Friday, January 17, 2014

Cabaran menjadi seorang ketua...

Kenapa tetiba tajuk ni terfikir dek aku? Saja nak share apa yang aku rasa bila dah dilantik menjadi ketua. Walaupun mungkin di institusi lain, peluang kenaikan pangkat sangat ditunggu2 atau menjadi perebutan pada setiap pekerja, tapi kat tempat keje aku ni mungkin lain sikit... Siap menangis kalau dinaikan pangkat!

Itulah yang sebenarnya terjadi kepada aku. Bila dah dinaikkan pangkat, rasa macam dunia ni dah nak terbalik! Sesungguhnya aku rasa terpaksa. Tapi sentiasa memujuk hati... kalau aku tak nak buat, siapa lagi yang nak buat. Ibarat ditelan mati emak, diluah pulak mati bapak. Aku nak buat kerana Allah. 

Antara cabaran2 yang boleh aku kongsikan kat sini...

1. Kena jadi lebih baik daripada ketua yang sebelum ni. Part ni memang susah. Baru 3 bulan je aku kadang2 dah rasa give up.

2. Kena bagi arahan kepada staf yang mana dulu staf2 ni adalah kawan2 dan ada jugak yang pernah jadi ketua aku. Fuhh!

3. Kena bersedia untuk makan sorang2... sembang sorang2... share masalah sorang2... huhuhu... sedih!

4. Kena dengar masalah kerja staf dan cuba selesaikan. Sedangkan masalah aku sendiri pun banyak yang tak selesai!

5. Kena jadi pemberi motivasi, supaya staf dapat bekerja dengan penuh semangat! Ha... silalah bermotivasi juga wahai diri sendiri.

6. Perlu sentiasa bersedia untuk tinggalkan suami dan anak2 setiap bulan untuk meeting kat HQ. Takut lama2 anak tak kenal mama lagi. Harap En. Suami masih kenal si isteri ye...

Actually, banyak lagi cabaran2 yang lain yang aku kena tempuh. Tapi rasanya semua yang kat atas tu, antara cabaran yang lebih mengganggu emosi aku setiap hari. Tapi aku kena jugak bersyukur sebab ada En. Suami yang sentiasa menjadi penyokong kepada Si Isteri yang kadang2 cengeng ni!

Dan oleh kerana itu jugak, sejak 2-3 bulan ni aku sangat rajin update blog aku ni... hanya kat sini saja aku boleh share cerita atau apa2 yang aku rasa nak share. Nampak tak???? Nasib baik jugak ada kawan2 maya kan??? Taklah rasa kesorangan sangat!



Terima Kasih

8 comments:

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati