Tuesday, December 18, 2012

Perasaan!

Rasanya dah lama sangat tidak bersiaran di blog tersayang ni… rasanya semuanya macam dah tak biasa. Namun aku bersyukur sebab masih dikurniakan kesempatan untuk menulis lagi… Masih mampu untuk berkongsi rasa. Rasa yang macam-macam!


Sepanjang 2 bulan kebelakangan ni  terlalu banyak perkara yang dah terjadi dalam hidup aku bermula daripada penghijrahan ke rumah baru… Alhamdulillah, walau dalam usia aku yang dah beransur tengahari nak ke petang ni… aku akhirnya mampu punya rumah sendiri… (mood: bahagia!)


Personal enrichment… hmm… aku masih lagi belajar…  belajar jadi anak yang solehah… isteri dan ibu mithali… pekerja yang positif… dan menjadi pelajar yang mahu berjaya! Namun, dalam proses pembelajaran ni… kadang-kadang aku rasa macam nak berputus asa… (mood: tertekan!)


Rindu sangat pada Nur Anis Ainina… rindu yang teramat! Rindu yang tak mungkin ada penghujungnya… hanya mampu berdoa semoga aku mampu jumpa dia di syurga! (mood: sedih sangat!)


Apa2 juga perasaan yang muncul, pastinya ia datang dan pergi… hidup mesti diteruskan… Semoga ada sesuatu yang indah akan muncul lagi… Amin.



Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati