Thursday, June 26, 2014

Kemaafan dendam yang terindah!

Alhamdulillah. Hari ni Allah hantar seseorang untuk memberi peringatan kepada KN tentang memaafkan. KN sangat respect orang yang sanggup datang dan mintak maaf pada KN sebab terasa dia dah buat KN kecik hati hari ni... dan KN tak sangka dia akan datang dan minta maaf secara berdepan dan penuh keikhlasan. Walaupun sebenarnya KN tak simpan dalam hati pun. Serius... keikhlasan dia buat KN malu pada Tuhan!

Apabila hati kita merasa marah atau kecil hati dengan perbuatan seseorang, ingatlah... kita juga mungkin pernah membuatkan orang marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita. Sama2lah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang diberikan kekuatan untuk memohon maaf dan memaafkan.

"YA ALLAH, DI KETIKA AKU MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMINTA KEMAAFAN.
MANAKALA
DI WAKTU ORANG LAIN MELAKUKAN KESALAHAN KEPADAKU, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMBERI KEMAAFAN"

#Bersempena dengan bulan ramadhan yang hampir tiba ni, KN nak memohon maaf kepada semua pembaca2 dan kawan2 semua andainya pernah mengguris hati sesiapa dengan tulisan KN di blog ni... Semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua... Amin.


Terima Kasih

Wednesday, June 25, 2014

Kerusi Study Baru Aiman


#Dah kalah ke?


Terima Kasih

Tuesday, June 24, 2014

Harga sebuah sabar...

Peringatan untuk diri sendiri...
Hadapi setiap ujian dengan penuh kesabaran


Salam Ramadhan kepada semua umat islam... Semoga kita dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaik2nya... Amin.


Terima Kasih

Monday, June 23, 2014

Luahan hati seorang ibu OKU

Sekarang ni kecoh cerita seorang ibu yang sanggup kurung anak OKU. Sampai tinggal tulang rangka! Subhanallah... First time KN baca kisah remaja tu masa kat kedai makan. Masa tu jugak air mata KN mengalir laju... Dah tak peduli kat orang di sekeliling. Sedih yang teramat!

Bagi mereka yang tak pernah ada anak OKU atau CP (Cereberal Palsy) pun rasa sedih dan terkilan... Apatah lagi KN yang pernah menjaga anak yang mengidap CP ni selama 6 tahun. KN betul2 tak boleh faham apa yang ibu remaja tu rasa. Sanggup memperlakukan anak sampai begitu sekali.

Bagi KN, anak macam tu lah yang KN paling sayang dan sanggup pertaruhkan nyawa berbanding anak2 yang sihat. KN faham semua kesusahan yang terpaksa ditanggung untuk membela anak OKU ni. KN faham juga kos untuk perubatan dan pembiayaan anak CP ni memang tinggi... Tapi kan sebagai seorang ibu, dia sepatutnya sanggup berkorban harta dan nyawa demi anak tu. Maaflah kalau kata2 KN ni keterlaluan sebab KN tak boleh terima perbuatan ibu yang begitu!

Tapi KN percaya... Tak ada ibu yang tak sayangkan anaknya. KN pun tak berada tempat ibu tu. Mungkin KN lebih bernasib baik sebab ada suami yang sama2 menjaga anak CP ni... agak mampu untuk tanggung perbelanjaan anak dan bagi yang terbaik. Maka KN yang memandang dan mendengar ni hanya mampu mendoakan yang terbaik buat remaja tu...


Terima Kasih

Sunday, June 22, 2014

Hilangkan tekanan dengan menulis di blog

Tengok tajuk pun dah tau dah apa status diri KN sekarang kan? Nak kata tertekan sampai nak gila tu tak de lah... tapi dah senget2 dah tudung sebab tertekan! hehehe... Minggu ni akan ada external audit kat office KN. Sebagai salah seorang yang bertanggungjawab untuk pastikan audit ni berjaya dan berjalan lancar, KN agak tertekan jugak lah sekarang ni.

Tekanan tu bertambah lagi sebab dah beberapa hari KN tak BW untuk menambah ilmu dan motivasi diri... Hadoiyai! 

Bila bukak account Nuffnang pun, earning pun naik sikit2 je... Nasib baiklah ada lagi 4 CPUV yang tengah berlari2 anak. Ok lah tu kan?

Oklah, KN stop dulu kat sini. Hilang sikit rasa sakit kepala KN yang dari pagi dok menatap dokumen2 yang perlu disediakan. Masih banyak lagi yang perlu dibuat. Doakan KN ye kawan2. Dah settle audit minggu ni, KN akan terjah blog2 yang setia ke blog KN ni ye...


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati