Friday, May 16, 2025

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Assalamualaikum...

KN nak share satu benda yang KN rasa betul-betul menyentuh hati KN baru-baru ni. Benda ni simple je, tapi... entah, rasa dia deep sangat.

So macam biasa, KN tengah scroll TikTok... ala, rehat otak sikit lepas buat kerja sikit, kan? Lalulah satu video kat FYP. Background dia tenang, suara bacaan Al-Quran slow je, tapi merdu sangat. Rasa macam... kena pause.

Rupanya tu Surah Maryam. Ayat 30 sampai 35.

KN tak tahu kenapa, tapi jari automatik berhenti scroll. Dengar je ayat tu, terus rasa lain macam. Rasa sebak. Rasa macam Allah tengah “sapa” KN secara lembut.

“Sesungguhnya aku ini hamba Allah…”
(Maryam: 30)

Bayangkan... ayat tu Nabi Isa a.s. yang cakap masa masih bayi. Masa tu orang tuduh Maryam macam-macam, tapi Allah sendiri yang bantu bela dia — siap bagi anak dia boleh bercakap untuk pertahankan ibunya. Power kan?

KN terus rasa, ya Allah... kita ni kadang penat sangat explain kat orang. Tapi tengok Maryam, dia sabar je. Dia tak defend diri pun. Allah sendiri yang ‘back up’ dia.

Masa tu, KN macam… Eh, apa yang aku sedih sangat sebelum ni, kenapa aku tak letak semua kat Allah je?

Sejak tu, KN suka sangat baca ayat ni. Bila rasa serabut, rasa tak difahami, rasa nak nangis pun KN buka balik ayat ni. Dia macam satu pelukan dari Allah. Lembut, tapi kuat.

Kalau korang tengah struggle dengan apa-apa pun... trust me, cuba dengar ayat ni. Tak payah faham semua pun tak apa, dengar je dulu. Kadang kita tak tahu, satu ayat boleh bagi tenang lebih dari seribu kata manusia.

KN just nak remind diri sendiri dan kawan-kawan... Allah nampak. Allah tahu. Kadang kita tak perlu defend diri sangat pun. Let Allah handle. 😌

Thanks sebab baca sampai sini. KN doakan korang semua tenang, dan terus kuat. 💛

 


Nanie Dean
Terima Kasih

Thursday, May 15, 2025

CARA BUAT DUIT DENGAN CANVA

KN Tak Sangka, Canva Boleh Jadi Jalan Keluar Untuk KN

Start Disember 2024, KN ambil keputusan besar setelah 24 tahun kerja—cuti tanpa gaji 2 tahun!
Bukan sebab suka-suka. Tapi sebab KN betul-betul perlukan masa untuk diri sendiri. Masa untuk rehat, masa untuk fikir pasal kesihatan. Tapi hakikatnya, bila tak ada gaji… hidup tetap jalan, bil tetap datang.

Mula-mula memang rasa sesak. Duit simpanan makin menyusut. Setiap hari fikir, “macam mana nak survive ni?”

Sampailah satu hari, KN nampak orang promot kat Tiktok yang kita boleh buat duit dengan Canva. KN buka balik Canva. App yang dulu KN guna untuk suka-suka je—buat kad ucapan, poster cantik-cantik. Buat slide untuk mengajar juga. Tak sangka pulak KN rupanya dah biasa sangat dengan Canva ni.

Dan KN terfikir…
“Orang lain boleh buat duit dengan Canva, kenapa KN tak boleh cuba kan?”

KN mula dengan beli e-book pasal Canva yang ajar step by step. LENGKAP!

Kalau nak try boleh klik gambar e-book ni.

Memang tak sangka…

Dalam masa beberapa bulan, KN dah start dapat balik apa yang KN hilang dari gaji dulu.
Slowly, tapi cukup untuk buat KN rasa lega. Dan yang paling best—KN buat dari rumah, ikut masa KN.

Canva ni bukan pasal "kena pandai design."
Yang penting, usaha dan kesanggupan nak belajar.
Ilmu semua ada, tinggal nak buat atau tak je.

KN pun guna cara paling mudah... KN beli WaszaEdukids ada 10,786+ helai aktiviti kanak-kanak dengan Hak PLR Penuh maksudnya templet ni semua boleh terus jual. Tak perlu cipta dari kosong!

Kalau minat nak dapatkan boleh klik link ni (Wasza Edukids)

Kalau ada yang tengah struggle, tengah rasa nak cari income sambil jaga anak, sambil cuti, sambil kerja full-time pun boleh…
Cuba tengok Canva balik.
Mungkin kat situ ada rezeki yang kita sendiri tak sangka.

Nak KN tunjuk macam mana KN buat?
DM je KN (Whatsapp). Nanti KN share apa yang KN tahu, insyaAllah.





Terima Kasih

Thursday, November 7, 2019

Masalah Tanda Seru!

Assalamualaikum...

Kalau ada sape2 yang expert dan tersinggah kat blog KN ni... boleh bantu tak macamana nak selesaikan masalah blog KN ni?


Masalah ada tanda seru (!) tu ha... sakit mata KN tengok! Mintak tolong kawan2... atau ada link yang KN boleh refer untuk fix masalah ni... Tq in advance ye...

Bye2 dulu


Terima Kasih

Wednesday, November 6, 2019

Blog Nanie Dean

Assalamualaikum semua...

Hahaha masih lagi bajet ada orang datang blog kite!

Lama sangat dah menyepi... hari ni rasa macam nak menulis pulak. Sambil2 nak test laptop yang dibeli tahun 2007 hari tu, hari ni baru lepas dibaiki. Nampak gayanya ok la... masih boleh guna lagi. Walaupun keyboard dah tercabut sana sini. Hihihi.

Malam ni rasa macam nak blogwalking la ke blog kawan2 nak cari mood menulis semula. Doakan KN berjaya ye... sebab sekarang ni KN pukul 9 malam dah diulit mimpi. Hahahaha

Bye2 dulu...


Terima Kasih

Tuesday, August 29, 2017

Hobi yang terabai

Assalamualaikum...

Fine! Bulan ni terajin sikit nak menulis. Walaupun isu2 yang tak penting, tapi at least... sesuatu lah kan. Daripada blog terbengkalai macam tak bertuan.

Actually, sekarang ni KN amat sibuk dengan kerja2 ofis. Hari2 kerja start jam 9 pg dan akan balik jam 9 mlm. Sangat2 stress. So untuk alihkan sekejap perhatian terhadap kerja dan supaya tak check in di hospital sakit jiwa... KN hadap je lah blog ni sekejap.

Apa2 pun... hobi KN nak baca novel memanglah tak dapat nak buat. So... KN beli je dulu. Beli tetap kena beli. Baca tak pe lain2 kali. Hehehe. Sehingga sekarang KN dah beli 7 novel baru dan 1 pun tak habis baca lagi. Huhuhu... Terkini KN beli 2 lagi. Hahaha.

Baca sinopsis macam best je novel ni... hehehe




Terima Kasih

Monday, August 21, 2017

Bertahankah bila sentiasa menjadi orang yang dibenci?

Assalamualaikum...

Hari ni mungkin hari yang tak best dalam hidup KN. Antara redha Allah dan redha manusia... yang mana harus dipilih? Tak perlu ditanya kalau jawapan dah ada di depan mata. KN percaya Allah itu sentiasa ada untuk KN. Tohmahlah apa pun... anggaplah KN sebagai apa pun... kita tak akan mampu puaskan hati semua orang!

Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapak. Apalah daya yang KN ada? Hidup kita memang pilihan kita. Tapi boleh ke kita memilih mengikut apa yang kita hajati tanpa pedulikan tentang orang atau manusia lain? Kalau lah boleh...

Asal Allah tahu niat KN berusaha sekarang ni... walaupun banyak hati2 yang tak puas hati dan marah. KN redha. Doakan semoga KN sentiasa tabah dan tidak berputus asa. Aamiin.


Terima Kasih

Friday, August 18, 2017

SURPRISE!!!!

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah... I'm still alive! 😍

Mungkin hari ni hari yang sangat membosankan sehinggakan KN terbuka blog KN yang dah lama gila tak jenguk. KN tau... mesti ada kawan2 KN yang rindu kan? Hahaha. level perasan tu masih tahap yang tertinggi!

Tapi apa yang lebih menyedihkan bila terbuka semula blog ni, KN dah melepaskan rezeki dari Giveaway by Abam Kie. HUWAAAA!!! Frust menonggeng tau. Nak jadi bertuah bukannya senang! 10 tahun tak tentu sekali KN boleh bertuah. Tapi tak apalah... apakan daya, rezeki buku tu bukan milik KN. Sekurang2 orang yang gantikan KN untuk terima hadiah tu boleh manfaatkan buku yang dia dapat tu. Padan muka KN. Dah dekat setahun kot tak jenguk blog kesayangan ni.



Oklah... setakat ni dulu coretan hari ni. Tengoklah kalau rajin nanti tahun depan KN tulis lagi... Hahaha. Ok. Bye!




Terima Kasih

Monday, August 22, 2016

Anak Angkat Baru

Haa... ni lah rupa anak-anak angkat KN. Anak-anak yang nak sangat bela. Sanggup habiskan duit raya nak beli kucing.

 Memang gelagat budak2 dua ekor ni buat rumah bertambah berseri.

 Me-Me & De-ni in the house!


Memang berkepit je Me-me ngan De-ni ni. Hehehe. Gambar Me-me semua tengah tido. Kuat membuta betul anak dara KN sekor tu!


Terima Kasih

Rumah Usang!

Bismillahirahmanirrahim...

Bismillah dulu sebelum nak masuk rumah usang ni... takut dah ada tuan rumah baru. Hehehe. Allah... dah lebih setahun rupanya KN tak balik rumah yang dulunya pernah jadi rumah nombor 3. No 1 rumah sendiri. Rumah no 2 dah tentu2 kat opis. Ni kira rumah no 3 la... Hahaha. Kasi can KN nak meroyan kejap kat sini ye... Huhuhu

Kenapa ek tetiba KN teringat nak bukak blog ni? Hmm... ntah la. Tetiba je datang teringat. Maklumlah... dah lupa pernah ada blog. Lebih setahun dah kot! Atau mungkin dah sampai musim durian? Hahaha. Boleh jadi jugak!

Bila dikenang2 balik... macam2 dah berlaku dalam hidup KN ni. Dah terlambat pun nak share kat sini. Terkini, KN agak sibuk sikit sejak ber'anak' kecik ni. Sekali dapat kembar dua... tak sama umur dan tak seiras langsung! Tapi 2 ekor ni lah yang buat KN tak sabar2 nak balik rumah. Hahaha. Menangis kecik hati anak2 KN kalau dengar ni. Tapi seriously... hidup KN bertambah ceria dengan kehadiran budak 2 ekor tu. Satu Me-me. Satu lagi De-ni. Suka suki benak kitaorang je bagi nama. Senang2 nanti KN update gambar 2 ekor anak kucing KN tu ye... Bye bye...




Terima Kasih

Book Giveaway by Abam Kie and Friends

Assalamualaikum...

Pertama kali setelah lebih setahun tak join giveaway. Tujuan KN join pun sebab tertarik dengan hadiah buku tu... hehehe.

Tujuan lainnya sebab Giveaway by Abam Kie kot! Apa lagi tunggu... Jom la join!

http://www.zukidin.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

Klik Banner dan join! :)


Terima Kasih

Wednesday, June 17, 2015

Apakah? Apakah? Apakah?

Memang rasa ketinggalan sangat rasanya KN kali ni... macam baru bangun dari koma pulak rasanya... Bukak je blog ari ni, baru perasan iklan nuffnang dah hilang... nak komen kat blog kawan2 pun dah kena verify macam2... agaknya apa lagi perubahan2 yang KN tak perasan ye...

UPDATE: Setelah digodek2... akhirnya dah muncul nuffnang ads... hehehe... Alhamdulillah... 


Terima Kasih

Assalamualaikum... Hai...

Alhamdulillah... setelah hampir setahun KN tak menulis dan merapu kat blog kesayangan ni, hari ni sempat jugak menjenguk kat sini... Apa khabar lah agaknya kawan2 blogger sekalian. 

Dalam masa lebih 10 bulan KN tak bersiaran ni sebenarnya rasa rindu sangat2 kat blog ni... rasa tak sabar nak jengah walaupun sekejap. Akhirnya... hari ini lah harinya... hehehe...

Esok dah nak puasa... So, dengan rendah hati KN nak ucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian... Ampun dan maaf dipinta jika ada silap dan salah... Semoga puasa dan segala amalan kita semua di bulan ramadhan ni akan diterima. Aamiin...



Terima Kasih

Tuesday, August 26, 2014

Segmen : Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

Petang ni KN rasa macam nak join segmen ni... Nampak macam ada masa lagi ni... lagipun dah lama tak join segmen atau GA.

Jom la join juge...

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html

Klik Banner tuk join... atau SINI


Terima Kasih

Monday, August 25, 2014

Masih mood raya!

Kepada semua rakyat Malaysia...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!


Setakat mana semangat kita sekarang ni? Ada pasang bendera kat kereta? Rumah? Tempat kerja? Harap semangat patriotik kita bukan hanya setakat pasang bendera... tapi penghayatan tentang kemerdekaan tu yang penting. Setuju?

Tapi KN sendiri masih dalam mood raya... hehehe... kejap lagi ada jamuan raya lagi di office ni. Kalau hari tu department KN, hari ni department lain pulak... baru nak berjinak2 dalam menguruskan badan sambil2 puasa ganti... dah nak kena stop dulu lah nampaknya! hehehe... alasan je tu. Boleh?

#Patutlah rasa stress lain macam je kebelakangan ni... rupanya dah lama tak jengok blog!


Terima Kasih

Monday, August 11, 2014

Jamuan Raya di Office

Minggu lepas ada jamuan raya kat office yang mana dianjurkan oleh support staff. So, KN ni kira antara penganjur jugak la... Tapi tugas KN buat koktail je. Mudah! hehehe... campak2 je... tak payah nak masak2... siap untuk dihidangkan...

Meh kita layan je gambar makanan yang ada...





Antara menu yang terlibat:
Nasi Lemak (teringat2 pulak time pose2 cam ni...)
Mee kari
Satay
Roti jala
4-5 jenis puding
Lemang
Ketupat & rendang
Tapai
Spagetti
Pelbagai jenis buah2an

#Balik rumah timbang berat naik 2kg! Huhu


Terima Kasih

Istiqamah...

Nampaknya hari ni dah boleh mula menjengok semula kat blog tersayang setelah sekian lama terbengkalai dek kesibukan tuan punya. Susahnya nak istiqamah... Bukan setakat istiqamah menulis blog. Berkenaan perkara2 lain pun sama jugak... 

Bila mood untuk menulis start hilang, dia akan lama hilang. Nak tunggu muncul balik punyalah payah! So, hari ni memang KN paksa diri untuk start menulis semula walaupun mungkin entry ni tak ada isi penting pun... hehehe... Kalau ambik UPSR, tulis karangan macam ni agaknya dapat D kot!

Sebenarnya banyak je benda nak tulis, nak cerita... tapi semuanya tak menjadi. Memang otak dah jadi tepu dah. Bertambah parah bila line internet musim2 raya ni agak menguji kesabaran. Kat rumah line memang sangat slow! Quota internet yang biasanya waktu ni dah nak habis tapi sekarang ni masih ada lagi separuh!

Apa lagi tunggu? Start malam ni kita BW sampai abis quota internet. Esok lusa dah nak renew quota baru dah!

Kepada kawan2 semua, sila ready sebab KN akan start gi beraya rumah masing2 ye... hehehe...


Terima Kasih

Wednesday, July 23, 2014

BW je...

Hari ni... masih lagi tak de mood nak menulis... so... nak BW je boleh? Mood nak raya dah kot kan? hehehe


Terima Kasih

Sunday, July 13, 2014

15 Ramadhan...

Rupanya dah lama betul KN tak jengok kat blog kesayangan KN satu2nya ni... Agaknya dah dekat sebulan kot! Sejak dua menjak ni, sibuk yang teramat. Tambah pulak bulan puasa. Malam2 memang dah tak bukak laptop. Biasanya balik terawih, kepala asyik ingat kat bantal je. BW pun memang dah lama tertangguh. Nasiblah ada kawan2 yang masih sudi nak menjengok ke sini... Bagi yang dah susah payah menjengok dan follow KN, Insyaallah... KN akan usahakan lawatan balas secepat yang mungkin...

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk ramadhan yang ke 15... tinggal separuh je lagi nak kejar keberkatan bulan yang mulia ni. KN dan anak2 dah tak sabar nak balik beraya kat kampung di Penang... Cuma En Suami je lah kot yang akan nangis malam raya sebab kena beraya rumah KN pulak tahun ni... hehehe... Harap semuanya berjalan seperti yang dirancang dan dipermudahkan... Amin...


Terima Kasih

Thursday, June 26, 2014

Kemaafan dendam yang terindah!

Alhamdulillah. Hari ni Allah hantar seseorang untuk memberi peringatan kepada KN tentang memaafkan. KN sangat respect orang yang sanggup datang dan mintak maaf pada KN sebab terasa dia dah buat KN kecik hati hari ni... dan KN tak sangka dia akan datang dan minta maaf secara berdepan dan penuh keikhlasan. Walaupun sebenarnya KN tak simpan dalam hati pun. Serius... keikhlasan dia buat KN malu pada Tuhan!

Apabila hati kita merasa marah atau kecil hati dengan perbuatan seseorang, ingatlah... kita juga mungkin pernah membuatkan orang marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita. Sama2lah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang diberikan kekuatan untuk memohon maaf dan memaafkan.

"YA ALLAH, DI KETIKA AKU MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMINTA KEMAAFAN.
MANAKALA
DI WAKTU ORANG LAIN MELAKUKAN KESALAHAN KEPADAKU, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMBERI KEMAAFAN"

#Bersempena dengan bulan ramadhan yang hampir tiba ni, KN nak memohon maaf kepada semua pembaca2 dan kawan2 semua andainya pernah mengguris hati sesiapa dengan tulisan KN di blog ni... Semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua... Amin.


Terima Kasih

Wednesday, June 25, 2014

Kerusi Study Baru Aiman


#Dah kalah ke?


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati