ReplyDelete
  7. salam... KN... saya pun x faham sgt pasal kedudukan iklan di blog ni kak... asal ada jer...hihiii

    ReplyDelete
  8. nak adjust ke mana lagi kan.. btw, singgah sini klik nestum untuk KN :)

    ReplyDelete
  9. rasanya kena anjakkan kebawah sikit ... mungkin 2/3 langkah . cubalah ... saya pun x tau sgt .

    ReplyDelete
  10. aikk?? ape yg xkena? anis nampak oke je..haiyaa..

    ReplyDelete
  11. nak kena adjust pula kedudukan tu.. haih payahnya

    ReplyDelete
  12. Ke sbb org xklik sgt iklan kat skyscraper tu,? Hm... try bg ticket kat nuffnang... tanya mcm mana nak solvekan masalah tu...

    ReplyDelete
  13. ramai jugak yang dapat email gini kan, tapi lisa tak nah dapat lagi laaa. hehe. kat widget nuffnang, akak lupa letak tajuk kot.

    ReplyDelete
  14. jie tgk mcm dh ok letak iklan..pelik la klu dia email gitu..

    ReplyDelete
  15. Nuff nak cari gaduh ek... hehehe.... gurauu! :D

    ReplyDelete
  16. hehe memang tak tau sangat bab-bab nuffnnag nii xdapat nak nulong looo

    ReplyDelete
  17. rasanya sebab tak banyak klik sangat kot untuk nuffnang..

    ReplyDelete
  18. ustazah rasa iklan yang di atas nama blog kena tukar kedudukan dengan meletakkan di bawah nama blog.

    ReplyDelete
  19. Sama lah, Fuza pun tak reti nak adjust2 dah

    ReplyDelete
  20. pulak..Ayu pun tak pandai sgt bab nuffnang nie..masih belajr n banyak tanya gak...

    ReplyDelete
  21. Nampak ok je. Cuba hantar ticket ke Nuffnang dan tanyakan kedudukan yang strategik tu..

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati