Wednesday, November 27, 2013

Pengalaman buat IUI

Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti nakkan cahaya mata... bagi yang dah ada cahaya mata pun... masih ada juga yang nak tambah lagi... itulah yang terjadi kepada aku dan suami... setelah ada 3 anak... tapi masih nak tambah lagi! tapi malangnya rezeki tak menyebelahi kami. So, aku dan suami dah sepakat untuk buat IUI. Bukan tak puas hati dengan apa yang Allah dah bagi... tapi lebih kepada nak capai target... hehehe... 

Senario dia macam ni la... anak sulong aku dah nak masuk 13 tahun. Anak kedua dah nak masuk 12 tahun. Anak ketiga (Allahyarhamah) kalau masih ada dah nak masuk 9 tahun. Ini bermakna aku dah menunggu selama 8 tahun untuk dapatkan zuriat lagi. Masalahnya aku dan suami normal. Tak ada sebarang masalah. Cuma mungkin bukan rezeki lagi. So, tak salah lah rasanya untuk berusaha...

IUI (Intrauterine insemination) adalah antara prosedur yang boleh dicuba untuk dapatkan baby. Walaupun dengar macam takut. Tapi sebenarnya prosedur tu sangat mudah. Itupun mungkin bergantung kepada individu. Tapi kalau sesiapa yang dah pernah melahirkan, mungkin tak rasa susah.

Bagi aku yang dah follow up dengan hospital kerajaan (HSNZ), lepas 2 kali appointment, Dr dah cadangkan kami buat IUI. Cuma kena tunggu masa kita period la. Prosedur ini akan dimulakan pada hari pertama period. Kita akan dibekalkan dengan ubat Clomid dan perlu makan dari hari ke-2 sampai hari ke-6 (5 hari). Hari ke-7 hingga ke-9, aku diberi ubat dan kena suntik sendiri kat rumah. Ha! yang ni mula2 aku dengar cam takut... tapi bila nurse dah ajar... Oh! mudah sangat! Beres! Hari ke-11 baru lah aku kena pergi hospital semula. Kali ni untuk buat TVS (Scan untuk check saiz telur). Hmm... untuk kes aku ni... tak cukup besar. So, 2 hari kemudian pergi lagi... Kali ni alhamdulillah... Saiz telur dah sesuai untuk buat prosedur IUI tu...

So, pada 3 Oct lepas, aku melalui prosedur tu buat kali yang pertama. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar... hehehe... sukanya macam dah dapat baby kan... Prosedur pada hari tersebut bermula...

9.30 pagi dah dapat sampel dan hantar ke lab IVF untuk buat 'sperm washing'.
9.45 pagi pegi daftar dan bayar RM45 (lepas tu pegi lepak2 kat kantin hospital dengan perasaan yang berdebar2)
10.30 pagi nurse call sebab sampel dah ready. Tapi bila nurse check, perut kurang air... so tak boleh nak buat lagi... ha tunggu kat atas katil sambil minum air lagi...
11.15 pagi baru la prosedur IUI bermula. Masa ni adalah rasa seram2 sikit sebab nampak alat yang macam mulut itik tu... Hmm... tak sakit. Tapi agak rasa kurang selesa masa sperm dimasukkan ke dalam rahim melalui satu tiub panjang... Alhamdulillah Allah permudahkan... lepas tak sampai 10 minit semuanya selesai... Cuma lepas tu Dr suh baring dalam 30 minit.

Itulah antara pengalaman yang boleh dikongsikan... Saja je nak tunggu 27 November baru nak kongsikan.... sebabnya sepatutnya masa ni aku dah tau lah berjaya atau tak... dan tak de la kawan2 yang baca entry ni nak kena tunggu entry berikutnya untuk tahu aku berjaya ke tak kan? kan? Hahaha... Bajet cam ada lah orang yang nak ambik tau kan!

So, lepas 3 minggu prosedur tu berlaku aku patutnya dah period... tapi tak! nampak tak macam dah berjaya???? Malangnya tak! Huhuhu... period aku datang jugak walaupun lewat 1 minggu... So, aku tak putus asa... jumpa doktor semula 4 Dis ni... Moga kali ni adalah sinar harapan.

Kepada yang terbaca entry ni... mohon doakan semoga kali ini kami berjaya. Terima kasih.




Terima Kasih

4 comments:

  1. Insyallah..saya doakan kejayaan awak...jangan cepat putus asa

    ReplyDelete
  2. insyaAllah moga ada rezeki lepas ni..tapi seluruh kos untuk buat IUI ni berapa ye kat hospital kerajaan?

    ReplyDelete
  3. Tq pada semua yang sudi mendoakan...

    Amirah... kos kesuluruhan buat IUI kat hospital kerajaan murah je... RM45 ringgit + RM5 untuk setiap kali pendaftaran nak jumpa ngan Dr. Tapi kalau kerja ngan kerajaan free je.

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati