Malam ni KN nak layan kejap soklan2 dari Aisyah ni ha... KN ni tak de lah pandai sangat buat2 karangan segala ni kan... harap puas hati lah dengan jawapan2 KN ni ye?
1-Apakah nama samaran anda atau nama panggilan yang sering disebut oleh kawan-kawan atau keluarga anda?
Nanie
2-Ulangtahun kelahiran ke berapa yang paling anda tidak dapat lupakan. Kenapa?
18. Sebab pertama kali dapat surprise daripada member2 satu dorm yang baru kenal masa kat ITM. Memang surprise gila!
3-Kenangan di sekolah yang anda tidak dapat lupakan.
Kena marah ngan cikgu sebab tido dalam kelas masa subjek sejarah.
4-Kalau anda diberi peluang untuk bercuti, ke manakah destinasi pilihan anda? Kenapa?
Bercuti sambil buat umrah pun best... sangat tenang!
5-Anda lebih gemar artis KPOP atau Indon atau Malay atau selain daripada artis KPOP , Indon dan Malay? Kenapa?
Pada KN, semua retis ni sama je... tak de lah yang jadi kegemaran sangat!
6-Beri pendapat anda tentang blog saya.
KN suka header tu. Cantik sangat! Cuma tulisan yang warna kelabu buat mata KN sakit sikit. hehe... jangan marah aaa... Bukan salahkan tulisan... tapi mata KN ni sebenarnya yang rabun!
7-Kalau anda kaya, apakah tindakan anda untuk memanfaatkan kekayaan anda?
Banyak benda boleh dimanfaatkan kalau kita kaya... salah satu yang KN akan buat adalah berhenti kerja dengan orang, buat kerja sendiri supaya dapat habiskan banyak masa dengan family.
8-Dalam ahli keluarga anda, siapakah yang paling rapat dengan anda? Berikan alasan.
Rapat sama rata.
9-Gambarkan sahabat baik anda.
Dia seorang yang sangat baik di mata KN. Kelakar dan selamba!
10-Jika anda mempunyai peluang atau kuasa untuk putarkan masa, waktu bilakah yang anda pilih? Mengapa?
KN nak balik masa anak KN yang ke-3 masih ada. Nak sayang dia lebih daripada yang KN pernah sayang dulu. Rindu sangat kat dia. Tapi KN tak nak ubah apa2 pun yang berlaku dulu sebab KN terima ketentuan Allah kerana itu yang terbaik buat KN dan keluarga.
11-Sejak bila anda berblogging? Kenapa anda berblogging?
Sejak tahun 2009. KN berblog sebab jeles kat member yang ada blog! hehe
Itu sahaja jawapan KN buat kali ni... jumpa lagi di lain kali ye... Sekian.
Terima Kasih