Thursday, September 23, 2010

Hari-Hari Aku yang Sangat Tertekan!!!


Custom Glitter Text


Buat pertama kalinya aku rasa sangat tertekan menjadi seorang ketua... kalau jadi ketua, aku tak boleh buat salah! tak boleh buat silap! kena sentiasa jadi sempurna... Ya Allah! Aku rasa sangat tertekan!

Aku tak boleh menangis depan kawan2... aku tak boleh nak melenting depan staf... aku pun tak boleh nak lepaskan geram aku... nanti kata aku ketua tak profesional! Apa yang patut aku buat??? Sesekali rasa macam nak berenti 24 jam! Tapi aku tau aku tak boleh nak buat cam tu... sebab aku tak nak jugak orang lain buat cam tu... susahkan orang lain!

Akupun manusia biasa... ada masalah! Ada keraguan! Ada perasaan! Aku tak salahkan orang lain sebab tak paham aku... Aku patut salahkan diri sendiri! sebab sebenarnya mungkin aku yang tak layak jadi ketua! Ya Allah! Berikanlah aku kesabaran.

Mungkin dah tibanya aku patut berubah! Mungkin dah tiba masanya aku kena bagi laluan pada orang lain yang lebih baik, lebih sempurna dan lebih tabah! Dah banyak perkara yang terpaksa aku korbankan setelah jadi ketua... Suami, anak2, mama abah, rumahtangga... juga diri aku sendiri... Dah lama jugak aku lalui hidup aku tanpa perasaan! Cuma secebis perhatian buat keluarga... tapi itupun sangat tidak sempurna!

"Maafkan saya Abang... Maafkan mama anak2 tersayang... maafkan saya mama dan abah... Ampunkan aku ya Allah!"



Terima Kasih

2 comments:

  1. Sabar k.nani....cabaran dan dugaan seorang ketua...sesungguhnya menjadi ketua itu adalah 1 amanah yang akan disoal di sana nnt...

    ReplyDelete
  2. sabar sayang...abang sentiasa ada untuk sayang...

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati