Tuesday, September 21, 2010

Berjayakah Aku Kali Ini?

Kalau nak cerita tentang mimpi aku yang tak kesampaian ni, amatlah memalukan. Hanya tinggal berapa hari je lagi lesen L yang berjaya aku dapat buat yang ke 3 kalinya akan tamat tempoh. Kali pertama lesen L aku biarkan mati sebab aku menyampah dengan cikgu yang ajar aku dulu... merenyam sangat... maklum le masa tu tengah muda remaja... kali ke kedua pulak mati sebab aku mengandung la pulak... ni dah masuk kali ketiga... alasannya, sejak pindah balik ke Terengganu... hidup aku sangat lah sibuk dan huru hara... namun... aku masih menyimpan harapan untuk teruskan perjuangan mendapatkan lesen P hingga ketitisan darah aku yang terakhir... 6 weeks to go! Doakan semoga aku berjaya!


Terima Kasih

2 comments:

  1. knani.jgn jadik macam sy..hahhahahhaaa

    ReplyDelete
  2. aik..tak tahu pun cikgu pertama dulu merenyam?..tak penah citer pun?...

    ReplyDelete

Comment anda semua amat dihargai...

© Nanie Dean | Template Designed By Blog Bingkisan Hati