Friday, May 16, 2025

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Assalamualaikum...

KN nak share satu benda yang KN rasa betul-betul menyentuh hati KN baru-baru ni. Benda ni simple je, tapi... entah, rasa dia deep sangat.

So macam biasa, KN tengah scroll TikTok... ala, rehat otak sikit lepas buat kerja sikit, kan? Lalulah satu video kat FYP. Background dia tenang, suara bacaan Al-Quran slow je, tapi merdu sangat. Rasa macam... kena pause.

Rupanya tu Surah Maryam. Ayat 30 sampai 35.

KN tak tahu kenapa, tapi jari automatik berhenti scroll. Dengar je ayat tu, terus rasa lain macam. Rasa sebak. Rasa macam Allah tengah “sapa” KN secara lembut.

“Sesungguhnya aku ini hamba Allah…”
(Maryam: 30)

Bayangkan... ayat tu Nabi Isa a.s. yang cakap masa masih bayi. Masa tu orang tuduh Maryam macam-macam, tapi Allah sendiri yang bantu bela dia — siap bagi anak dia boleh bercakap untuk pertahankan ibunya. Power kan?

KN terus rasa, ya Allah... kita ni kadang penat sangat explain kat orang. Tapi tengok Maryam, dia sabar je. Dia tak defend diri pun. Allah sendiri yang ‘back up’ dia.

Masa tu, KN macam… Eh, apa yang aku sedih sangat sebelum ni, kenapa aku tak letak semua kat Allah je?

Sejak tu, KN suka sangat baca ayat ni. Bila rasa serabut, rasa tak difahami, rasa nak nangis pun KN buka balik ayat ni. Dia macam satu pelukan dari Allah. Lembut, tapi kuat.

Kalau korang tengah struggle dengan apa-apa pun... trust me, cuba dengar ayat ni. Tak payah faham semua pun tak apa, dengar je dulu. Kadang kita tak tahu, satu ayat boleh bagi tenang lebih dari seribu kata manusia.

KN just nak remind diri sendiri dan kawan-kawan... Allah nampak. Allah tahu. Kadang kita tak perlu defend diri sangat pun. Let Allah handle. 😌

Thanks sebab baca sampai sini. KN doakan korang semua tenang, dan terus kuat. 💛

 


Nanie Dean
Terima Kasih

Thursday, May 15, 2025

CARA BUAT DUIT DENGAN CANVA

KN Tak Sangka, Canva Boleh Jadi Jalan Keluar Untuk KN

Start Disember 2024, KN ambil keputusan besar setelah 24 tahun kerja—cuti tanpa gaji 2 tahun!
Bukan sebab suka-suka. Tapi sebab KN betul-betul perlukan masa untuk diri sendiri. Masa untuk rehat, masa untuk fikir pasal kesihatan. Tapi hakikatnya, bila tak ada gaji… hidup tetap jalan, bil tetap datang.

Mula-mula memang rasa sesak. Duit simpanan makin menyusut. Setiap hari fikir, “macam mana nak survive ni?”

Sampailah satu hari, KN nampak orang promot kat Tiktok yang kita boleh buat duit dengan Canva. KN buka balik Canva. App yang dulu KN guna untuk suka-suka je—buat kad ucapan, poster cantik-cantik. Buat slide untuk mengajar juga. Tak sangka pulak KN rupanya dah biasa sangat dengan Canva ni.

Dan KN terfikir…
“Orang lain boleh buat duit dengan Canva, kenapa KN tak boleh cuba kan?”

KN mula dengan beli e-book pasal Canva yang ajar step by step. LENGKAP!

Kalau nak try boleh klik gambar e-book ni.

Memang tak sangka…

Dalam masa beberapa bulan, KN dah start dapat balik apa yang KN hilang dari gaji dulu.
Slowly, tapi cukup untuk buat KN rasa lega. Dan yang paling best—KN buat dari rumah, ikut masa KN.

Canva ni bukan pasal "kena pandai design."
Yang penting, usaha dan kesanggupan nak belajar.
Ilmu semua ada, tinggal nak buat atau tak je.

KN pun guna cara paling mudah... KN beli WaszaEdukids ada 10,786+ helai aktiviti kanak-kanak dengan Hak PLR Penuh maksudnya templet ni semua boleh terus jual. Tak perlu cipta dari kosong!

Kalau minat nak dapatkan boleh klik link ni (Wasza Edukids)

Kalau ada yang tengah struggle, tengah rasa nak cari income sambil jaga anak, sambil cuti, sambil kerja full-time pun boleh…
Cuba tengok Canva balik.
Mungkin kat situ ada rezeki yang kita sendiri tak sangka.

Nak KN tunjuk macam mana KN buat?
DM je KN (Whatsapp). Nanti KN share apa yang KN tahu, insyaAllah.





Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati