Thursday, June 26, 2014

Kemaafan dendam yang terindah!

Alhamdulillah. Hari ni Allah hantar seseorang untuk memberi peringatan kepada KN tentang memaafkan. KN sangat respect orang yang sanggup datang dan mintak maaf pada KN sebab terasa dia dah buat KN kecik hati hari ni... dan KN tak sangka dia akan datang dan minta maaf secara berdepan dan penuh keikhlasan. Walaupun sebenarnya KN tak simpan dalam hati pun. Serius... keikhlasan dia buat KN malu pada Tuhan!

Apabila hati kita merasa marah atau kecil hati dengan perbuatan seseorang, ingatlah... kita juga mungkin pernah membuatkan orang marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita. Sama2lah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang diberikan kekuatan untuk memohon maaf dan memaafkan.

"YA ALLAH, DI KETIKA AKU MELAKUKAN KESALAHAN KEPADA ORANG LAIN, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMINTA KEMAAFAN.
MANAKALA
DI WAKTU ORANG LAIN MELAKUKAN KESALAHAN KEPADAKU, ANUGERAHKANLAH KEKUATAN UNTUKKU MEMBERI KEMAAFAN"

#Bersempena dengan bulan ramadhan yang hampir tiba ni, KN nak memohon maaf kepada semua pembaca2 dan kawan2 semua andainya pernah mengguris hati sesiapa dengan tulisan KN di blog ni... Semoga ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terbaik buat kita semua... Amin.


Terima Kasih

Wednesday, June 25, 2014

Kerusi Study Baru Aiman


#Dah kalah ke?


Terima Kasih

Tuesday, June 24, 2014

Harga sebuah sabar...

Peringatan untuk diri sendiri...
Hadapi setiap ujian dengan penuh kesabaran


Salam Ramadhan kepada semua umat islam... Semoga kita dapat memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaik2nya... Amin.


Terima Kasih

Monday, June 23, 2014

Luahan hati seorang ibu OKU

Sekarang ni kecoh cerita seorang ibu yang sanggup kurung anak OKU. Sampai tinggal tulang rangka! Subhanallah... First time KN baca kisah remaja tu masa kat kedai makan. Masa tu jugak air mata KN mengalir laju... Dah tak peduli kat orang di sekeliling. Sedih yang teramat!

Bagi mereka yang tak pernah ada anak OKU atau CP (Cereberal Palsy) pun rasa sedih dan terkilan... Apatah lagi KN yang pernah menjaga anak yang mengidap CP ni selama 6 tahun. KN betul2 tak boleh faham apa yang ibu remaja tu rasa. Sanggup memperlakukan anak sampai begitu sekali.

Bagi KN, anak macam tu lah yang KN paling sayang dan sanggup pertaruhkan nyawa berbanding anak2 yang sihat. KN faham semua kesusahan yang terpaksa ditanggung untuk membela anak OKU ni. KN faham juga kos untuk perubatan dan pembiayaan anak CP ni memang tinggi... Tapi kan sebagai seorang ibu, dia sepatutnya sanggup berkorban harta dan nyawa demi anak tu. Maaflah kalau kata2 KN ni keterlaluan sebab KN tak boleh terima perbuatan ibu yang begitu!

Tapi KN percaya... Tak ada ibu yang tak sayangkan anaknya. KN pun tak berada tempat ibu tu. Mungkin KN lebih bernasib baik sebab ada suami yang sama2 menjaga anak CP ni... agak mampu untuk tanggung perbelanjaan anak dan bagi yang terbaik. Maka KN yang memandang dan mendengar ni hanya mampu mendoakan yang terbaik buat remaja tu...


Terima Kasih

Sunday, June 22, 2014

Hilangkan tekanan dengan menulis di blog

Tengok tajuk pun dah tau dah apa status diri KN sekarang kan? Nak kata tertekan sampai nak gila tu tak de lah... tapi dah senget2 dah tudung sebab tertekan! hehehe... Minggu ni akan ada external audit kat office KN. Sebagai salah seorang yang bertanggungjawab untuk pastikan audit ni berjaya dan berjalan lancar, KN agak tertekan jugak lah sekarang ni.

Tekanan tu bertambah lagi sebab dah beberapa hari KN tak BW untuk menambah ilmu dan motivasi diri... Hadoiyai! 

Bila bukak account Nuffnang pun, earning pun naik sikit2 je... Nasib baiklah ada lagi 4 CPUV yang tengah berlari2 anak. Ok lah tu kan?

Oklah, KN stop dulu kat sini. Hilang sikit rasa sakit kepala KN yang dari pagi dok menatap dokumen2 yang perlu disediakan. Masih banyak lagi yang perlu dibuat. Doakan KN ye kawan2. Dah settle audit minggu ni, KN akan terjah blog2 yang setia ke blog KN ni ye...


Terima Kasih

Thursday, June 19, 2014

Anak oh anak!

Tetiba je KN teringat masa zaman anak2 kecik2 dulu... Sekarang ni anak2 KN hanya tinggal 2 dan dah besar2 semuanya... Kira besar lah tu kan... bila banyak benda diaorang dah boleh buat sendiri...

Ingat lagi masa KN dan suami setiap pagi selalu bergegas bangun dan kalut ribut sebab nak kena siapkan anak2 dan hantar ke nursery sebelum pegi kerja. Kelakar pun ada... 

Ingat lagi betapa KN hari2 rasa tak sedap hati sebab kena tinggalkan anak di nursery sebab banyak kan, kita dengar cerita2 yang tak best pasal nursery ni. Tapi apa yang KN mampu buat masa tu bila hanya tu je pilihan yang KN ada? Untunglah kepada sesiapa yang boleh hantar anak2 pada mak ayah sendiri untuk jagakan ataupun dapat cari penjaga yang baik.

Tapi alhamdulillah, KN antara orang yang bernasib baik sebab dapat hantar anak ke nursery2 yang baik. Mula masa di Ampang sampailah KN pindah ke Terengganu. Walaupun KN pernah hantar ke nursery sorang anak istimewa, tapi KN sangat puas hati sebab pengasuh semuanya baik2. Diaorang jaga anak KN tu lebih daripada anak2 yang lain. Nama pun anak istimewa kan? Layanan pun tentu lah istimewa jugak! Ye dak?

Sekarang ni bila anak2 dah besar sikit, kerenahnya lain pulak. Dan kita akan sentiasa rindukan keletah mereka...


Gambar zaman dulu2. Camera phone tak cukup canggih lagi... hehe

Ada ke yang ada cerita2 menarik tentang anak2 kecil nak kongsi?

#Bila lah KN nak timang baby lagi... rindu pulak rasanya nak ada baby kecik kat rumah. Walaupun sure penat tapi best! Hehehe


Terima Kasih

Kuih Lompang

Kuih lompang ni KN jumpa masa pegi pasar kat rumah. Dah lama sangat tak makan kuih lompang ni. Kalau masa kecik2 kat Penang, kuih ni biasa je jumpa dan makan. Tapi kat Terengganu ni, ni lah pertama kali KN jumpa... dan tak pasti lah pulak kat sini kuih ni dipanggil apa.

Apa yang pasti, KN sangat suka apa sahaja makanan yang berasaskan gula merah.

Kalau masa dulu 5 biji RM1, yang ini 5 biji RM2. Boleh la... Padahal kalau nak buat sendiri pun mudah je. Tapi KN kan... faham2 je la!


Terima Kasih

Wednesday, June 18, 2014

Surprise untuk My Lovely Daughter!

2 hari lepas ada orang yang menayang jualannya depan mata KN lagi... Kali ni yang ditanyangnya adalah sebuah beg yang ada jam dan boleh tukar2 talinya. Macam2 warna! So, masa tengok tu terus teringat kat Airin. Apa lagi... Terbanglah RM40. Ntah berbaloi ke tidak. Hari ni dah dapat beg tu. Tak sabar nak bawak balik umah dan bagi pada Airin... hehe... mama dia ni memang suka melebih2 kan?

Yang penting pink lagi! Haha... sebenarnya anak KN yang sorang ni tak suka pink!

 

Boleh la... buat pakai masa raya. Baju kaler apa pun boleh matching!


Terima Kasih

Pink is my passion!

Baru perasan... ini baru barang kat opis... kat rumah? hehe...


Terima Kasih

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Dah lama jugak KN tak join segmen atau GA ni... sibuk memanjang sekarang ni... Tapi Aniesa punya pasal, KN join lah jugak! hehe... nampak tak ayat bodek kat situ?

http://aniesaahmad.blogspot.com/2014/06/segmen-blogwalking-bloglist-by-aniesa.html
Sape nak join, sila klik banner ye...




Terima Kasih

Monday, June 16, 2014

Teringin nak buat selimut patchwork!

Dah kenapa pulak KN ni kan... tetiba je daku teringin... sangat2 nak buat selimut patchwork ni. Ala2 banyak masa yang terluang gitu!

Sebenarnya KN ni memang keras tangannya... walaupun tak kreatif tapi sangat2 suka benda2 kreatif. So, sebagai permulaannya... KN rasa macam nak try je buat selimut atau cadar patchwork ni. Nak ajak anak dara KN... buat sama2. Kain cotton beli tak jadi nak buat baju ada 16 meter lagi. Dari membazir, baik buat apa2 yang patut! Ye dak?

Bila diingat2 semula, fesyen patchwork ni dah femes masa KN kecik2 lagi. Tok dulu selalu jahit cantum kain2 perca jadi selimut dan sebagainya. Tapi sekarang ni fesyen tu dikenali dengan nama patchwork.

Ada tak sesape yang nak bantu KN cara nak buat?

Dapat buat cam ni pun kira dah bangga sangat dah ni...

Sumber: Google



Terima Kasih

Tuesday, June 10, 2014

Kuih Sepit Coklat

1st time KN order kuih sepit perisa coklat ni. Sedap jugak! Macam2 ciptaan kuih2 baru di pasaran yang mana KN rasa tindakan bijak yang diambil oleh peniaga2 ni. Tak de lah asyik jual kuih yang sama je kan? Apa2 pun KN dah bukak dan rasa. Haruslah habis hari ni jugak! hehe... Nak raya nanti kita order yang baru pulak.

Ni lah rupanya kuih sepit perisa coklat tu. RM20 sebalang. Ada jugak perasa peanut butter... pun sedap jugak katanya...


Terima Kasih

Thursday, June 5, 2014

Menyesal!

Hari ni KN sangat2 menyesal... sebabnya terluahkan perasaan yang selama ini dah terpendam lama. Akibatnya KN sangat menyesal sekarang ni. Lepas KN dah luahkan perasaan tu KN rasa bertambah pulak perasaan2 yang tak best tu. Bodohnya rasa!

Menyesal TIDAK BERBICARA lebih baik daripada menyesal BERBICARA

Sekian, terima kasih sebab sudi baca luahan perasaan KN ni... 

#Lega!


Terima Kasih

Tuesday, June 3, 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random : '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !



Terima Kasih

Monday, June 2, 2014

Bila En Nuffnang bersuara...

Awal pagi tadi KN check email macam biasa. Tapi tertangkap satu email dari nuffnang. Tajuknya Penilaian penempatan iklan - Nuffnang.

Katanya... 
Berdasarkan penilaian yang telah kita lakukan terhadap blog anda (naniedean.blogspot.com), pihak Nuffnang ingin memberitahu anda bahawa penempatan unit iklan yang ada pada blog anda telahpun dinilai sebagai "Tidak Memuaskan" oleh sistem kita. Keputusan penilaian unit iklan yang ada pada blog anda adalah seperti yang berikut: - Lokasi skyscraper(SS) telah dinilai sebagai "Tidak Memuaskan".
Katanya lagi...
Penempatan unit iklan yang baik akan meningkatkan peluang unit iklan dilihati pelawat blog anda, dan secara langsung meningkatkan Click-Through-Rate (CTR) serta pendapatan anda dengan bilangan pelawat blog yang anda ada. Pendek kata, kedudukan unit iklan yang lebih baik akan mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan.


Serius KN tak paham apa yang tak kena pada kedudukan iklan nuffnang kat blog KN ni... Namun KN redha je... yang sedia ada pun orang yang tolong letakkan. Memang tak retilah KN nak adjust2 balik. Walau bagaimanapun, harap Nuffnang masih sudilah untuk menempel di blog KN ye...


Terima Kasih

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Cuti sekolah dah separuh dah habis, KN tak sempat pun nak bawak anak2 ke mana2. Masalah kesibukan dan kesihatan yang tak mengizinkan. So, jom kita jalan2 dalam segmen je!

Nak join? Klik je banner tu ye... jangan malu2!

http://www.ayuinsyirah.my/2014/05/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html

Selamat bersegmen ye...


Terima Kasih

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya menyepi dari dunia blog ni. Rindu tak tau nak cakap la... BW pun tak sempat seminggu ni. Pageview pun jatuh merudum. CPUV pun yang on going dah tinggal sikit. Rupanya banyak betul kesannya bila entry tak update, BW tak jalan.

Cuma KN kagum kepada kawan2 yang setia singgah dan tinggalkan komen dan jejak. KN hargai sangat2. KN akan balas lawatan anda semua secepat yang mungkin ye.

Sebenarnya 2-3 menjak ni kesihatan KN terganggu sikit. Allah nak test. Insyaallah KN redha dan sekarang ni sakit tu dah beransur baik. Alhamdulillah. Yang penting dalam sakit2 tu makan lalu je... hehehe


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati