Wednesday, December 11, 2013

IUI second time...

Apa maknanya? IUI yang macam pernah aku cerita kat SINI didapati telah gagal buat kali pertama! Tak pe... jangan pernah putus harapan dan usaha. Makanya... aku jumpa lagi Dr pada appointment lepas dengan penuh dengan bunga2 harapan. 

Seperti yang aku dah jangkakan... Dr cadangkan aku buat sekali lagi... Dr cakap sepatutnya dia boleh cadangkan untuk aku buat prosedur IVF (bayi tabung uji). Malangnya sebab aku dah ada anak, aku tak boleh buat kat HSNZ. Sampai hati...

Rasionalnya, kalau buat mereka yang memang tak pernah ada anak, boleh le nak buat prosedur IVF tu kat hospital kerajaan. Sebabnya kos dia sangat mahal dan kerajaan bagi subsidi. So hanya mereka yang layak dan terdesak sahaja akan dilayan. Bagi aku yang terdesak nak tambah anak ni... sila buat di hospital swasta! Kosnya? Mungkin belasan atau puluhan ribu! Kalau kat HSNZ ni kos dia cuma RM3000 je.

Tapi tak pe... kita cuba buat IUI sekali lagi... usaha tu kan tanda kejayaan... Lagipun tak mahal sangat! RM45 je. Harap kali ni adalah rezeki...



Terima Kasih

3 comments:

  1. Moga dper,idahkan k Nanie..insyaAllah ada rzeki..:-)

    ReplyDelete
  2. semoga berjaya... Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati