Monday, May 14, 2012

Perlukah menyesal?

Bila dikenangkan semula... dalam hidup aku ni, banyak kesilapan pilihan yang aku dah buat... Bila difikir2kan... wajarkah aku menyesal? Berdosakah kalau aku menyesal? Tapi kekadang... di luar sedar, aku memang menyesal dengan apa yang berlaku. Aku hanya manusia biasa...

Namun aku sedar... bila kita buat kesilapan, kita akan belajar cara nak baiki kesilapan tu... itulah yang dinamakan pengalaman. Semoga apa yang pernah terjadi dalam hidup aku ni akan jadi pengajaran buat aku di masa depan...Amin...


Terima Kasih

Cuak betul!

Aduyai... semalaman tak leh tido bila mengenangkan phone yang dah macam diary tu tetiba je blackout dan tak leh nak on. Sangatlah cuak! Mana tak nya... dengan no akaun, nota2 peribadi sume segala bagai kat dalam tu. Itu belum gambar yang dah cecah 2000 keping kat dalam tu... Huhuhu... Ingatkan habis bateri... bila charge pun tak leh jugak. Sudah! bila test charger yang sama kat ipad ok pulak... maknanya charger tu tak bersalah! Agaknya satu hari tu orang nak call tak dapat... sementelah hari cuti pulak... maknanya memang aku tak kisah pun kat phone tu...

Tetiba teringat ada satu phone nokia yang harga tak sampai RM100 tu... Alhamdulillah boleh le... tak de rotan akar pun berguna... dan sejak tu aku dah rasa cam ni lah satu2nya phone yang berjodoh panjang ngan aku. Bila tukar phone tu... berebut sms masuk... alamak! Sori le... Sampai kul 2 pagi ada lah 1 sms masuk dan smsnya berbunyi... 'Kak Nani nak main badminton tak hari ni?' hahaha... ajak main badminton kul 2 pagi... boleh tahan! 

Keesokannya dengan penuh pengharapan aku pegi kedai phone depan opis aku... Staf kat kedai tu masukkan je charger yang ada kat kedai dia, terus je nyala phone aku tu... Chesss! Sudahnya ok je phone tu sampai sekarang tapi sampai sudah aku tak tau apa ke halnye dia buat perangai... Anyway semuanya dah selesai... Alhamdulillah...



Terima Kasih

Friday, May 11, 2012

Alhamdulillah... Rezeki jangan ditolak...

walaupun dah lama menanti... akhirnya tercapai jugalah hasrat untuk sambung belajar lagi... agak lama la simpan hasrat tu yang dah hampir nak terkubur ni... 

Tetiba pulak baru2 ni dapat email senarai nama aku keluar untuk sambung belajar... 100% company tanggung... syukurlah. Walaupun tak de lah hebat sangat... Program MBA je... tapi dah lama sangat keinginan nak sambung belajar ni... agaknya dah dekat 5 tahun menunggu.

Tapi ada jugak la bahagian yang agak menakutkan... 1st class dah belajar module research methodology... sangat la tak minat subjek tu... mengelabah jugak la nak paham... siap dah ada assignment project. Fuhhh! Nak cari jurnal pun satu pekdah! Itu belum nak baca dan nak paham dan nak analyze... huhuhu... rasakan! Nak sangat kan???

Masa 1st class tu jugak aku dapat tahu... rupa2nya... aku and the gang belajar ngan U oversea... cuma blajar je kat MSU... Huh! Conventry University, London. Hahaha... cam bagus kan??? U tu memang bagus la... aku ni je yang tak tau bagus ke tak! Masa 1st class tu Prof dari Conventry tu yang turun bagi lecture... agak nganga la jugak aku masa kat kelas tu...

Hopefully, aku dapat la tamatkan pengajian aku ni... sekurang2nya ada le sikit peningkatan dalam hidup ni... Amin...


Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati