Monday, September 27, 2010

2 Adik Di Rumahku!

Dah bertambah 2 orang yang bernama adik kat umah aku... 1st adik adalah anak aku yang bongsu... 2nd adik adalah adik kandung aku yang bongsu... meriah betul umah aku sekarang ni... dah bertambah ahli... aku suka... bila 2nd adik ada kat umah aku, sangat mudah urusan aku... boleh jadi driver aku kalau hubby tak de kat umah... tak de lah aku payah sangat nak bergerak... tambah pulak bile dia belajar kat kolej yang aku ngajar... bukan la nak ambik kesempatan, cuma aku rasa suka sebab tolong mama ngan abah jaga adik aku ni... kalau tak banyak, sikit2 boleh bantu mama ngan abah pun aku dah cukup bahagia...


Terima Kasih

Baiknya Hati Die...

Terharu pulak bila ada kawan lama yang sudi downloadkan lagu Don't Cry Joni untuk aku di FB... Tq So Much... Suka sangat2...




Terima Kasih

Saturday, September 25, 2010

Sedehnye Lagu ni...

Satu lagi lagu yang sangat sedih untuk di dengar... lagu Conway Twitty & Joni... i'm sorry for you Jimmy... tu la masa Joni nak buat jual mahal... hehehe... lagu sekolah menengah lagi... sampai sekarang aku suka lagu ni... melody die sedih sangat... betul ke bila ada orang cakap orang yang suka tengok cite sedih... dengar lagu2 sedih ni sebab dia tak penah rasa sedih... hidup die happy je memanjang... tapi kalau orang yang selalu rasa sedih... dia tak suke dengar lagu2 sedih... atau tengok cite2 sedih... sebab takkan dia nak bersedih sepanjang tahun pulak kan???

Aku saja je suka suki nak letak lirik lagu ni untuk dihayati... nak download lagu tak reti... hehehe

DON'T CRY JONI

Woman- Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.

Man - Joni was the girl who lived next door
I've known her I guess ten years or more.
Joni wrote me a note one day.
And this is what she had to say.

Woman-Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up someday you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.

Man- Slowly I read her note once more
Then I went over to the house next door
Her tear-drops fell like rain that day
When I told Joni what I had to say.

Man- Joni, Joni please don't cry
You'll forget me by and by
You're just fifteen and I'm twenty two,
and Joni I just can’t wait for you.

Man - Soon I left our little home town,
Got me a job and tried to settle down
But these words kept haunting my memory,
the words that Joni said to me.

Woman- Jimmy please say you'll wait for me
I'll grow up some day you'll see
Saving all my kisses just for you
Signed with love forever true.

Man - I packed my clothes and I caught a plane
and I had to see Joni. I had to explain,
how my heart was filled with her memory
and ask my Joni if she'd marry me

I ran all the way to the house next door
but things weren't like they were before
My tear-drops fell like rain that day
When I heard what Joni had to say.

Woman- Jimmy, Jimmy please don't cry
You'll forget me by and by.
It's been five years since you've been gone
Jimmy, I - (married) - your best friend John.



Terima Kasih

Impianku Untuk Tulis Novel!

Impian ni aku dah tanam masa aku masuk sekolah menengah... aku suka sangat baca novel. Setakat ni novel yang aku suka baca dari penulis Norhayati Berahim. Kena je dengan jiwa aku... aku rasa die ni cam banyak pengalaman. Setiap tempat yang diceritakan dalam novel tu cam kena je... nampak cam die pernah pegi semua tempat dan penah buat sume kerja... boleh kata setiap novel dia tulis aku akan baca berulang kali... dan setiap kali baca perasaan die sama je macam first time baca... kadang2 cuba jugak penulis lain... tapi bila kengkawan recommend je... namanya aku nak try sendiri... belum lagi la...

So dari situ timbul minat dan niat untuk menulis jugak... dalam kepala aku ada banyak cerita... tapi rasa cam susah sungguh nak susun ayat... baiknya aku cuba le dulu menulis dalam blog aku ni... kot2 bila dah biasa menulis kat sini, aku berani nak start tulis novel pulak... cam kelakar pulak... umur dah 30 lebih... masih sempatkah aku? Tak kisah la... bukannya aku nak jual novel tu pun... cuma nak ada satu buku yang aku tulis, guna idea aku sendiri... guna ayat2 cinta aku sendiri... atau mungkin boleh guna pengalaman aku sendiri kot??? (syok sendiri la pulak)... Harapnya, dapatla aku tulis novel impian aku tu walaupun hanya satu je sebelum aku tutup mata...


Terima Kasih

Tengah layan lagu Damasutra!

Sementara tunggu hubby aku sampai umah daripada outstation, tetiba terlayan lagu ni... memang syahdu... tak tau apa yang aku suka sangat pasal lagu ni... dari dulu lagik... cam berantu pulak... mana taknya, masa masih study dulu... masa tido aku suka pasang lagu... biar aku tak dengar pun... sampaikan bila kuar je lagu ni... minda aku yang tanpa sedar tu boleh terjaga dek mendengarkan lagu ni...

Damasutra


Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Umpama mimpi dalam mimpi




Terima Kasih

Friday, September 24, 2010

Jumaat yang Bekerja!

Rasa sangat mengantuk... kalau kat rumah ari jumaat cam ni... mesti aku dah tido... ngantuk sangat2... sikit2 lagi aku rasa nak landing kat belakang kerusi keje aku skarang ni... dah la ada tikar... ada bantal... ada selimut... dah macam kat bilik tido dah... mujur ada bilik sendiri...ni sume gara2 kena bawak adik ke opis. Hubby kena outstation ke KL. Biasanya kalau keje ari jumaat cam ni confirm dia yang jaga adik kat umah... Nasib baik jugak le adik ni tak banyak songel. Buat hal sendiri je... sempat jugak aku siapkan annual report yang patutnya dah antar hari tu lagik...


Sedapnya die tido... mama rasa cam nak join je...




Aik... nak tolong mama buat keje ke???


Antara aksi bosan adik kat opis mama...


Kelakar jugak bila ada insan yang terpaksa berkongsi nasib yang sama. Terpaksa bawak anak datang opis. Opis dah jadi macam nursery...

Emm... mata dah nak tertutup sangat dah ni... nak tutup pintu bilik jap... pastu nak landing jap kat belakang... kejap je tau...



Terima Kasih

Aku yang tak cool semalam...

Sejak petang semalam, jiwa aku tenang semula... tak macam pagi... ter'emo' sikit... biasanya aku bukan cam tu. Biasanya aku malas nak layan jiwa emo aku ni... agaknya memang rasa tertekan sangat kot semalam... nak kata sebab bulan mengambang... lambat lagi... anyway, hati aku dah rasa tenang dah... cam tu la aku sebagai seorang aku... thanks to all kawan2 yang sudi melayan statement aku yang pelik2 kat FB pagi semalam...



Terima Kasih

Thursday, September 23, 2010

Hari-Hari Aku yang Sangat Tertekan!!!


Custom Glitter Text


Buat pertama kalinya aku rasa sangat tertekan menjadi seorang ketua... kalau jadi ketua, aku tak boleh buat salah! tak boleh buat silap! kena sentiasa jadi sempurna... Ya Allah! Aku rasa sangat tertekan!

Aku tak boleh menangis depan kawan2... aku tak boleh nak melenting depan staf... aku pun tak boleh nak lepaskan geram aku... nanti kata aku ketua tak profesional! Apa yang patut aku buat??? Sesekali rasa macam nak berenti 24 jam! Tapi aku tau aku tak boleh nak buat cam tu... sebab aku tak nak jugak orang lain buat cam tu... susahkan orang lain!

Akupun manusia biasa... ada masalah! Ada keraguan! Ada perasaan! Aku tak salahkan orang lain sebab tak paham aku... Aku patut salahkan diri sendiri! sebab sebenarnya mungkin aku yang tak layak jadi ketua! Ya Allah! Berikanlah aku kesabaran.

Mungkin dah tibanya aku patut berubah! Mungkin dah tiba masanya aku kena bagi laluan pada orang lain yang lebih baik, lebih sempurna dan lebih tabah! Dah banyak perkara yang terpaksa aku korbankan setelah jadi ketua... Suami, anak2, mama abah, rumahtangga... juga diri aku sendiri... Dah lama jugak aku lalui hidup aku tanpa perasaan! Cuma secebis perhatian buat keluarga... tapi itupun sangat tidak sempurna!

"Maafkan saya Abang... Maafkan mama anak2 tersayang... maafkan saya mama dan abah... Ampunkan aku ya Allah!"



Terima Kasih

Tuesday, September 21, 2010

Sambal Tumis Telur Rebus

Emm... balik opis tadi tak tau nak masak apa... adik ada kat umah, takkan aku nak biarkan dia kelaparan pulak bila duduk ngan aku... so bila aku survey2 kat dapur... aku nampak ada 5 bijik telur ayam... jeng..jeng... dapat idea nak buat sambal tumis telur... yang aku tak tahan tu... adik aku pulak bila nampak aku tengah rebus telur, terus terang dia cakap dia tak makan telur rebus... boleh muntah bila makan telur rebus... siap suruh aku call mama tanya kalau aku tak percaya...

Frust sungguh aku... baru nak bagi dia rasa penangan aku buat sambal tumis... alang2 aku dah rebus telur... aku teruskan jugak niat aku tadi... kalau orang Terengganu ni lepas rebus telur tu... pastu telur tu digoreng pulak... tanpa segan silu aku pun terus masak ikut resepi adik ipar aku...

Abis je masak aku letak je kat atas meja... pastu aku pegi semayang... abis je aku semayang, aku tengok adik aku tengah makan sampai tak toleh kiri kanan dah... bila aku jengok dalam pinggan dia, telur rebus aku tadi dah tinggal separuh... kikiki... apa maknanya tuh? Sedap lah kot aku masak kan? Siap tambah nasik... abis 2 bijik telur ayam yang aku masak tadi... tak de la pulak aku nampak dia muntah lepas tu... dengan alasan telur rebus tu aku dah goreng... isy... adik... adik... cerewet betul... siap warning aku lagi tu... nak mintak buat nescafe o ais... jangan letak susu sebab dia tak boleh minum susu pulak... macam macam la hang ni adik... nasib baik lah dapat kakak yang penuh pengertian cam aku...



Ni le rupenye sambal telur aku yang tak berapa nak jadi tuh!



Terima Kasih

Berjayakah Aku Kali Ini?

Kalau nak cerita tentang mimpi aku yang tak kesampaian ni, amatlah memalukan. Hanya tinggal berapa hari je lagi lesen L yang berjaya aku dapat buat yang ke 3 kalinya akan tamat tempoh. Kali pertama lesen L aku biarkan mati sebab aku menyampah dengan cikgu yang ajar aku dulu... merenyam sangat... maklum le masa tu tengah muda remaja... kali ke kedua pulak mati sebab aku mengandung la pulak... ni dah masuk kali ketiga... alasannya, sejak pindah balik ke Terengganu... hidup aku sangat lah sibuk dan huru hara... namun... aku masih menyimpan harapan untuk teruskan perjuangan mendapatkan lesen P hingga ketitisan darah aku yang terakhir... 6 weeks to go! Doakan semoga aku berjaya!


Terima Kasih

Bersyukur Dengan Setiap Pemberian Tuhan

SubhanaAllah... aku rasakan sangat hebat ujian tuhan pada aku sebagai hamba-Nya yang lemah... tapi setiap kali aku terpaksa teman adik kat hospital bila dia kena masuk wad, membuatkan aku sentiasa lebih bersyukur... seberat mana aku rasakan ujian Tuhan pada aku, ada lagi insan yang terpaksa menggalas ujian yang lebih berat...

Bagaimana agaknya kalau aku terpaksa tidur di wad macam jiran sebelah katil aku macam rumah kedua berbulan2 lamanya? Padahal 2 malam pun aku dah mengeluh... Macamana kalau aku terpaksa beri makan adik macam jiran sebelah katil aku melalui tiub sebab hidung dan mulut anak dia bercantum... padahal adik masih boleh hisap susu dan disuapkan nestum... Kenapa aku nak mengeluh kalau mata anak aku tak nampak sangat padahal anak jiran sebelah katil aku langsung tak boleh melihat dan langsung tak mendengar... apatah lagi nak bercakap... 2 kali seminggu anak aku sawan aku dah cukup panik dan risau sedangkan anak jiran sebelah katil aku setiap masa kena sawan sampai pernah tidak benyawa... Kadang-kadang aku susah hati sebab anak aku masih tak boleh berjalan walaupun dah 5 tahun... sedangkan anak jiran sebelah katil aku... langsung terbaring dan tak boleh bergerak... ibu dia langsung tak mengalah... Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan seperti ibu kepada anak sebelah katil aku tu... walaupun aku tahu hatinya menangis setiap hari... tapi ketabahan yang terpancar di wajahnya buat aku lebih bersemangat dan bersyukur...




Terima Kasih

Monday, September 20, 2010

Hari Jadi aku yang ke-34

Kalau dilihat pada nombor... nampak cam dah tua kot... walaupun tak de la tua sangat... dah lama rasanya aku tinggalkan zaman remaja aku... dah agak tak berapa nak ingat sangat zaman masa aku nakal dulu...

Kalau dilihat daripada kerjaya??? Ntah la agak sepadan la kot dengan usia aku... cuma kalau nak bandingkan dengan gaji pulak??? Rasa cam tak sepadan pulak dengan umur aku ni... agak cam tak berapa banyak la tu...

Nak tengok pada bilangan anak??? Just nice la... tapi macam tak capai target! Nak 8 orang anak sebelum usia cecah 40 tahun... hehehe... 5 to go!!! Kalau dapat lebih pun bagus jugak... baru la BE!

Pencapai dalam hidup??? Self esteem... emm... macam tak berapa nak tercapai... masih dalam proses nak settle down...

Pengumpulan harta??? ehem!! confirm la tak berapa nak banyak! Kalau ada yang banyak pun, hutang la... tapi akan settle tak lama lagi... GO! NANIE GO!

Apa2 pun... aku sangat bahagia dengan hidup aku sekarang... ada suami dan anak2 sebagai penyeri hidup... ada kengkawan yang sentiasa menyokong dan memahami... ada keluarga yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan aku... ada mama dan abah yang sayang kat aku... Semua tu sangat membahagiakan... dan memberi semangat untuk aku lebih tabah mengharungi sisa hidup aku yang ntah berapa lama lagi ni...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagian aku di hari lahir aku hari ni... Hanya Tuhan yang mampu membalas kebaikan kalian semua... Amin...

Terima Kasih

Wednesday, September 15, 2010

Aku, mama n abah, adik2 n aiman...


Terima Kasih

Sunday, September 12, 2010

Besarnya Pahala...

Hari raya pertama... lepas semayang raya, tak ke mana-mana pun... duduk rumah tunggu tetamu datang... yang seronoknya... tengok sedara mara dan rakan taulan datang umah... terutamanya budak2 kat kampung ni dan kampung2 sebelah... sanggup bebudak ni berjalan... nak kutip duit raya. Ada jugak bebudak ni yang tak nak masuk rumah. Duduk depan pintu dan bagi salam... dengan harapan tuan rumah akan kuar bagi duit raya je... tapi kalau datang umah aku, confirm aku akan suruh bebudak tu masuk jugak umah... walaupun tak nak makan dan tak nak minum. Sebabnya??? mama cakap... kalau budak2 tu masuk dalam rumah kita, bila dia keluar, dia akan bawak keluar dosa2 kita... lagi besar pahala kalau kita bagi dia makan atau minum walau hanya seteguk air...

Patutlah mama tak pernah merungut kalau budak2 datang umah... penat macamana sekali pun... sampai malam dah dekat kul 11 mama tetap senyum layan tetamu yang datang... Semoga aku tak terlambat untuk jadi macam mama... ikhlas macam mama... Amin.
Terima Kasih

Friday, September 10, 2010

Alhamdulillah... Akhirnya sampai juge...

Tepat jam 1.00 pagi 9 September, aku bertolak dari KT ke Penang... buat pulak hubby kena CB dari petang semalam. Asyik berenti berkejar ke toilet. Sian kat dia... baru sehari kena CB dah nampak kurus dah... hehehe... sebelum ni diet cam nak rak tapi tak susut pun... lagi sihat ada la.

Dalam kul 9.00 pagi aku selamat sampai depan umah mama ngan abah... masa aku sampai mama ngan adik tak de kat rumah... gi beli barang untuk raya esok...

Tapi aku dah pecahkan rekod aku tidur dalam 2 jam je sepanjang perjalanan... biasanya start je masuk dalam kete, mesti aku dah tak sedar diri... sedar tak sedar bila hubby kejut dah sampai depan umah... nak buat camana aku memang cam tu...

Kul 4.00 petang, aku ajak Tati gi shopping kat Jusco. Sebab tak nak kalut dengan jam, Tati ajak aku naik moto... nak ajak hubby aku, sampai je umah dia yang dah keletihan drive dan habis tenaga mengerah keringat masuk ke toilet... terus pengsan. Dalam masa 2 jam shopping, aku dah siap beli baju kurung dan baju melayu anak2 beserta dengan 3 pasang baju adik. Kelakar pulak bila aku beli baju tak ukur di badan anak sendiri... siap aku kira pakai jengkal. Bahu Aiman 2 jengkal suku... pinggang dia 4 jengkal... nasib baik la kena je bila suruh bebudak tu try...

Dalam perjalanan balik sempat pulak aku singgah pasar ramadhan. Beli beberapa juadah dan sampai di umah dah dekat kul 7. Tunggu punya tunggu dekat kul 7.25 pm baru bukak puasa. Biasanya kat KT, 7.12 pm dah berbuka dah... Maknanya, sempatlah aku berbuka dengan family aku walaupun sehari je... Alhamdulillah...

Esok nak raya dah... sebelum tido, iron sume baju untuk esok... mata dah ngantuk sangat. Tapi masih nak tulis jugak... so... selamat zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..........
Terima Kasih

Tuesday, September 7, 2010

Good News vs Bad News

Emm... rasa macam aku nak cerita yang bad news dulu... Malam ni patutnya aku dah balik beraya kat Penang. Tapi masih tak tahu apa nasib aku lagi. Tetiba je petang semalam Airin ngan aboh in law masuk wad HSNZ serentak... Alhamdullillah 2-2 tak serius sangat... Airin dah boleh kuar petang ni... tapi aboh in law ari khamis nanti baru boleh kuar hospital... takkan le aku nak balik Penang gak malam ni? Hubby aku lagi la... agaknya kejam sangat tak kalau aku ajak hubby aku balik jugak malam ni???? Cam kejam je... Huwaaaa!!!!


Ni le rupa budak yang kena masuk wad sebab gastrik tu...


Tapi pepagi tadi dapat good news jugak... rasa terkejut lah pulak... bila Ayie ngan Ju bagi tau yang Dato' bagi bonus raya! patut la nampak sumer orang cam ceria je... cayalah! Aku dah wakilkan sume staf akademik ucapkan thanks to Dato' Wira berbunyi cam nih: "Salam Dato' Wira, sy wakil kepada staf akademik PTPL Trg, ingin mengucapkan terima kasih kerana bonus yang diberikan. Kami doakan moga bertambah rezeki Dato' Wira setiap tahun. Amin." dan Dato' balas: "InsyaAllah. Sama-sama kita bina PTPL." Cayalah Na... masin mulut awak!!

Terima Kasih

Saturday, September 4, 2010

Bonus Raya...

isy... kesiannya le kat aku ni... masih mengharap padi seberang... ada tak bonus raya ni??? Walaupun akal tau macam tak ada... tapi hati masih harap semoga ada... agar raya aku tahun ni lebih bermakna... Ya Allah... di malam penuh barakah ni... kau penuhilah hasrat hati aku ni semoga bos aku bermurah hati nak bagi bonus raya tahun ni... Amin.

Terima Kasih

Friday, September 3, 2010

Ya Allah aku masih belum mampu terima kehilangan dia...

Ya Allah, kuatkanlah imanku. Kau panjangkanlah umurnya... Aku masih belum mampu untuk menghadapi dugaan-Mu yang besar ini. Biarpun payah aku membesarkan dia, aku masih sanggup...

Hari ni Adik kena sawan 2 kali... nampak macam nak habis nyawa... tak sanggup aku tengok dia tanggung kesakitan tu... mujur ada hubby yang tolong... kalau tak aku tak tau nak buat apa. Makin hari... kesihatan adik makin bertambah teruk... aku tahu tu... tapi apa daya aku? Hanya mampu melihat... berusaha sedaya yang mungkin... tapi setakat mana aku mampu bertahan???

Aku sentiasa berdoa dan sentiasa berharap semoga anak aku yang satu ini mampu jadi macam kanak-kanak yang lain. Sekurang2nya boleh bercakap dan berjalan... 5 tahun aku menunggu... tapi masih tak nampak perubahan... malah keadaan nampak makin teruk... bila dah umur nak masuk 5 tahun, adik mula kena sawan... mula2 sawan biasa dan jarang2. tapi makin lama makin kerap dan makin teruk... sampaikan kaki adik dah mula membengkok. Lagi la payah adik nak boleh jalan... nampak macam penantian aku masih jauh untuk tengok adik jalan atau sekurang-kurangnya nak dengar adik boleh sebut perkataan 'mama'.

Kekadang rasa sedih bila tengok anak sedara aku yang 2 bulan lebih muda daripada adik dah pergi sekolah... tapi adik? masih tak tau apa2 pun... ntah2 mama ngan papa pun adik masih tak kenal... Perkembangan adik terlalu lambat... mama tak tau camana nak ajar adik kalau mata adik pun tak nampak? tak hairanlah kalau mama ngan papa pun adik tak kenal... Tapi aku tak pernah kesal... disebalik apa yang berlaku aku pasti ada hikmahnya... atau sekurang2nya... tuhan dah balas kesalahan dan kesilapan aku dulu atas dunia lagi... Ya Allah aku berusaha untuk terima semuanya dengan redha...

Cuma satu harapan aku Ya Allah, Engkau panjangkanlah umurnya... aku masih belum mampu terima kehilangan dia... anak yang aku sayangi lebih dari nyawa aku sendiri... Tapi andai kata itu adalah ketentuan-Mu, Kau kuatkanlah iman aku untuk menerima qada dan qadar-Mu... Amin...


video

Video adik masa umur 8 bulan... masih macam baby umur 2 bulan...
Terima Kasih

Agenda Keje Sebelum Beraya Sakan!

5 September 2010 - Bermula 9.00 pagi

Audit BIB. Agak menakutkan! Apalah keputusannya?? Yang penting auditor akan balik lepas berbuka... siap order nak makan nasik dagang lagi...

5 September 2010 - Dalam kul 2.00 petang

Presentation final project student DPG. Camana le gaya student ni present depan panel jemputan...

5 September 2010 - 6.30 petang - 8.00 malam

Majlis berbuka puasa dengan panel dari MSU dan dapat juga jemputan tak rasmi lagi daripada SHS. Isy... kena pilih yang mana makan best nih!

6 September 2010 - 10.00 pagi - 1.00 petang

Majlis Penyampaian zakat pada pelajar PTPL Terengganu. Slot I dan slot II. Harap semuanya ok.

6 September 2010 - Sebelah petang dalam pukul 3.00 petang

Majlis Khatam Alquran. Ni kira rekod berkumpulan untuk tahun ni... Harap tahun depan dapat pecahkan rekod individu pulak. Kali ni aku dapat juzuk 29. Nak terbelit lidah aku baca... nampak sangat la jarang ngaji... rajin bila tengah mengandung je... ni dah 5 tahun tak mengandung... sendiri mau ingat la...

6 September 2010 - 6.00 petang - 8.00 malam

Majlis berbuka puasa Family Club. Makan apa la agak nya ye??? Lepas tu semayang berjemaah. Dengar kata Munem yang akan jadi imam...

7 September 2010 - Ni la hari yang aku tunggu-tunggu!


Sebelah pagi aku ada kelas... nak kena abihkan silibus... kalau tak??? sian kat student aku!!!

Sebelah petang? kena settlekan key in CW student aku! Ni penting nih...

Sebelah malam... aku akan bertolak balik kampung aku kat penang... Lepas berbuka puasa...
Terima Kasih

"Sape le nak baca blog awak?" - Hubby

hehehe... klakar la pulak bila hubby aku tanya cam tu... ye tak ye jugak... sape la yang nak baca blog aku ni... tak de siapa yang tahu dan sangka pun aku nak create blog ni... maklumlah tergolong dalam kategori buta IT... tapi ade aku kesah??? yang penting aku seronok sebab boleh nak cite apa yang aku rasa nak cite... yang penting aku HAPPY!!!
Terima Kasih

Penangan Mengacau Bubur Lambuk

Khamis yang agak memenatkan walaupun tak de lah buat keje berat pun... dari pagi tadi cuma tolong buat kecoh masa orang kacau bubur lambuk kat kolej. Bahagian mengacaunya kejap je... bahagian kecoh je lebih... tapi panasnya subhanallah... rasa semua air dalam badan cam kena sedut. Yang aku tak sanggup nak cerita, bahagian tamak berebut bubur lambuk (ni semua angkara maliana... hehehe)... padahal bila balik umah, tak rasa nak makan sangat pun. Aiman yang abiskan separuh. Pastu separuh lagi masuk dalam peti ais... Ntah bila pulak nak sambung makan... Apa2 pun agak puas hati sebab aku dah tau step nak masak bubur lambuk Terengganu! Senang ngatttt!!!!

Terima Kasih

Wednesday, September 1, 2010

Nasi Beriani Ayam Goreng

Alhamdullillah... dapat berbuka (walaupun tengah angkat bendera merah) dengan anak bertuah lagi gebu, Muhammad Aiman Hakimi. Hanya berdua... Hubby outstaion ke KL. Airin pulak umah ma ngan aboh in law... Alahai... 2 hari yang payah... Tak tau nak makan apa... dah hujung ramadhan ni, dah rasa puas makan. Sebabnya asyik try macam2 makanan sampai perut dah tak kenal mana yang suka mana yang tak suka... Tetiba hari ni teringat nak try nasi beriani meka yang lama dah tak makan... Ojie punya pasal lah ni... emm... tak de perasaan. Tekak aku yang rosak ke atau nasik yang sangat tawar... teramat tak puas berbuka hari ni... apa2 pun aiman tetap tak kisah! bantai gak nasi beriani dia sampai abis...
Terima Kasih

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati