Friday, November 12, 2010

Kutuk Suami!

Hari jumaat yang indah bagi aku... cuti! Maklum lah... kerja kat Pantai Timur. Ada masa aku pun try la nak ber'BW' sambil2 usha blog orang yang canggih2 tu... memang cam langit dengan bumi lah blog aku nih! Dengan follower yang ciput je... padan sangat la ngan muka aku pun! Sendiri yang tak aktif...

Balik pada tajuk entry aku kali ni... masa jalan2 dan buat sibuk kat blog orang, ada lah aku terjumpa entry yang dengan selamba je kutuk suami die kat situ! Dia cakap menyampah perangai suami lah... gitu gini lah... pas tu aku sambung baca entry dia yang lepas2 tu pulak... aik??? seronok dapat bercuti dengan suami pulak? Camana tuh? Biasa lah! aku paham sangat hidup suami isteri ni... ada masa rasa cam benci! Ada masa rasa sayang sangat! Tapi rasanya cam tak sesuai je nak kutuk2 suami kat tempat public kan? Kan ke orang dah cop suami kita jahat!

Aku nak ceritalah sikit pengalaman aku selama beumah tangga ni sedikit sebanyak yang aku tahu! Rumah tangga aku ni pun bukannya sempurna sangat. Tapi aku masih ingat pesan MIL aku... macamana buruk pun suami kita, selagi kita tahan... kita tahan. Jangan cerita keburukan suami kita kat kuarga kita. Sebabnya? Mak ayah mana yang sanggup nak dengar orang buat jahat kat anak kita kan? Mestilah rasa nak marah! Pada hal kita ni bergaduh manja je...

Sampai masa... bila orang benci kat laki kita... mula lah kita rasa nak marah kan? Suami aku... asuka hati aku lah nak kata apa pun... orang lain jangan sibuk2 nak kata kat laki aku! Ha! Cam tu lah pulak! Itulah yang biasanya terjadi... So, sebelum orang nak cakap yang tak baik pasal laki kita... baiklah jangan buka pekung di dada... wassalam...


Terima Kasih

3 comments:

  1. saya pun ada kenalan yang suka cerita buruk suami..hairan dengan orang macam ni ..bila depan suami nampak bukan main telentok2 manja..tapi kat belakang cerita yang buruk2.kan baik dia bincang je dengan suami apa yang dia suka dan tak suka..
    kadang2 kita kena ingat..kita nampak buruk suami,jangan ingat kita ni dah elok sangat.suami mungkin nampak jugak buruk kita tapi dia tak mau cakap pasal tak nak ,kita kecik hati..

    ReplyDelete
  2. hehehe sangat setuju! sebaiknya selesaikan je kat umah...

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati