Hari ni Adik kena sawan 2 kali... nampak macam nak habis nyawa... tak sanggup aku tengok dia tanggung kesakitan tu... mujur ada hubby yang tolong... kalau tak aku tak tau nak buat apa. Makin hari... kesihatan adik makin bertambah teruk... aku tahu tu... tapi apa daya aku? Hanya mampu melihat... berusaha sedaya yang mungkin... tapi setakat mana aku mampu bertahan???
Aku sentiasa berdoa dan sentiasa berharap semoga anak aku yang satu ini mampu jadi macam kanak-kanak yang lain. Sekurang2nya boleh bercakap dan berjalan... 5 tahun aku menunggu... tapi masih tak nampak perubahan... malah keadaan nampak makin teruk... bila dah umur nak masuk 5 tahun, adik mula kena sawan... mula2 sawan biasa dan jarang2. tapi makin lama makin kerap dan makin teruk... sampaikan kaki adik dah mula membengkok. Lagi la payah adik nak boleh jalan... nampak macam penantian aku masih jauh untuk tengok adik jalan atau sekurang-kurangnya nak dengar adik boleh sebut perkataan 'mama'.
Kekadang rasa sedih bila tengok anak sedara aku yang 2 bulan lebih muda daripada adik dah pergi sekolah... tapi adik? masih tak tau apa2 pun... ntah2 mama ngan papa pun adik masih tak kenal... Perkembangan adik terlalu lambat... mama tak tau camana nak ajar adik kalau mata adik pun tak nampak? tak hairanlah kalau mama ngan papa pun adik tak kenal... Tapi aku tak pernah kesal... disebalik apa yang berlaku aku pasti ada hikmahnya... atau sekurang2nya... tuhan dah balas kesalahan dan kesilapan aku dulu atas dunia lagi... Ya Allah aku berusaha untuk terima semuanya dengan redha...
Cuma satu harapan aku Ya Allah, Engkau panjangkanlah umurnya... aku masih belum mampu terima kehilangan dia... anak yang aku sayangi lebih dari nyawa aku sendiri... Tapi andai kata itu adalah ketentuan-Mu, Kau kuatkanlah iman aku untuk menerima qada dan qadar-Mu... Amin...
Video adik masa umur 8 bulan... masih macam baby umur 2 bulan...
sedeynyer knani!sabar yekk..ade hikmah disebalik semua nih..insyaALLAH..akan ok!!amin
ReplyDeleteassalamualaikum kak..
ReplyDeletesetiap apa yg berlaku ne adalah ketentuan dan tetapan dariNya..jgn lah sesekali kita mngeluh @ bputus asa krn rahmat ALLAH itu sentiasa ada..
surah al-Baqarah, ayat 286: "ALLAH tidak membebani sesuatu kaum sesuai dgn kesanggupannya."..
ALLAH itu Maha Mengetahui..Dia tahu akk dan famili dpt terima ujian ini, lantas Dia turunkan ujian seperti ini untuk menguji iman akk dan keluarga..smoga akk dan keluarga ttp tabah mhadapi ujian dariNy..
*cube akk layari laman web ne : http://www.darussyifa.org. sekadar ingin membantu.. mgkin rawatan dari darussyifa dpt mgurangkan sdikit keseriusan pyakit adik akk..wallahualam..
usaha dan tawakal insyaALLAH dipermudahkan olehNya.. :))
Tq... InsyaAllah... Doakan semoga saya lebih tabah... Amin...
ReplyDelete