Tuesday, September 13, 2011

Dalam kesedihan ni... ada sikit sinar bila...

semalam terasa nak check akaun nuffnang aku yang memang tak menjadi selama ni... biasanya, sebulan sekali check pun... nilai duit yang ada tak pernahnya bertambah!

Tapi sangatlah tak heran pun sebab aku memang malas nak update blog aku ni... bzzz lah katakan... Tambah2 bila anak sakit dan kena duduk lama kat hospital.

Tapi yang herannya... bila bukak akaun nuffnang semalam... aku dah dapat BE! terkejutlah jugak! siap dah ada 2 BE yang dah jadi ME! ruginya! kalau lah aku tahu... dah lama aku update blog aku sokmo2!

So, dengan rendah hatinya aku nak ucapkan terima kasih banyak2 jugak kat nuffnang sebab sudi gak nak bagi BE kat aku ni...

Pun begitu... BE ni bukanlah objektif aku berblog ni... semuanya sekadar nak menulis... apa jua kisah suka dan duka hidup aku ni...



Terima Kasih

Monday, September 12, 2011

Pertama kali setelah...

lebih sebulan tak bawak kete pergi opis... bukan masalah takut... tapi masalahnya aku akan teringat macam2 pasal adik! Biasanya kalau nak pegi ofis mesti singgah kat nursery hantar adik... tapi hari ni masih kena lalu depan sekolah adik... tapi tak payah lagi berhenti dan dukung adik masuk sekolah dia... sekali lagi... aku drive sambil berjurai air mata... teringatkan adik sangat2!

Yang paling aku kesalkan, adik tak pernah datang dalam mimpi aku pun... rasa rindu nak jumpa adik... biarpun dalam mimpi... Ya Allah! teguhkanlah imanku!



Terima Kasih

Saturday, September 10, 2011

Maafkan mama! Adik terpaksa pergi dengan cara begitu!

apa yang aku takuti selama ini akhirnya menjadi kenyataan!

SAKIT!

PEDIH!

untuk terima kenyataan ini...

Tapi aku sangat bersyukur kerana Allah masih beri aku kesempatan untuk bersedia menerima kenyataan yang begitu menyakitkan ini...


Sebulan yang lepas...


Bermula 1 ramadhan (1 ogos 2011), aku pertaruhkan nyawa anak yang aku paling sayangi... menjalani pembedahan yang sangat menyakitkan! Tapi aku bukan sekejam yang mungkin semua orang sangkakan... Aku tidak jahat seperti yang orang lain fikirkan! Aku lakukan kerana aku tak sanggup melihat penderitaan adik... Kekerapan adik kena sawan membuatkan aku tak sanggup lagi untuk lihat semua tu. Aku lakukan kerana aku mengharapkan keajaiban akan berlaku!

Tapi...

Tuhan ada perancanganNya yang tersendiri! Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya... pada tanggal 1 Sept... aku benar2 kehilangan adik... tak guna menangis dengan air mata darah sekalipun, adik tak akan kembali lagi...

Ya Allah!

Berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini!

Di mana mama nak cari pengganti adik? Mama rindukan adik sangat2!

*
*
*

Macammana mama nak tengok kipas yang adik suka ni... setiap hari adik akan duduk depan kipas ni!

*
*
*

Hari pertama kita di wad menunggu masa untuk pembedahan adik... mama tak tahan bila tengok mata adik masa ni... kalaulah adik tahu apa yang akan berlaku pada adik esok...

*
*
*
Waktu ni... dengan penuh pengharapan mama hantar adik untuk pembedahan yang pertama... mama harapkan adik sembuh! Maafkan mama sayang andai kata mama tersilap perhitungan!

*
*
*
mama tak sangka Tuhan bagi masa seminggu untuk mama rasa adik sihat kembali... setelah pembedahan ke3... untuk jadi kenangan buat mama!

*
*
*
Antara wajah terakhir adik masa kita sama2 keluar wad lepas 21 hari kat situ... terpaksa pulak ikat tangan adik sebab takut adik cabut balutan kat kepala adik... patutnya mama nampak... adik masih tak cukup sihat untuk balik! Mama mintak maaf sayang!

*
*
*

Lepas balik rumah adik muntah tak berhenti sampai kita kena masuk hospital lagi... dan mama tak sangka... itulah kali terakhir mama bersama dengan adik!

*
*
*

Wajah terakhir adik sebelum mama dan papa buat keputusan untuk lepaskan adik! mama tak nak seksa adik lagi... cukup lah sayang...


Namun mama sangat puas hati... mama dan papa dah cuba sedaya untuk pulihkan adik... mama dan papa cuti sebulan untuk jaga adik sampailah adik menghembuskan nafas adik yang terakhir...

Mama harap adik tenang di sana... di mana juga adik berada... mama akan sentiasa rindukan adik... adik akan tetap jadi anak mama yang ke3... Datanglah dalam mimpi mama... mama nak jumpa adik bila mama rasa rindu...

Tunggu mama ye sayang... cepat atau lambat mama pasti akan jumpa adik!



Terima Kasih

Monday, August 15, 2011

Dah genap 15 hari..

Hari ni cukup 15 hari aku kat wad HUSM ni. Dan macam akan lama je lagi... Silap2 kena beraya kat wad! Tidakkkkk!!!!

Hari rabu ni Dr cakap akan bukak semula jahitan kat kepala adik. Sebab bengkak angin dan air yang membesar! Siannya kat adik! Nampaknya 3 kali nak kena operate kat kepala tu...

Camana la kengkawan kat opis yang tengah bertungkus lumus tu... Tanpa saya dapat bantu buat apa2...tapi aku tau.. Diaorang semuanya macho2!



Terima Kasih

Wednesday, August 10, 2011

Hari ke10 kat wad HUSM

Hari ni kepala mula rasa sakit. Mungkin sebab dah lama kat dalam wad ni. Malam selalu terjaga sebab adik pun tak tido. Itu pun nasib baik boleh shif ngan hubby. Kalau tak tahu lah camana. Apa2 pun aku tak kisah. Asal dapat jaga adik dengan baik sampai dia sembuh...

Keadaan adik pada hari ke10... Dah kenal puting dia... Dah boleh start makan nestum... Dah boleh buang jahitan pada luka operation pertama... Alhamdulillah... Ok lah tu... Harap adik cepat sembuh!




Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati